CARI-LTS Publish time 25-6-2016 04:01 PM

Filem Independence Day: Resurgence: Menampilkan Pelakon Baru

Oleh : TS LOO




http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201606/25/155734qn0kmqn0abk0n0r6.jpg
sumber foto: http://cdn1-www.comingsoon.net/


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201606/25/155815lnp42hhz5nque5h5.jpg
sumber foto: foxmovie.com



Kejayaan Independence Day lakonan Will Smith pada 1996 memang tidak dapat dinafikan.


Berikutan itu, Centropolis Entertainment, TSG Entertainment dan Electric Entertainment mempertaruhkan sekuel filem itu, Independence Day: Resurgence dengan skala pembikinan yang lebih besar dan canggih.


Filem yang mengambil latar 20 tahun selepas serangan makhluk asing dahulu ini mengisahkan dunia sekali lagi diserang oleh makhluk asing.


Bagaimanapun kemusnahan global kali ini dalam skala yang tidak dapat digambarkan oleh pancaindera.


Demi menyelamatkan dunia, program pertahanan angkasa diwujudkan bagi menyelamatkan bumi daripada kuasa makhluk asing dengan menempatkan pasukan tentera di ruang udara seperti di bulan dan beberapa planet lain.


Namun begitu, makhluk asing ini mempunyai teknologi dan kepakaran tinggi untuk menghantar isyarat kepada batalion mereka yang lebih besar dalam usaha mengancam manusia dengan mesin graviti yang sangat kuat.


Secara keseluruhannya, bagi anda yang merupakan peminat setia filem terdahulu, anda harus bersedia untuk menerima muka baharu yang mengemudi sekuel kali ini.


Di dalam sekuel kali ini, watak Smith dimatikan dan digantikan dengan 'anak tirinya', Dylan Dubrow-Hiller yang dijayakan oleh Jessie Usher.


Selain itu, antara pelakon lain yang terlibat adalah Jeff Goldblum, Bill Pullman, Judd Hirsch dan Liam Hemsworth.


Bagi peminat Liam Hemsworth, kemunculannya barangkali amat dinantikan, namun secara keseluruhannya, Liam dilihat tampak janggal mengemudi watak utama.


Roland Emmerich sekali lagi diberi kepercayaan sebagai pengarah, dan beliau dalam masa yang sama turut bertindak selaku penulis skrip bersama Dean Devlin, Nicholas Wright, James A Woods dan James Vanderbilt.- CARI





sumber info: www.foxmovies.com

anhar Publish time 25-6-2016 05:57 PM

malaysie x buat filem untuk hari kemerdekaan kah ? indonesia dah buat beberapa filem untuk sambut kemerdekaan bulan agoos ni

nut.legacy Publish time 26-6-2016 11:50 PM

Review skit siapa dah tgk

nut.legacy Publish time 26-6-2016 11:50 PM

Review skit siapa dah tgk

aza Publish time 29-6-2016 11:58 AM

dah tengok.. bagi aku bosan sikit, maybe expectations terlalu tinggi memandang filem pertamanya bestnya..

Banyak perlakon baru yg ditampilkan.. dan lakonan agak kaku. kecuali ada babak bersama dengan pelakon otai nampak laa sedikit menarik.

overall aku bagi 3 bintang sahaja dr 5. 1.5 untuk.jalan cerita 1.5 untuk lakonan.. huhuhu

applemy Publish time 14-7-2016 10:31 AM

Dah tengok.. tu pun tgk seprauh je pasal tgk jam dah dekat nak berbuka.. so keluar & beli juadah gitu..

Bagi ai, biasa je. Yg ai tak kenan, the movie was set in the future.. mcm tak logik & tak rasa real sgt. Cuba la set the movie in the present day.. baru ada 'click' dgn audience mcm 1996 dulu..

Para pelakon pun takde feel, kecuali pelakon dari 1st movie.. apasal pilih mamat hemsworth tu? Nak jual muka, tapi takde la hensem/beraura mcm will smith, mahupun pelakon mcm dicaprio & joni depp tuh..



laili_nur Publish time 19-7-2016 02:34 PM

dah tngok dan rasa ada sedikit keciwa.. betul la maybe sbb expectation tu tinggi dan will smith xde.. tp yg paling x logik alien sikit punya canggih blh kalah plak ngan amerika..hahaha... pastu apesal la queen alien tu x dok je diam2 dalam kapal besar dia.. pegi turun ke bumi plak buat apa.. biasa bos2 ni bagi arahan je smbil minum kopi...

misscendol Publish time 19-7-2016 03:53 PM

yang penting watak utama kena hencem

xyhxxy Publish time 30-9-2016 04:34 PM

wowww hensem
Pages: [1]
View full version: Filem Independence Day: Resurgence: Menampilkan Pelakon Baru


ADVERTISEMENT