CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Erma Fatima Tidak Tolak Akan Bekerjasama Dengan Aliff Aziz & Ruhainies – ‘Bakat & Masalah Peribadi Tiada Kena Mengena’

2-5-2024 02:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14170| Komen: 180

Description: Pengarah dan penerbit, Erma Fatima tidak menolak kemungkinan akan bekerjasama dengan pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz pada masa akan datang meskipun dua selebriti itu terpalit dengan kontroversi panas ...

Pengarah dan penerbit, Erma Fatima tidak menolak kemungkinan akan bekerjasama dengan pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz pada masa akan datang meskipun dua selebriti itu terpalit dengan kontroversi panas.

Menurut Erma atau nama lengkapnya Fatimah Rahmad Ali, 56, dia tidak mencampur aduk antara masalah peribadi dengan bakat yang dimiliki oleh seseorang pelakon.

"Untuk saya bakat dan masalah peribadi tiada kena mengena. Untuk bekerjasama dengan mereka (Aliff dan Ruhainies) pada masa akan datang tiada masalah."

"Berkemungkinan bekerjasama dengan mereka itu boleh sahaja berlaku."

Erma berkata demikian ketika disoal mengenai tindakan segelintir penerbit yang ingin memboikot dua selebriti tersebut selepas nama mereka terpalit dengan kontroversi dan isu ditangkap berkhalwat.

Terdahulu, Erma dikecam netizen selepas dia mengeluarkan kenyataan yang meminta wanita bernama Sarah Yasmine untuk berhenti membuka aib selebriti tanah air.


Malah, kakak kepada pelakon Umie Aida itu turut meminta wanita yang mengaku kekasih gelap kepada Aliff Aziz itu untuk ‘berambus’ dari Malaysia.

Pun begitu, kata Erma dia tidak kesah dikecam, sebaliknya hanya ingin memperjuangkan hak dan membela nasib penggiat seni tanah air daripada terus ‘dilondehkan’ oleh Sarah Yasmine.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 2-5-2024 03:06 PM
Trobek kisah peribadi nekma bergaduh dgn kekma berebutkan bada.


Quote edayildiz 2-5-2024 03:06 PM
ruru tu ada bakat apa?
aliff aziz tu blh la kot as penyanyi..berlakon i xpnh tgk..ruru i pnh tgk cite ngn fatah dlu..sendurina mcm ank myanmar muka she
Quote LipasComel 2-5-2024 03:12 PM
kalau dia nak amek jugak 2 org tu berlakon, jgn komplen kalau netizen boikot drama tu eh.
Quote lolipopmanish 2-5-2024 03:13 PM
Mohon netz bokikot

Gituh iols jadik batu api
Quote Mamioomami 2-5-2024 03:14 PM
Bakat?? Ada bakat berlakon ke duaorang tu
Quote Rogue98 2-5-2024 03:14 PM
Dulu dia penyondol jugak ke...asik backing jer...
Quote jambatannetizen 2-5-2024 03:16 PM
Apa motif makcik ini? Boleh fikir logik kot. Menyampah tengok. Dah lah buat drama scene tak senonoh tontonan.
Quote freyayong 2-5-2024 03:20 PM
jd kita sebagai netizen la kena pandai pilih nak tgk apa... aku mmg lepas ni nampak je 2 ekor ni terus tak tgk
Quote MadameOnion 2-5-2024 03:23 PM
Rogue98 replied at 2-5-2024 03:14 PM
Dulu dia penyondol jugak ke...asik backing jer...

ya..boleh google ray ex tunang ella dan bade ex tunang raja ema
Quote Misswhateverrr 2-5-2024 03:28 PM
Ambil la sekali kakak ratu..Yang penting BAKAT kan..kakak ratu terbukti berbakat nyahh
Quote bawaku_terbang 2-5-2024 03:37 PM
terruuus ruru call acik erma
Quote Oroi8887 2-5-2024 03:40 PM
shit la makcik, boikot la drama makcik ni wei. jangan tengok
Quote epal_putih 2-5-2024 03:42 PM
Boikottt jer acik ni
Quote mawarkhayalan99 2-5-2024 03:43 PM
Enabler. dah boleh boikot makcik ni
Quote kucingitam 2-5-2024 03:43 PM
takyah la alip tu..semak je..ambil local actor la mok cun.. pi hadap sgt org seberang tu buat apa..
Quote c_apple 2-5-2024 03:46 PM
Masalah ada bakat ke ruru tu?
Alip tu boleh laaa ada la jugak bakatnya
Quote HoneyManjer 2-5-2024 04:09 PM
sembang lebih......
padahal takkan amek pun....
kalau ko amek...
semoga aku tak tengok la ya (boikot)
Quote zehra2 2-5-2024 04:22 PM
nak tenggek  kontroversi ke.. silap besar
Quote Manusiabesa 2-5-2024 04:24 PM
Awat mkcik ni uturn? Mcm dh kena warning dgn bapak gula kemut je????!!!

Lihat semua komen(180)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.236105 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top