CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ebby Yus terharu terima bantuan Perdana Menteri - "Saya pun tak tahu mereka nak datang"

9-5-2024 10:28 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1196| Komen: 7

Description: Pelakon dan pelawak veteran, Ebby Yus mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan wakilnya yang sudi menziarah serta bertanya khabar mengenai keadaan kesihatannya ser ...


Pelakon dan pelawak veteran, Ebby Yus mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan wakilnya yang sudi menziarah serta bertanya khabar mengenai keadaan kesihatannya serta anak-anak seni yang diuji dengan masalah kesihatan.

Ebby, 59, ketika dihubungi berkata, dia berbesar hati atas keprihatinan Anwar sebagai Perdana Menteri dan menyambut baik kehadiran wakilnya yang juga Setiausaha Politik, Farhan Fauzi, ke kediaman Ebby di Kampung Bharu, pagi semalam.

"Saya pun tak tahu mereka nak datang. Sehari sebelum itu dapat panggilan daripada wakil Jabatan Perdana Menteri (JPM), memaklumkan wakil Perdana Menteri nak datang menziarahi artis-artis yang diuji dengan sakit dan sebagainya.

"Jadi, memang dia beritahu, sebelum ini dah menziarahi beberapa artis lain yang tak sihat. Mereka dapat tahu saya pun ada masalah kesihatan. Jadi, dalam 10.30 pagi mereka datang menziarah dan luangkan masa lebih kurang 45 minit.


"Mereka bertanya mengenai sakit saya dan bagaimana jalani kehidupan dan sebagainya. Saya maklumkan, tidaklah banyak berlakon sebab saya tak mampu nak buat. Tawaran kerja memang ada," katanya kepada Harian Metro.

Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid berkata, dia tidak pernah meminta bantuan sesiapa sebelum ini, namun terharu apabila ada pihak yang mengambil berat dan bertanya khabar keadaan kesihatannya.

"Contohnya, kalau dalam keluarga, kita ada ayah. Kalau ayah tak ambil berat langsung, kita akan rasa sedih. Perdana Menteri itu memang menjadi tanggungjawabnya kepada rakyat. Apabila kita didampingi begitu walaupun oleh wakil, itu dah 1,000 rahmat buat kita.

"Dalam berjuta rakyat, kita terpilih. Ini pun atas izin Allah. Sebagai manusia, saya bersyukur. Saya tak pernah meminta, tapi apabila ada orang yang melihat kita dan ambil berat.

"Misalnya kita ada kawan dan tanya khabar sahaja pun, kita dah rasa terharu sebab orang ingat kita. Maknanya, kita sebagai rakyat diambil berat oleh pemimpin, nak kata apa lagi. Bersyukur sahajalah," katanya.

Ditanya mengenai keadaan kesihatannya, Ebby yang sebelum ini berhadapan komplikasi jantung berkata, keadaan kesihatannya semakin stabil selepas menjalani prosedur pemasangan bateri di jantungnya.

"Setakat ini, syukur alhamdulillah. Sebab dah banyak benda yang dah rosak, jadi ia tidak seperti sedia dahulu. Adalah kekurangannya.

"Selepas dah tiga ke empat bulan pasang bateri, adalah perubahannya. Kalau tidak, kalau penat saya sampai pengsan sebab jantung terlampau laju. Sekarang, dah dapat kawal.

"Selain itu, semuanya kuasa Allah," katanya.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 10-5-2024 08:18 AM
wow.............
Quote pokokmeranti 10-5-2024 08:21 AM
inilah kelebihan team bang Non pandai ambil hati dalam menaikkan SST.
Quote Pak.dolla 10-5-2024 08:36 AM
.
.
.
ebby yus apak sedara aidil suami fs kan?
pak sedara sebelah emak ke bapak?
tang mata aidil dgn ebby nampak sama...
Quote kuchenta_81 10-5-2024 08:49 AM
Rumah yang hanyut dulu tu apa cerita agaknya? Banyak juga harta Ebby ni.
Quote xAthenax 10-5-2024 10:12 AM
kaka tertarik pada lukisan di background......
Quote MistrezHermanaz 10-5-2024 11:27 AM
haritu kt SRL xde ebby ni..ganti ntah sapa2 x lawak langsung
Quote downiey 10-5-2024 01:40 PM
mne gmbr ngn pm

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.042007 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top