CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes simbahan asid : Jangan buat spekulasi, babitkan Istana - Razarudin

9-5-2024 10:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2391| Komen: 22

Description: Kuala Lumpur: Polis nafi dakwaan berhubung tangkapan suspek ketiga membabit kes simbahan asid ke atas bintang Harimau Malaya, Faisal Halim yang tular hari ini.


Kuala Lumpur: Polis nafi dakwaan berhubung tangkapan suspek ketiga membabit kes simbahan asid ke atas bintang Harimau Malaya, Faisal Halim yang tular hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tangkapan setakat ini masih lagi hanya dua orang seperti yang dilaporkan sebelum ini.

"Kita masih teruskan siasatan dan saya dah (sudah) minta pengarah (Jabatan Siasatan Jenayah) sendiri ke tempat kejadian untuk 'restructure' semula (kejadian) dan tengok apa yang boleh kita dapat lagi.

"Ada yang tanya ada hantaran berhubung tangkapan ketiga, itu tak ada, negatif," katanya ketika ditemui di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2024 dan Keselamatan Antarabangsa (Natsec), di sini hari ini.

Mengulas berhubung komen hangat dan spekulasi netizen di media sosial beliau mengulangi amarannya sebelum ini supaya orang ramai tidak membuat kesimpulan sendiri berhubung isu terbabit.


Katanya, mustahil bagi PDRM menyiasat segala dakwaan dan spekulasi di media sosial namun jika ia berasas pihaknya akan menjalankan siasatan.

"Ini (spekulasi hangat) tak bagus, saya dah (sudah) ulang banyak kali jangan speculate (spekulasi), ini tak bagus. Bila menyebut sampai membabitkan Istana perkara ini tidak sepatutnya berlaku sebab kita pun belum dapat motif sebenar (serangan asid).

"Tetapi orang ramai seolah-olah membuat fitnah berdasarkan 'siasatan' yang dia (netizen) dapat dari mana kita pun tidak tahu," katanya.

Dalam pada itu beliau menyarankan pengurusan kelab bola sepak tempatan supaya menyediakan perkhidmatan keselamatan tambahan buat pemain mereka.

Katanya, PDRM sememangnya sudah meningkatkan kawalan keselamatan buat pemain-pemain bola sepak berkenaan namun tidak mampu untuk memantau setiap pemain sepanjang masa.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 9-5-2024 10:43 PM
Istana ek? Takkan deh sapa nak ngaku. Katalah jemeka kena petik, mesti dia dan penyapot akan kata apa barang nak serang..team jemeka memang padu la..menang mmcm piala. Haa gituew imaginasi liarku.
Quote shida81 9-5-2024 11:08 PM
Wpun iols x suka belah yestana sana tp iols rase x mungkin la si boboy punye angkara.. Bkn dia Sgt semangat kesukanan ke
Quote bulalof 10-5-2024 08:04 AM
defensive mode ON.
Quote mikasa 10-5-2024 12:25 PM
Kenapa report polis disulitkan....krik2
Quote otai_g 10-5-2024 03:13 PM
Edisi siasat kirim Salam.
Quote tompie 10-5-2024 03:45 PM
Macam susah nak percaya yang kes ni melibatkan yistana..
Mengarut je mamat yang mengaku tau semua benda tu, sapa nama yang kat insta tu..
akupun tak tau whether mamat tu delusional ataupun nak claim his 15b minutes of fame.

aku lagi percaya benda ni keje bookie.. tak percaya cuba tengok cerita peaky blinders.. hahaha.

Quote shy79 10-5-2024 04:00 PM
huhu jenuh nk coverline..
kita mkn popcorn dulu
Quote nikaido 10-5-2024 04:14 PM
Kl istana, ada gambar tumbuk player dkt terowong pun kes NFA
Quote naina 10-5-2024 11:53 PM
Siasat jelah. Kalau orang dah sebut2 tu. Yistana buka clean sangat. Dorang je takut. Mana tak takut..kuat rasuah. Benda yang telus jadi takut semua nak tegakkan. Baca group TAnya Peguam cukuplah macam2 kes polis rakyat terpaksa redho
Quote hashashes 11-5-2024 12:00 AM
Selalu apa yang diorang cakap ni terbalik
Quote hyie 11-5-2024 12:31 AM
anak jiran acik stinger yang 3 tahun tu pun tak percaya noks..inikan pula acik2 porem...gichuuuu tak berganjak ye umur anak jiran heshe
Quote Normiang-Baru 16-5-2024 09:22 AM
hyie replied at 11-5-2024 12:31 AM
anak jiran acik stinger yang 3 tahun tu pun tak percaya noks..inikan pula acik2 porem...gichuuuu :lo ...

anak beruk tuuuu....dia kan duduk tepi zoo.
Quote blue_blur 16-5-2024 10:27 AM
wah.... tak terdetik pun.... tiba2 terpalit... pelik2...

cuma tertanya2, boleh je kan dua2 pihak tarik diri dari piala sumbangsih haritu... kata semangat bolablablabla...
Quote matseh 16-5-2024 10:32 AM
Pemain bola sama mcm org lain juga.
Sbb dia top player. maka bykla publisitinya.
Kalau yg kena main M3, kena la update socmed setiap 30min.
Quote She-Ra 16-5-2024 11:20 AM
iols dr 01 dan sejak ada satu kes viral si jamaika dgn bininya sibuk mencapub sampai org yg sebenarnya tak bersalah, semua hasil fitnah, masuk dlm penjara. maaf la, hilang sikit rasa hormat tu.. ko nak menyibuk dlm sesuatu hal, sila dgr dr kedua belah pihak, biar adil dan kemudian hadammm. bkn main percaya cerita dr sebelah pihak je

ok done membebel keluar topik ahahaha
Quote Azharitubunga 16-5-2024 11:22 AM
otai_g replied at 10-5-2024 03:13 PM
Edisi siasat kirim Salam.

Salam ES diterima
Quote melekaifc 16-5-2024 02:24 PM
She-Ra replied at 16-5-2024 11:20 AM
iols dr 01 dan sejak ada satu kes viral si jamaika dgn bininya sibuk mencapub sampai org yg sebenarn ...

ko nak cakap siti bainun tak salah ke?

Quote She-Ra 16-5-2024 02:30 PM
Edited by She-Ra at 16-5-2024 02:31 PM
melekaifc replied at 16-5-2024 02:24 PM
ko nak cakap siti bainun tak salah ke?

uols rasa? iols kenal pengadu (malas sebut nama) dan siti Bainun. bkn kenal takat kopi2 lepak pepetang tp duduk serumah.. bkn seminggu dua tauu.. mkn bulann
Quote melekaifc 16-5-2024 03:00 PM
She-Ra replied at 16-5-2024 02:30 PM
uols rasa? iols kenal pengadu (malas sebut nama) dan siti Bainun. bkn kenal takat kopi2 lepak pepet ...

tumpahkan teh sikit uols. sebab tengok kes ni macam straight to the point je. pengabaian budak down sindrom.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.335978 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top