CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shila Amzah Selamat Bersalin Bayi Perempuan – ‘Assalamualaikum Puteriku, Rhea Akira’

9-5-2024 10:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8471| Komen: 97

Description: Penyanyi popular, Shila Amzah selamat melahirkan cahaya mata perempuan, hari ini.



Penyanyi popular, Shila Amzah selamat melahirkan cahaya mata perempuan, hari ini.

Berita gembira itu dikongsikan oleh suami Shila iaitu pempengaruh media sosial, Ubai MZ menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.

"9 Mei 2024. Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat bersalin. Gugur air mata dan sebak melihat isteri bertarung nyawa demi cahaya mata tercinta."

"Pengalaman pertama kali melaungkan azan pada cahaya mata kami, sungguh luar biasa. Perasaan yang tak dapat saya ungkapkan."

Dalam hantaran sama, Ubai atau nama lengkapnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, meluahkan rasa syukur atas rezeki yang diberikan.


Pasangan itu turut memberikan nama Rhea Akira kepada puteri mereka.

"Terima kasih ya Allah atas rezeki yang kau berikan pada kami sekeluarga. Cucu pertama arwah mak dah selamat dilahirkan."

"Mesti arwah mak happy takdir dan perancangan Allah itu sangat hebat. Akan kami jaga sehabis baik amanah dan rezeki yang kau berikan ini. Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira."

Sekadar info, Ubai mendirikan rumah tangga bersama Shila pada 5 Ogos 2023 selepas penyanyi itu berpisah dengan bekas suami, Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin.

Hasil perkongsian hidup, Shila dan Haris dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais


Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 9-5-2024 10:27 PM
Alhamdulillah
tahniah2 sedap nama anak
Quote Afifi82 9-5-2024 10:35 PM
Congrats Shila & shuben  
Quote Minami2013 9-5-2024 10:39 PM
Moga ibu dan anak sihat.
Quote Rogue98 9-5-2024 10:42 PM
Congrats Shibai...
Quote missHaidiD 9-5-2024 10:42 PM
Tahnia ubai dan sha

Semoga rhea akira membesar dgn sihat
Quote newyork 9-5-2024 10:46 PM
Tahniahj demee
Quote Frangapini 9-5-2024 11:10 PM
Alhamdulillah.

Tahniah. Semoga yang baik-baik sahaja buat seisi keluarga, ‎آمِيْن
Quote TerataiMelur02 9-5-2024 11:12 PM
Tahniah.
Dah sepasang la shila.
Sedap pulak nama rhea akira
Quote dua_chzy 9-5-2024 11:12 PM
Tahniah!
Quote dua_chzy 9-5-2024 11:14 PM
Apsal la aku tak terfikir boh nama unik gabung nama jepon ka apa kat anak dulu. Terasa nak ubah nama anak kat JPN.
Quote kepompong 9-5-2024 11:27 PM
bagus letak nama bila sebut "ria" harap gembira selalu ye baby
Quote naina 9-5-2024 11:43 PM
Aik dah bersalin. Masa announced ritu rasa macam baru sebulan dua pregnant. Rupanya dah banyak bulan eh..tahniahhh. semoga bertambah rezeki bertambah bahagia..
Quote shahirakay 9-5-2024 11:59 PM
family belah mamanya baby ni afa wish tak
Quote divalaura 9-5-2024 11:59 PM
Alhamdulillah..
Tahniah
Quote doubleA 10-5-2024 12:02 AM
Sedap nama. Makna apa eh? Akira tu dalam bahasa jepun berani/bijak/cerdas (lebih kurang tu maksud). Rhea tu as if bunyi ri-a?
Quote fcl29 10-5-2024 12:08 AM
berpuluh tahun dulu, aku pernah create satu watak angan2.. bukan aku la yg jadi watak tu, konon2 satu kisah novel.. dan aku letak nama Rhea..
wahh x sangka Rhea sudah wujud.. semoga Rhea Akira cantik orangnya seperti yg aku reka.. ahhh tiber
Quote Shayang 10-5-2024 01:01 AM
dua_chzy replied at 9-5-2024 11:14 PM
Apsal la aku tak terfikir boh nama unik gabung nama jepon ka apa kat anak dulu. Terasa nak ubah nama ...

Sempat lagi selagi dia belum buat ic
Tp tu dulu la skrg aku taktau sampai umur berapa leh ubah nama ni
Sbb ramai je g pendekkan nama anak memasing sblm ni.
Quote likilu 10-5-2024 01:20 AM
Ni sempena rhys dari uk yg selalu buat review makan makan tu ke

Terkenang waktu duk UK kawen org UK?
Quote mojarean_X 10-5-2024 01:24 AM
Bila dia pregnant tau2 dh bersalin. Nmpk sgt ketinggalan train. Btw tahniah

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.051949 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top