View: 5726|Reply: 34
|
Rayuan Siti Bainun Ditolak, Kekal Jalani Hukuman 12 Tahun Penjara
[Copy link]
|
|
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati kekal bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada Khamis, atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down, dikenali Bella, tiga tahun lalu.
Memetik laporan Harian Metro, Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Siti Bainun, 32, selaku perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen.
Pada 3 Mei 2023, Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi Izraliza menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun selepas mendapati dia bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, 13.
Malah, dia diperintahkan menjalani hukuman penjara dan dihantar ke Penjara Kajang serta-merta selepas menolak permohonannya untuk menangguhkan hukuman.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya mangsa yang berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan remaja itu mengalami cedera fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini, pada Februari hingga Jun 2021.
Pendakwaan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Bagi pertuduhan pertama, Siti Bainun dipenjara 10 tahun, manakala bagi pertuduhan kedua, dia dipenjara 12 tahun dan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh sabitan.
Selain hukuman penjara, Siti Bainun juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
gigih nak merayu |
|
|
|
|
|
|
|
Bia dia mamposs dalam penjara |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.. ada jugek berita baik-baik ari ni |
|
|
|
|
|
|
|
keputusan yg tersangat betul..ni melibatkan kepentingan awam dan penderaan terhadap kanak2. |
|
|
|
|
|
|
|
keluar nanti mesti kurus lawa |
|
|
|
|
|
|
|
kurus dah siti bainun...ini menunjukkan sistem kesihatan di penjara adalah berupaya utk membuatkan anda kurus! |
|
|
|
|
|
|
|
Dh dera budak oku, pastu ada hati nk rayu. Mean girl. |
|
|
|
|
|
|
|
Yesss!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik lemak kau?? Dah kau kerjakan budak tu sampai nak mati, sesedap rasa nak mintak kurang.
Mintak kurang lemak kau tu ha! Time penjara kau jgn mintak kurang!! |
|
|
|
|
|
|
|
kurus dah dia. baru nampak lawa bila dah kurus banyak ni. tapi sayang hatimu hitam dan takde perikemanusian |
|
|
|
|
|
|
|
sekali keluar merupa tokti terus
|
|
|
|
|
|
|
|
ni gambar baru ke?....nampak kurus....mesti lepas 12 tahun...slim melim... |
|
|
|
|
|
|
|
Umur 40++ sheols bila keluar nanti. Muda lagi. Confirm jauh lagi kurus dari sekarang.
Padan muka chuols ya Bainun. |
|
|
|
|
|
|
|
ok ler tu, boleh kurangkan lebih byk berat badan. by the time klr penjara, dah comel molek |
|
|
|
|
|
|
|
dulu cakap kabel besar susah nak kedalam akhirnya...semoga jadi pengajaran buat dia dan lain2 |
|
|
|
|
|
|
|
sebab kabel2 dia semua bukan majoriti dalam kerajaan
|
|
|
|
|
|
|
|
Lepas keluar penjara tak bole gelar Bainun Belon sbb dah kuruih (kataku memerli benon belon) |
|
|
|
|
|
|
|
ala kejap lagi dapat ler tu pengampuan sbb berkelakuan baik....
tak pun dapat pengurangan....
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah bainun...semoga berbahagia di dalam penjara |
|
|
|
|
|
|
| |
|