CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8421|Reply: 51

[Tempatan] Cadangan Buka Kepada Bukan Bumiputera: Dira Abu Zahar Mohon Jangan Ganggu Status UiTM

  [Copy link]
Post time 8-5-2024 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 8-5-2024 07:46 AM

Terdahulu, cadangan kemasukan golongan bukan bumiputera ke UiTM mula tercetus apabila Prof. Dr. Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan bahawa UiTM bersetuju membuka program berkenaan secara sementara kepada graduan bukan bumiputera.




Mohon Jangan Ganggu Status & Kedudukan UiTM
Terpanggil untuk mengulas cadangan ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Khaidhirah Abu Zahar mohon agar kedudukan dan status UiTM tidak diganggu gugat.

Menerusi video di akaun TikTok @diraabuzahar, dia berpendapat cadangan itu akan menggugat kestabilan dan kedudukan yang telah dibina oleh IPT tersebut dalam menempa nama di Malaysia.

Dia yang juga merupakan alumni UiTM turut menjelaskan bahawa cadangan itu juga akan mengubah silibus pelajaran dan budaya akademik yang telah lama dilaksanakan.

“Mengapa perlu mengganggu UiTM yang sudah berfungsi dengan baik dalam peranannya?

“Usahlah diganggu-gugat status dan kedudukan UiTM.

“Hayati dan hormatilah peranan institusi ini untuk bumiputera dan betapa dekatnya ia dengan orang Melayu.

“Sepatutnya kita harus berbangga dengan apa yang dicapai oleh UiTM sambil terus mendukung kepelbagaian pendidikan kita yang lebih luas,” jelasnya.

Persoal Wujud Permintaan Setelah UiTM Mula Dikenali
Malah, dia turut mempersoal mengapa wujudnya cadangan sedemikian setelah UiTM mula dikenali dan telah menempa nama.

Ini kerana pada awal pembukaannya, ia dianggap sebagai universiti kelas kedua dan tidak setanding dengan IPTA yang lain seperti UM dan UKM.

“UiTM telah berjuang untuk membuktikan keunggulannya namun apabila sudah mula dikenali dan dihormati, baru kelihatan seolah-olah ada permintaan untuk membuka pintu kepada mereka selain Melayu atau bumiputera.

“Sedangkan semasa awal digelar institusi, tidak ramai yang memandangnya.

“Adakah ini benar-benar tentang inklusiviti?” soalnya tegas.

UiTM Beri Peluang Kepada Golongan Bumiputera
Jelas Dira lagi, tujuan asal penubuhan UiTM adalah untuk memberi peluang kepada golongan bumiputera menyambung pengajian diperingkat tertinggi.

“Sejarah UiTM dibangunkan bukanlah untuk memisahkan tapi untuk memberi peluang kepada mereka yang pada satu masa dulu terpinggir dalam pendidikan.  

“Ini adalah untuk mengangkat komuniti dan martabat bumiputera untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah,” ujarnya.

Namun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim itu menjelaskan bahawa Malaysia melaksanakan dasar meritokrasi bagi kemasukan pelajar sejak tahun 2002 yang memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk menyambung pengajian ke IPTA.

“Jadi, jangan lupa bahawa Malaysia begitu demokratik dengan keterbukaan institusi pendidikan untuk semua, baik Melayu atau khususnya bukan Melayu boleh memasuki universiti awam dan swasta yang lain,” jelasnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2024 08:15 AM | Show all posts
dajjal mengganggu sedikit demi sedikit kepentingan dan hak penduduk asal tanah ini.  berapa banyak institusi lain dalam negara, mereka nak sentuh juga yang satu ni.  apa nak jadi laaaa.  














depa lupa ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 08:23 AM | Show all posts
uitm ni asal dia untuk bumi student yg tak dapat placement dlm public university, yelah sbb ramai kan, lepas tu nak elak tercicir dari higher education, jadi dibuatlah uitm ni

setahu aku, uitm mmg dah bukak untuk non tp master degree keatas kan? diploma je tak boleh lagi.. so kira dah open to all lah tu,

sebenarnya, pelajar dari sekolah kebangsaan yg akan diutama untuk dapat placement dkt public university ni, tp sbb korang tak nak, suka pergi vernacular kan.. nilah "harga" dia yg korang kena "bayar"..

