CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Three Of You Are The Greatest Gifts In My Life’ – Farid Kamil

8-5-2024 11:22 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17398| Komen: 8

Description: Baru-baru ini, pelakon dan pengarah Farid Kamil menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-43 tahun.


Baru-baru ini, pelakon dan pengarah Farid Kamil menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-43 tahun.

Isteri kepada aktor tersebut iaitu Diana Danielle memuat naik di TikTok, video kejutan sempena ulang tahun kelahiran Farid yang dirai secara kecil-kecilan bersama anak-anak mereka.

Diana dan anak-anaknya menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi sebelum Farid membaca doa dan meniup lilin di atas kek.


Pelakon filem Anak Halal itu kemudian mengucup isteri serta anak-anak dan mengucapkan terima kasih kepada mereka.

"Three of you are the greatest gifts in my life."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu melihat momen indah keluarga dua selebriti itu.


Dalam masa yang sama, warganet juga mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.

"Sederhana tu yang bahagia, happy family. Happy birthday Farid, till jannah."

"Tak tahu kenapa tapi sebak pula rasa. Setelah banyak jatuh bangun, awak berdua sebenarnya mengajar saya bahawa cinta bukanlah sebuah dongeng, cinta adalah sebahagian daripada kehidupan. Hidup adalah realiti dan cinta adalah sebahagian daripada kehidupan."

"Alhamdulillah, tumpang seronok tengok kasih bertaut kembali, yang penting hidup kena saling beralah."

Terdahulu, Farid dan Diana bercerai dengan talak satu pada 10 Ogos secara atas talian sebelum rujuk semula pada 31 Ogos lalu.

Untuk info, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

Sumber: TikTok Diana Danielle/OhBulan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote petai011212 9-5-2024 07:07 AM
so camano FK makan dadih lagi ke idok?
Quote Carcosa 9-5-2024 09:15 PM
Encem nya Che Mattt. Comel betul dia.
Quote dua_chzy 9-5-2024 09:27 PM
Edited by dua_chzy at 9-5-2024 01:28 PM

Moga dah benti kacip.

Rugi layan kacip.

Kau graduan UiTM.

Bini kau lawa. Diana Dianelle pulak tu.

Mak bapak kau ada gelaran, bukan orang susah.

Kau retis, ada influence.

Anak2 kau hensem, cantik.

Korang kaya berduit.

Apa lagi kau nak? APA LAGI KAU NAK HAAA SAMPAI PI LAYAN KACIPPP PI KASIK WENG DIRI SENDIRI HAAAAA???!!!!

Korang ni. Tak sadar ka dah cukop nikmat hidop korang?
Quote makcun14 9-5-2024 09:40 PM
Carcosa replied at 9-5-2024 09:15 PM
Encem nya Che Mattt. Comel betul dia.

betul ensem che mat ikut muka Diana . boleh bayangkan betapa helok nya pak kandung Diana kalau tengok muka che mat.
apa pun anak laki sulung ozlyn pun hensem menjadi jugak.
tibahhhh
Quote Carcosa 10-5-2024 04:04 PM
makcun14 replied at 9-5-2024 09:40 PM
betul ensem che mat ikut muka Diana . boleh bayangkan betapa helok nya pak kandung Diana kalau ten ...

Bahahhaha pedashhhh perlian Kakak itteeww.
Quote xAthenax 10-5-2024 04:26 PM
DD pun nampak betul2 IBU sekarang
takde melidi macam dulu
Quote green~tea 10-5-2024 05:15 PM
dah berenti makan dadih ke
Quote izwan_izi 11-5-2024 02:30 AM
Kipas kt siling tu...dh berapa lama tak lap..? Siap boleh nampak hitam2 lagi walaupun just tgk dari screen handphone je..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.048608 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top