CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 904|Reply: 2

[Tempatan] Amaran hujan lebat, ribut petir di KL, sembilan negeri

  [Copy link]
Post time 27-4-2024 07:35 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang di ibu kota dan beberapa kawasan di sembilan negeri sehingga jam 7 malam ini.

Agensi itu dalam hantaran di Facebook memaklumkan, ia merangkumi beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Di Kedah membabitkan Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan)erak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim); serta Pahang (Bentong, Temerloh dan Bera).

"Di Selangor, cuaca itu diramal di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Hulu Langat; Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol) manakala Johor membabitkan kawasan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

"Di Sarawak, amaran sama dikeluarkan bagi Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman dan Betong (Pusa, Betong dan Kabong) manakala Sabah membabitkan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran).

"Amaran dikeluarkan apabila ada tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.

Ibu negara antara kawasan diramal dilanda hujan lebat dan ribut petir. - NSTP/AIZUDDIN SAAD



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2024 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelantan masih kemarau panas ceng ceng.


Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru lepas hujan ni...kalau tak asyik berbahang je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.150033 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list