maaf kalau aku salah fakta, mohon betulkan kalau sudi..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 08:53 AM | Show all posts
Edited by cantthinkofany at 8-5-2024 08:56 AM

my honest opinion....nape nak takut jika kita setanding ngan mereka....masalahnya bila diberi keutamaan dan tiada persaingan, kita semakin complacence....amik mudah....tak usaha sehabis mungkin....

aku dah lalui dah...mmg nampak jelas keusahaan pelajar melayu compared to non ni...the non punya teamwork and commitment mmg jauuuuuuh berkualiti dari yg malay...

diarang bukan kaki library pun...jarang aku nampak diarang memenuhi library sangat...but yg aku nampak diarang ni ada group study...yg senantiasa berkumpul either physically or alam maya....discussion tak henti....diarang tak beli buku and study sorang2....setiap satu ahli beli satu buku...then they will discuss together...and start to share...kat library tak boleh bercakap...so mcm mane nak diskusi....

ini yg aku lalui masa kat-U la....sbb U aku mmg ada non ni....so as mentioned....my own opinion....

hence aku and kengkawan yg lain terpaksa push ourself harder to ensure kita orang tak ketinggalan kebelakang....sbb our brain ni...if ko push sikit...sikit la yg keluar...jika ko push banyak...banyak lagi yg boleh keluar....but for us to push our brain....we need some kind of triggering...and bagi aku the trigger is to be better or at par ngan orang sekeliling....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
cantthinkofany replied at 8-5-2024 08:53 AM
my honest opinion....nape nak takut jika kita setanding ngan mereka....masalahnya bila diberi keutam ...

Bg pendapat iols, hat cainis kat uni mesia ni ada past years so deme mmg bleh jawab soklan sbb past years.. kalau tanya out of the box baru tau, level deme besyer2 jahh.. hat melayu pula jenis tak bekerjasama, individualistik dan tak saling membantu.. sbb tu ada jurang dlm pendidikan deme..

Pasai nak buka kemasukan uitm ni iols tak rasa sbb deme dah glamer.. tetapi sbb ramai sgt nak masuk dan tak cukup tmpt, sbb tu ada permintaan utk masuk sana.. ipts sumer takleh dibuka utk course yg dimaksudkan.. kalau ipts bleh dibuka, dah lama deme buat..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 09:26 AM | Show all posts
..actually cadangan dibuka untuk satu kursus ni je kan. Ini konteks nya tercetusnya usul tu.
Iols translate guna google je pencerahan user di redditmalaysia - https://www.reddit.com/r/malaysi ... doors_to_non_bumis/


Konteks - Disebabkan kekurangan pakar bedah kardiotoraks, Kementerian Kesihatan mewujudkan program untuk mempercepatkan dan melatih pakar bedah kardiotoraks di Malaysia di UM dan IJN. Kerajaan membelanjakan RM100 juta untuk mengimport sukatan pelajaran Kolej Pakar Bedah Diraja Edinburgh (diiktiraf oleh kerajaan) dan mengaudit untuk menubuhkan program itu secara tempatan di universiti kerajaan kita. Bukan uni yang lekeh okay? Ia UM dan IJN. Mereka memanggilnya program laluan selari. Program tempatan sepatutnya mencerminkan program Edinburgh.

Apabila kumpulan pertama graduan keluar, tiba-tiba kerajaan menyedari program tempatan yang baru dibuat masih belum diiktiraf, jadi mereka tidak boleh berlatih sebagai pakar bedah. So as a loophole, mereka meminta graduan untuk pindah kredit ke program kardiotoraks UiTM dan lulus di sana (satu-satunya Uni di Malaysia yang mendapat pengiktirafan kursus ini), tetapi undang-undang UiTM tidak boleh menerima bukan Bumi.

Jadi pada asasnya isunya ialah jika anda pernah belajar di kolej sebenar di UK, ia diiktiraf tetapi jika anda mempelajari program cermin secara tempatan, ia tidak. Tetapi inilah bahagian yang terbaik - malah program cermin tempatan diiktiraf di UK! Lagipun, ia sepatutnya program yang sama yang dicipta oleh kolej UK.

