CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Kalau Ada Suami Orang Mengadu Masalah Jangan Dengar, Dia Nak Menggatal’ – Rozita Che Wan

2-5-2024 02:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7020| Komen: 24

Description: Isu curang merupakan topik hangat yang menjadi tumpuan ramai ketika ini terutama jika melibatkan selebriti atau personaliti media sosial.


Isu curang merupakan topik hangat yang menjadi tumpuan ramai ketika ini terutama jika melibatkan selebriti atau personaliti media sosial.

Susulan itu, pelakon jelita Rozita Che Wan tampil memberi nasihat kepada kaum hawa supaya tidak mengganggu hubungan suami isteri meskipun sahabat mereka sendiri.


"Pesanan khidmat ini untuk anak anak dara yang tak mau terjebak dengan suami orang.

"Kalau ada suami orang nak mengadu masalah, jangan dengar. Dia sebenarnya bukan nak mengadu masalah dia, dia nak menggatal."

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Rozita Abu Bakar berkata, setiap wanita perlu berhati-hati dengan lelaki yang suka menggoda dan jauhkan diri daripada terlibat dalam hubungan sulit.


"Tak payah nak selamatkan rumah tangga dia, selamatkan diri sendiri daripada jantan gatal macam tu."

"Kalau jumpa suami orang dengan ular, ketuk dulu suami orang tu dulu. Itu semua punca."

"Kalau tak nak ada affair dengan suami orang, elak daripada awal."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong kenyataan pelakon berusia 51 tahun itu.

"Betul, masalah keluarga sendiri tak mampu nak handle, buat apa tambah beban?"

"Betul tu Che Ta, tepuk sebelah tangan tak berbunyi. Dua-dua sama sahaja."

"Setuju. Depan bini pijak semut tak mati."

Sumber: TikTok Rozita Che Wan/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LipasComel 2-5-2024 02:57 PM
iols setuju. dkt opis ni bape banyak dah kes skandal dgn suami org, permulaannya semua sebab mengadu kisah rumah tangga.
Quote sharlenetexas 2-5-2024 03:07 PM
Cekelat tu ada mengadu masalah rumahtangga kat nekta ke?


Quote sharlenetexas 2-5-2024 03:07 PM
Samalah dgn tok kertu. Ada dia mengadu kat nekta ke?


Quote lolipopmanish 2-5-2024 03:12 PM
Betul tu. Biasenya bila lelaki dah mula share masalah kt pmpuan lain selain wife nya mmg niat nak mengumpan

Pompuan yg kurang kasih syg kompem senang termakan umpan
Quote ninajaybee 2-5-2024 03:48 PM
Kalau isteri teraniaya share masalah sebab nak perhatian dan tarik perhatian baru boleh! Gitu?
Quote ninajaybee 2-5-2024 03:49 PM
sharlenetexas replied at 2-5-2024 03:07 PM
Samalah dgn tok kertu. Ada dia mengadu kat nekta ke?

Misaikertu pernah ada affair dgn Nekta?
Quote Tin_nenas 2-5-2024 03:56 PM
Setuju dengan Nek Ta. 2 anak lelaki dia, elok kejadian dia jaga..takde la skandal dengan mana2. Cuma, pasai apa la dengan anak Aisyah ni lain pulak didikan. Asik bermake up je aku tengok. Nanti Aisyah ni tua di usia muda
Quote cursebreaker 2-5-2024 03:59 PM
kalau isteri orang yg cuba nk rapat & suka nk citer masalah kat laki bujang di opis mcm mana pulak? mcm nk tarik perhatian gitu.. dah takde girl frens ke...
Quote nicolebaby 2-5-2024 04:19 PM
This is soooo true...selalu scandal start dgn cari ni
Quote TomyamPuteh 2-5-2024 04:25 PM
Lagi2 kalau ada suami  yg sanggup babikan isteri sendiri. Mohon tukar jd babi je la suami2 yg mcm tu.
Quote Incanto 2-5-2024 04:32 PM
kes skandal kat opis selalu mula mcm ni

sama ada laki orang citer masaalah kat pompuan, atau bini orang citer masaalah kat lelaki

pastu kerja tak siap…
Quote supernaturalee 2-5-2024 05:56 PM
trinity the tuck dh cekta ni

Quote sukanyanyi 2-5-2024 08:06 PM
ninajaybee replied at 2-5-2024 03:48 PM
Kalau isteri teraniaya share masalah sebab nak perhatian dan tarik perhatian baru boleh! Gitu?

Ha'ah, mmg sama pon.. boleh diterbalikkan gender dalam contoh ni, niat sama jua.. cuma dia sebut yg asben sbb yg tu lagi common kot..
Quote winky1 2-5-2024 08:12 PM
Setuju je dan applies to women too. Kalau serius, jumpa counselor.
Quote pocongkiutss 2-5-2024 08:14 PM
ninajaybee replied at 2-5-2024 03:48 PM
Kalau isteri teraniaya share masalah sebab nak perhatian dan tarik perhatian baru boleh! Gitu?

Isteri teraniaya tak boleh..tp skandal teraniaya boleh jah...just having fun gaytuh khennnnnzzz?
Quote sleepandream 2-5-2024 10:00 PM
merelip baju cekta noh atas tu
Quote ninajaybee 2-5-2024 11:44 PM
sukanyanyi replied at 2-5-2024 08:06 PM
Ha'ah, mmg sama pon.. boleh diterbalikkan gender dalam contoh ni, niat sama jua.. cuma dia sebut y ...

Kalau isteri yg lakinya curang boleh laaaaa dimaafkan. Hahahhaahhaaaaa
Quote gideoncross 2-5-2024 11:48 PM
ninajaybee replied at 2-5-2024 03:48 PM
Kalau isteri teraniaya share masalah sebab nak perhatian dan tarik perhatian baru boleh! Gitu?

Semua nak join limelight psl AA & SY skrg ni
Quote azimodin 3-5-2024 12:12 AM
Agree. Kat opis aku ni bini orang berskandal dengan laki orang, permulaan dia terjadi bila si perempuan acah2 tersakiti lalu bercerita dengan si jantan. Kalau nak cari tempat meluah selain dari parents/adik beradik, cari la member sama jantina yg boleh dipercayai. I pon ada je member lelaki yg baik since uni days tapi bila dah kawen ni pandai2 la jauhkan diri sikit.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.051646 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top