CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rayuan Siti Bainun Ditolak, Kekal Jalani Hukuman 12 Tahun Penjara

2-5-2024 01:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5712| Komen: 34

Description: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati kekal bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada Khamis, atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down, dikenali Bella, tiga t ...

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati kekal bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada Khamis, atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down, dikenali Bella, tiga tahun lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Siti Bainun, 32, selaku perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen.

Pada 3 Mei 2023, Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi Izraliza menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun selepas mendapati dia bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, 13.

Malah, dia diperintahkan menjalani hukuman penjara dan dihantar ke Penjara Kajang serta-merta selepas menolak permohonannya untuk menangguhkan hukuman.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya mangsa yang berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan remaja itu mengalami cedera fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini, pada Februari hingga Jun 2021.


Pendakwaan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan pertama, Siti Bainun dipenjara 10 tahun, manakala bagi pertuduhan kedua, dia dipenjara 12 tahun dan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh sabitan.

Selain hukuman penjara, Siti Bainun juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LoveSungmin 2-5-2024 01:42 PM
gigih nak merayu
Quote Yaya04 2-5-2024 01:43 PM
Bia dia mamposs dalam penjara
Quote zehra2 2-5-2024 01:45 PM
Alhamdulillah.. ada jugek berita baik-baik ari ni
Quote sayurmayur88 2-5-2024 01:46 PM
keputusan yg tersangat betul..ni melibatkan kepentingan awam dan penderaan terhadap kanak2.
Quote prettyuglybabe 2-5-2024 01:55 PM
keluar nanti mesti kurus lawa
Quote ifanonline 2-5-2024 02:10 PM
kurus dah siti bainun...ini menunjukkan sistem kesihatan di penjara adalah berupaya utk membuatkan anda kurus!
Quote Zezo 2-5-2024 02:14 PM
Dh dera budak oku, pastu ada hati nk rayu. Mean girl.
Quote sukacactus 2-5-2024 02:16 PM
Yesss!!!
Quote Carcosa 2-5-2024 02:25 PM
Cantik lemak kau?? Dah kau kerjakan budak tu sampai nak mati, sesedap rasa nak mintak kurang.
Mintak kurang lemak kau tu ha! Time penjara kau jgn mintak kurang!!
Quote black_handbag 2-5-2024 02:25 PM
kurus dah dia. baru nampak lawa bila dah kurus banyak ni. tapi sayang hatimu hitam dan takde perikemanusian
Quote supernaturalee 2-5-2024 02:26 PM
sekali keluar merupa tokti terus


Quote cantthinkofany 2-5-2024 02:30 PM
ni gambar baru ke?....nampak kurus....mesti lepas 12 tahun...slim melim...
Quote vanillaninja 2-5-2024 02:32 PM
Umur 40++ sheols bila keluar nanti. Muda lagi. Confirm jauh lagi kurus dari sekarang.

Padan muka chuols ya Bainun.
Quote Yoonggi 2-5-2024 02:36 PM
ok ler tu, boleh kurangkan lebih byk berat badan. by the time klr penjara, dah comel molek
Quote chacon 2-5-2024 02:50 PM
dulu cakap kabel besar susah nak kedalam akhirnya...semoga jadi pengajaran buat dia dan lain2
Quote shamsadis 2-5-2024 02:54 PM
chacon replied at 2-5-2024 02:50 PM
dulu cakap kabel besar susah nak kedalam akhirnya...semoga jadi pengajaran buat dia dan lain2

sebab kabel2 dia semua bukan majoriti dalam kerajaan
Quote KamikuP 2-5-2024 03:01 PM
Lepas keluar penjara tak bole gelar Bainun Belon sbb dah kuruih (kataku memerli benon belon)
Quote laksmanabentan 2-5-2024 03:01 PM
vanillaninja replied at 2-5-2024 02:32 PM
Umur 40++ sheols bila keluar nanti. Muda lagi. Confirm jauh lagi kurus dari sekarang.

Padan muka c ...

ala kejap lagi dapat ler tu pengampuan sbb berkelakuan baik....
tak pun dapat pengurangan....
Quote sailormars 2-5-2024 06:48 PM
tahniah bainun...semoga berbahagia di dalam penjara

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.372030 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top