Yang kelakarnya kursus kardiotoraks UiTM sendiri sama baharu dengan program tempatan Edinburgh ini. Malah, ia sangat baharu sehinggakan ia belum pun melahirkan graduan pertamanya. Apatah lagi, ia adalah satu-satunya pengkhususan sarjana di Malaysia yang tidak memerlukan ujian pemeriksaan perubatan untuk masuk dan telah dikritik oleh Persatuan Kardiotorasik di Malaysia kerana banyak perkara iaitu tiada ujian diperlukan untuk masuk, nisbah pelajar terlalu ramai kepada guru, pengiktirafan pantas. , dan lain-lain.

Graduan ini berhak marah dan sebenarnya menyaman kerajaan.

Bukan setakat graduan, kolej Edinburgh pun kena marah. Bayangkan diminta untuk menubuhkan program itu di Malaysia dan kemudian enggan mengiktirafnya. Apatah lagi kami mempunyai hubungan yang lama dengan kolej ini..


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2024 09:47 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 8-5-2024 09:24 AM
Bg pendapat iols, hat cainis kat uni mesia ni ada past years so deme mmg bleh jawab soklan sbb pas ...

ya betol....kalau diarang belajar mcm kita the malays belajar...diarang sama ja ngan kita....

sebab musabab nak bukak for non ni is not an issue....but the main context yg perlu difikir sekarang ni adalah...adakah the malay telah bersedia utk belajar cara diarang....do we have the fire burning to be the best...the fire to compete....atau kita masih lagi merasakan kita ada privilege to take our own sweet time....if kita masih ditakuk lama...then we are not ready to let go of the privilege...then let's fight to prevent....

bagi aku kita tak bersedia lagi....tengok je curriculum sekolah rendah...sekoah menengah...masih lagi tak stabil...facilities yg diberi oleh kerajaan semakin questionable....buku pinjaman dah koyak rabak...buku kerja semakin banyak yg perlu dibeli oleh ibu bapa...bag bebudak semakin berat...sekolah semakin padat....daya saing semakin pupus....anak kena marah sikit oleh cikgu...mak bapak dah melenting....anak kena tegur sikit...mak bapak dah buat laporan polis....

nak suruh mak bapak balance the education...kat sekolah cikgu yg ajar...kat rumah...mak bapak yg ajar...but the problem is...mak bapak are too occupied to bekerja....sbb kos hidup semakin tinggi...berapa orang mak bapak yg ada cukup masa utk sit down ngan anak ketika di malam hari to go thorugh the lesson yg anak kita dah belajar disekolah tadi...masing2 dah penat....

all the issue are chicken and egg....dominoes effect....

so in short....are we ready to let go of our privilege and continue to push forward....then let's not fight....

but if we are not ready to let go....jom kita perang sehabis mungkin.....reject the proposal....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 10:04 AM | Show all posts
Buka kursus pembedahan UiTM kepada bukan Bumi, gesa ahli akademik

05 May 2024, 08:30 AM



Tajuddin Abdullah berkata pengekalan amalan semasa yang tidak membenarkan pelajar bukan Bumiputera mengikuti program itu akan mengehadkan persaingan sihat.

Felo Akademi Sains Malaysia Tajuddin Abdullah berkata membuka institusi pendidikan seperti UiTM kepada semua pelajar dapat membantu memupuk integrasi dan perpaduan nasional.


PETALING JAYA: Pengecualian bukan Bumiputera daripada program pasca siswazah pembedahan kardiotoraks Universiti Teknologi Mara boleh menghalang kemajuan dan pembangunan bidang itu, kata seorang ahli akademik.

Felo Akademi Sains Malaysia, Tajuddin Abdullah, berkata langkah mengekalkan amalan semasa boleh mengehadkan persaingan sihat dan menghalang perkembangan profesion perubatan. Ia juga akan mengabaikan potensi bakat dan perspektif yang pelbagai daripada etnik lain.

Tajuddin yang juga graduan UiTM berkata, membuka institusi pendidikan seperti UiTM kepada semua pelajar dapat membantu memupuk integrasi dan perpaduan nasional.

“Saya tidak bersetuju bahawa kemasukan ke UiTM tidak seharusnya dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera. Malaysia adalah masyarakat berbilang kaum dan penting untuk menerima kepelbagaian dan menyediakan peluang yang sama untuk semua rakyat Malaysia,” katanya kepada FMT.

