CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya & Isteri Memutuskan Untuk Berhenti Kongsi Foto & Video Anak Lelaki Kami’ – Caprice

8-5-2024 09:33 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6663| Komen: 59

Description: Sebelum ini kecoh isu wajah anak pempengaruh dan penyanyi rap, Caprice yang didakwa telah dihina oleh seorang individu di media sosial.

Sebelum ini kecoh isu wajah anak pempengaruh dan penyanyi rap, Caprice yang didakwa telah dihina oleh seorang individu di media sosial.

Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagram Story (IG), Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli meluahkan rasa gembira kerana pengikutnya banyak berkongsi pengalaman menjaga bayi.

"Minta maaf kepada semua ibu bapa yang suka kongsi journey menjaga baby. Kami sangat enjoy dengan perkongsian daripada semua dan ada yang siap bagi tips."

Bagaimanapun, pempengaruh berusia 35 tahun itu dan isterinya Farra Inalis mengambil keputusan untuk tidak lagi berkongsi foto dan video anak mereka di media sosial buat seketika.



"Namun, saya dan Elis telah memutuskan untuk berhenti berkongsi foto dan video anak kami buat sementara waktu. Kami sayang anda semua dan kami amat menghargainya."

Terdahulu, seorang pemuda yang dikenali sebagai Irfan dibawa berjumpa dengan isteri Caprice untuk memohon maaf selepas mengeluarkan kata-kata hinaan kepada anak mereka.

Dalam rakaman yang dikongsikan di IG, Farra dilihat sedikit beremosi sebelum meminta pemuda terbabit melutut di hadapannya.

Bagaimanapun, tindakan Farra telah menerima kecaman segelintir wargamaya dengan menyifatkan sebagai melampau.

Untuk info, Caprice dan Farra mendirikan rumah tangga pada November 2022. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Airiel Qashaf yang dilahirkan pada Mac lalu.

Sumber: IG Caprice/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 8-5-2024 09:36 PM
Wehhh. Gambo yg dia tgh pegang uncang duit tu, dgn anak dia jugak ke? KenapaAaaaa lah...
Quote Goodluckdontcry 8-5-2024 10:13 PM
ADA AKU KESAHHHH.....
Quote blue_blur 8-5-2024 10:22 PM
syabas.. delete lah socmed korang semua terus...
Quote nolya 8-5-2024 11:49 PM
Bagus.......... buka setakat untuk sementara waktu saja, untuk selamanya pun tak pe. Itulah yg terlebih baik kerana akan menjauhi fitnah dn prasangka yg tidak sepatutnya. Jagalah anak sebaik mungkin dn hindarilah anak drp terkena ain. Anak nak masuk sekolah nanti, baru kasi berita OK.
Quote rayna_raynes 9-5-2024 12:21 AM
Masa dia londehkan aib orang, cerita orang, tengok orang tu kena serang, dia rasa dia paling power
Bila giliran dia yang kena, menggelupur
Quote Sunkiss8999 9-5-2024 12:43 AM
I tertinggal ketapi..bdk laki tu hina ape weh kt ank dia
Quote sharlenetexas 9-5-2024 01:43 AM
Tgk gambar kepris siap pakai sut dan songkok, adakah bakalan jadi tokmoh teropong buluh buah kelapa?


Quote oggy 9-5-2024 02:34 AM
Attention seeker macam ni, sekejap je lah.
Sementara waktu je kan.
Entah2 next month dah share balik.
Quote xAthenax 9-5-2024 04:04 AM
Perlu ke buat announcement?
Quote Shayang 9-5-2024 06:22 AM
oggy replied at 9-5-2024 02:34 AM
Attention seeker macam ni, sekejap je lah.
Sementara waktu je kan.
Entah2 next month dah share bali ...

Hahahah pastu bg alasan acik2 ramai merayu suh post gambar anak
Erkkkkk
Quote aint 9-5-2024 06:25 AM
ada ke yg gigih sgt nk tgk muka baby dorg... heheh
Quote kitmal 9-5-2024 06:57 AM
syukur...ekonomi malaysia akan pulih atas pengumuman penting ini
Quote BoongaKertas 9-5-2024 07:40 AM
tutup selamanya pun xpe wehhhhh. kezzah plak iols.
Quote duri_durians 9-5-2024 09:46 AM
encik topinasi ni asal mana?
Quote asudau 9-5-2024 09:50 AM
Ok, well done
Quote awex^returns 9-5-2024 09:57 AM
macam lah aku kesah nakj tengok anak ko
tengok muka ko pon aku malas
sama gek ngan bini ko
rimas

sila tutup terus lah
Quote Mary_jane 9-5-2024 09:58 AM
Berhenti sekali mencapub semua isu. Esok2 semua tu balik kat diri sendiri baru tau.
Quote cik_Sally 9-5-2024 10:00 AM
Alhamdulillah, dengan keluarnya kenyataan ini maka ekonomi negara akan terus mengukuh dan setanding dengan negara² maju.
Quote bulalof 9-5-2024 10:00 AM
get a real job to feed your family lah loserrrr........

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.110227 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top