CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Dalam TikTok Saya Nampak Gila, Real Life Pun Gila Tapi Jangan Suruh Saya Nyanyi..Saya Malu’ – Leona

9-5-2024 10:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3092| Komen: 18

Description: Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona berkongsi pengalamannya apabila ditegur peminat setibanya mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur.


Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona berkongsi pengalamannya apabila ditegur peminat setibanya mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Leona akui terkejut dengan tindakan beberapa individu yang memanggil namanya berkali-kali di lapangan terbang selain turut mengetahui nama penuhnya.

"Saya nak beritahu satu cerita, bila saya mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur, saya tak sangka ramai orang tahu saya. Saya lupa yang ada orang kenal saya."

"Bila saya keluar, ada orang panggil nama saya ‘Leona’. Saya terkejut macam mana dia kenal dan tahu nama penuh saya."

Tambah Leona lagi, paling tidak disangka-sangka apabila ada segelintir individu memintanya untuk mendendangkan lagu Ketipak Ketipung Raya seperti yang pernah dinyanyikannya di TikTok.

"Lepas tu, dia cakap dia tengok video saya menyanyi. Kemudian dia keluar telefon dan rakam minta saya nyanyi lagu Ketipak Ketipung Raya."

"Saya agak malu. Kalau korang jumpa saya di luar, jangan suruh saya menyanyi. Saya tahu dalam TikTok saya nampak gila, real life pun saya gila. Tapi saya rasa agak malu. Saya tak nak orang lain fikir saya gila."

Dalam pada itu, Leona akui meskipun dia nampak ‘sporting’ tetapi dalam masa yang sama dia akui berasa berasa segan sekiranya diminta bernyanyi di tempat awam.



Sumber: TikTok/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote emera 9-5-2024 10:13 PM
Budak ni perangai mcm mental tp kelakar.
Quote lolipopmanish 9-5-2024 11:05 PM
Yona kesayangan acik acik porem
Quote dua_chzy 9-5-2024 11:09 PM
Suka pula aku tengok Leonna dalam vidro kat atas neh padahal selama ni aku gigih menghujat dia. Teringin nak ngajo budak macam Leonna dalam kelas.

Dulu ada sorang student aiols gila2 level Marikh dalam kelas. Dah selamat jadik guru BI dah dia.
Quote Farnor 9-5-2024 11:26 PM
Leona sekali skala layan ler peminat.. Bergilor dgn drank.. U ada bakat seni juga tu waris dr papa azhar..
Quote annadonna 9-5-2024 11:45 PM
Edited by annadonna at 9-5-2024 11:47 PM

Leona manusia yg ceria dan fun, ayahnya besarkan dia mcm friend saja. And family belah mak yg western oriented sikit buatkan hidup dia penuh warna. Bila dia happy dan gila gila mmg nampak perangai dia genuine tak dibuat buat sebab walaupun dia teruk dikecam tapi protector paling besar dia adalah ayah dia. Selalu budak pompuan mcm ni insyaAllah akhlaknya terjaga sebab kasih sayang cukup. Org yg bitter dgn dia mesti kehidupan dorang sedih. Jenis yg kalau gurau sikit terus kena lempang dgn bapaknya. Yg dari kecik asyik diancam masuk neraka.
Quote Frangapini 10-5-2024 03:27 AM
Leona dah balik cuti
Lepas ni, Leona dah nak masuk Third Year

Quote areyam 10-5-2024 09:20 AM
apalaa peminat nak suruh nyanyi live....kalau sekadar nak bergambar selfie boleh laa.... pelik2
Quote ninajaybee 10-5-2024 09:49 AM
annadonna replied at 9-5-2024 11:45 PM
Leona manusia yg ceria dan fun, ayahnya besarkan dia mcm friend saja. And family belah mak yg wester ...

Setuju. Budak ni belajar pandai dan family bonding bagus. Tak pernah lagi nampak dia clubbing, smoking atau vaping, etc.
Quote smeetasmitten 10-5-2024 11:28 AM
Org tu baru landed disuruh nyanyi pulak. Apo la
Quote hokeypokey 10-5-2024 11:35 AM
leona kalau kurus skit lagi comel
Quote swimswim 10-5-2024 03:14 PM
Org yg suruh u nyanyi tu yg gila yona.
Quote SalenaGomez 10-5-2024 03:35 PM
annadonna replied at 9-5-2024 11:45 PM
Leona manusia yg ceria dan fun, ayahnya besarkan dia mcm friend saja. And family belah mak yg wester ...

Ehhh setuju statement sis. Tgk video yg ni repeat2 byk kali pon x jemu. Dia ni sejenis mcm ella. Manja tp kita x rasa annoying sbb bkn dibuat2 , just mmg naturally dia mcm tu
Quote I.K.A888990 10-5-2024 03:37 PM
random sgt tiba dia nyanyi negaraku tiber
Quote syamzana 10-5-2024 03:40 PM
iols sokmo dgr penuh tekun bila dia ni bercakap melayu. mcm lepas tak lepas gitewww
ape ke bengap bdk yg suh nyanyi tu siap tala phone. memalukan org&diri sendiri betul la.
Quote lilacomot 11-5-2024 09:21 AM
Mkin membolat muka dia ek.. Tp ttp comel je
Quote theotherfriend 11-5-2024 03:41 PM
Kalau iols jumpa Leona tak kosser nak suruh nyanyi. satu dia bukan penyanyi, dua, kasta pun lain wutt, bdk u Oversea ko nak layan macam anak jiran sblh rumah kau, ada akal ke tak yang suruh nyanyi tu?
Quote dua_chzy 11-5-2024 04:32 PM
syamzana replied at 10-5-2024 07:40 AM
iols sokmo dgr penuh tekun bila dia ni bercakap melayu. mcm lepas tak lepas gitewww
ape ke beng ...

Macam bebudak Cina cakap BM. Gini la kengkawan Cina aiol kat U dulu bercakap. Haha.
Quote wafeloren 11-5-2024 07:02 PM
Hakikatnya leona ni lagi cukup kasih sayang berbanding marissa dania. Family elok. Ade parent yg support. Dengan extended fmly pun nmpak ok.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.111157 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top