“Membuka program pembedahan kardiotoraks UiTM kepada bukan Bumiputera boleh memberi beberapa manfaat kepada sistem penjagaan kesihatan negara. Ia akan meningkatkan kumpulan pakar bedah kardiotoraks yang berbakat dan mahir yang membawa kepada nisbah pesakit kepada pakar bedah yang lebih rendah.

“Ini boleh mengurangkan masa menunggu bagi pesakit yang memerlukan pembedahan kardiotoraks, menambah baik perkhidmatan penjagaan kesihatan secara keseluruhan.

“Dengan mempelbagaikan populasi pelajar, program ini boleh memperkenalkan perspektif baharu dan menjana pendekatan yang lebih baik terhadap bidang itu, sekali gus memupuk inovasi dan kemajuan dalam pembedahan kardiotoraks.”


Beliau berkata pada akhirnya, tenaga kerja penjagaan kesihatan yang lebih pelbagai dan terlatih akan memenuhi keperluan penjagaan kesihatan penduduk negara, menyumbang kepada kemampanan dan kemampuan sistem penjagaan kesihatan Malaysia dan menyokong pertumbuhan industri pelancongan perubatan.

Tajuddin mengulas laporan sebuah akhbar apabila Presiden Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUUiTM) Zulkifli Mohamed berkata mereka kecewa dengan cadangan supaya UiTM membuka sementara pendaftaran pengajian perubatan pasca siswazah kepada bukan Bumiputera.

Portal berita kesihatan CodeBlue baru-baru ini melaporkan bahawa UiTM bersedia secara “sementara” untuk menerima pelatih bukan Bumiputera daripada program laluan selari ke dalam program pembedahan kardiotoraksnya.

Dr Raja Amin Raja Mokhtar, dari fakulti perubatan UiTM, mencadangkan ia sebagai penyelesaian kepada beberapa kelayakan pelatih yang tidak diiktiraf.

Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir berkata tidak ada perbincangan mengenai perkara itu.

Tajuddin, bekas pengarah Zoo Melaka, berkata pengalaman peribadinya, seperti mempunyai guru dan pensyarah bukan Melayu sepanjang perjalanannya dalam pendidikan, telah menunjukkan bahawa orang dari latar belakang berbeza boleh menyumbang kepada persekitaran pembelajaran yang menyeluruh dan inklusif.

“Menerima kepelbagaian kaum kita dalam sistem pendidikan kita boleh menggalakkan integrasi nasional, perpaduan, dan perpaduan sosial, mewujudkan masyarakat yang lebih harmoni dan inklusif,” tambahnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2024 10:15 AM | Show all posts
Bukan ke mostly non-M ni pandang lekeh kat UITM ni? Dah kenapa terhegeh2 plak nak masuk kalau dibuka nanti..??
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 10:19 AM | Show all posts
diorg nak uitm sebab fee belajar murah
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 11:10 AM | Show all posts
tungkai replied at 8-5-2024 10:15 AM
Bukan ke mostly non-M ni pandang lekeh kat UITM ni? Dah kenapa terhegeh2 plak nak masuk kalau dibuka ...

Ni menunjukkan tak semua kaum cina ni banyak duit seperti orang Melayu ingat. Diorang pun mcm kita jugak..ada kaya..ada miskin.

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 12:18 PM | Show all posts
aciksenah replied at 8-5-2024 11:10 AM
Ni menunjukkan tak semua kaum cina ni banyak duit seperti orang Melayu ingat. Diorang pun mcm kita ...

Ia tak menjawab persoalan kenapa diorg pandang rendah UITM
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 12:29 PM | Show all posts
tungkai replied at 8-5-2024 12:18 PM
Ia tak menjawab persoalan kenapa diorg pandang rendah UITM

pandang rendah sebab its just malay for malays. takde competition. ko letak graduate uitm dengan UM sebelah2 dalam iv, u mesti amik budak UM. why? perception, uitm = melayu and  melayu  = kena sudukan semuanya.  
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 01:57 PM | Show all posts
tungkai replied at 8-5-2024 12:18 PM
Ia tak menjawab persoalan kenapa diorg pandang rendah UITM

Zaman sekarang mana ada dah pemikiran mcm ni. Diorang kalau boleh nak masuk U tempatan tapi tak dpt tempat. Tu yang terpaksa berhabis duit p swasta. Kecuali yang jenis ada duit makan tak habis..diorang akan hantar anak belajar luar negara. Alah..orang kita pun pandang tinggi kalau ada orang Melayu belajar luar negara. Diorang mcm tu la jugak.  

Tapi kebanyakan klik I yang kat ofis ni..rata2 mau anak belajar U tempatan saja. Diorang dah takut anak belajar jauh2 tak mau balik.


Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
clueless_gamer replied at 8-5-2024 08:23 AM
uitm ni asal dia untuk bumi student yg tak dapat placement dlm public university, yelah sbb ramai ka ...

Klu ko dtg kampus Shah alam tu ramai jah cina.. tp
Cina mainland lah .. sambung postgrad kat situh
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
non malays ni dlm kutuk2 melayu miskin...tetap terhegeh2 nak masuk uitm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2024 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 8-5-2024 09:24 AM
Bg pendapat iols, hat cainis kat uni mesia ni ada past years so deme mmg bleh jawab soklan sbb pas ...

Ni i setujuuu sgt. I sendiri ajar budak u sekarang. Utk lab, diorg dah memang ada lab report dah dari senior diorg. Kalau lab electronic, diorg just ubah sikit2 je, mcm gambar yg diorg dpt dari simulation n oscilloscope. Part procedure, component’s value tu, diorg ikut yg mcm senior diorg punya je. I siap minta diorg bukak dpn i, lab report senior diorg lagi. Since i jenis rapat dgn student, diorg ok je tunjuk dgn i. Past years pun sama. Community diorg agak kuat.

Kalau melayu pulak, susah btl nak share dgn junior bnd2 ni. Samada xnak share, atau sejenis yg tak simpan record past years semua, so xleh share dgn junior. Ada yg share, tapi x ramai. Especially student lelaki, susah btl nak simpan past years ni.  Harap lepas ni student melayu pun boleh contohi community  diorg juga.

Comment i berdasarkan yg i experienced n tgk sendiri. Kat my uni, kitorg masuk berdasarkan merit. Kira kalau 12 org, 3 melayu, 1/xde langsung indian, yg lain chinese. Tempat/uni lain i x pasti. Uitm pun i pernah kerja jugak. Lain sikit la culture nya.

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
cantthinkofany replied at 8-5-2024 09:47 AM
ya betol....kalau diarang belajar mcm kita the malays belajar...diarang sama ja ngan kita....

seb ...

Huh? Amender hang mepek ni? Melayu mana ada privilege? Sbb melayu disadvantaged la kena bg tongkat mcm2.. kalau takde tongkat, mau teruih menjunam lagi teyuk drp now.. sama la mcm org asli.. disadvantaged sbb tu dpt mcm2 kemudahan utk bantu deme..

Iols speku org mcm hang ni tak paham ertikata privilege.. sbb gugel translate sbg keistimewaan.. padahal ekonomi melayu jauh terkebelakang sbb tu kena bg tongkat.. dlm benang sebelah pompan cari laki gaji 9k pun ramai dah merempan..

Cuma masalahnya now, yg non-melayu pun ramai disadvantaged. Cara terbaik ialah buka lebey byk fasiliti, bknnya penjenamaan fasiliti yg ada.. itu takkan menyelesaikan masalah sbb bilangan calon bertambah, bknnya statik. Yg bilangan berkhidmat dlm kerajaan jahh yg statik sbb setiap tahun excess blah ke swasta, maka hanya sikit jahh yg kekal berkhidmat di kerajaan.. isu extra training places dlm cts ni patutnya deme buat kira2 baper diperlukan dlm perkhidmatan kerajaan dan tailor the number of training centres dlm mesia.. tapi knowing malaysians, bila dah isu nak nazak baru nak cari ubat..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Abahmung replied at 8-5-2024 10:04 AM
Buka kursus pembedahan UiTM kepada bukan Bumi, gesa ahli akademik

05 May 2024, 08:30 AM

Ankel tajudin ni pikiaq jaga manosia sama jahh mcm jaga menatang kat zoo gamaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Awat depa tak nak berebut MASUK ASKAR...mempertahankan negarer tempat mereka meniaga dan menjadi kaya....kenapa???kenapa???kenapa???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.418881 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list