CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

“Apa Hukum Suami Suka Tengok Perempuan Seksi? Bini Simpan Kat Rumah Buat Apa?” – ‘Founder’ Terkenal Dedah Perangai Sebenar Suami

9-5-2024 06:15 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11119| Komen: 80

Description: Pempengaruh wanita yang juga merupakan seorang usahawan terkenal meraih perhatian selepas dia meluahkan rasa kecewa terhadap sikap suaminya.

Pempengaruh wanita yang juga merupakan seorang usahawan terkenal meraih perhatian selepas dia meluahkan rasa kecewa terhadap sikap suaminya.

Semuanya bermula apabila dia menerima direct message daripada seorang wanita yang mendakwa suami usahawan terbabit merupakan seorang scammer dan telah menipu ramai orang.


Berdasarkan hantaran di Instagram story, usahawan butik pakaian itu berkata dia kini sedang hamil dan mendedahkan bahawa suaminya suka ‘follow’ akaun wanita seksi di platform tersebut.


Tambahnya, suaminya tidak menunjukkan perubahan meskipun pernah bergaduh tentang hal berkenaan sebelum ini.Wanita itu turut mendedahkan bahawa kali terakhir mereka bergaduh tentang isu ini adalah ketika mereka menunaikan umrah Januari lepas.

"Malam malam isteri dan anak-anak dah tidur pun dia akan main telefon, aku pun tak tahu scroll apa. Dah kalau following macam tu, scroll pun memang keluar benda-benda tu jelah. Apa hukum dia eh kalau suami suka tengok perempuan lain seksi-seksi? Untuk apa sebenarnya?”


Bukan itu sahaja, dia turut akui sudah empat tahun tidak mengikuti suaminya sendiri di akaun media sosial kerana mahu menjaga hati sendiri.

Pasangan yang mempunyai dua cahaya mata itu terkenal dalam kalangan pengikut mereka dan menjalankan perniagaan pakaian yang sering tular di media sosial pada musim Raya kerana kualiti yang kurang memuaskan.

SUMBER : Twitter/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuuu 9-5-2024 06:23 PM
Sapakah,last paragraph tu clue kuat tapi aq dh lupa pulak siapa namanya...sama ada ko terus bersabar stay in marriage ataupon mintak cerai,itu je pilihan yg ada kak,kalo xde anak lagi leh gak ko ikut jejak langkah suami ko tu,follow jantan2 hot satu dunia yg jenis suka up gambar separuh bogel ada six pack bagai tu tengok apa reaksi suami ko tapi mmandangkan ko pon tngah pregnant jangan la wat camtu,kesian kat baby n anak2 yg lain
Quote Kitty_catz 9-5-2024 06:35 PM
bulan bintang ke ni?
Quote green~tea 9-5-2024 06:46 PM
Duit banyak ko renovate je laa muka dan badan dah alang2 mendambakan perhatian suami ko


Ejas kopek tu size XXXXL terus.. lawan hanis haiyok
Quote nw111 9-5-2024 06:51 PM
Ok...nanti masuk balik
Quote syamzana 9-5-2024 06:51 PM
sape??? cuba bagi pic sebenar sng nak kecam
Quote margo20 9-5-2024 06:55 PM
Tgk rambut mcm suami leeyanarahman
Quote Orix 9-5-2024 06:56 PM
cepat sgat masuk. nnt iols msuk balik
Quote Mimo.mimo 9-5-2024 07:00 PM
LR kan. Dah 4 tahun gitu. Lakinya taknak berubah. Tapi still termengandung.
Quote kepompong 9-5-2024 07:19 PM
zuuu replied at 9-5-2024 06:23 PM
Sapakah,last paragraph tu clue kuat tapi aq dh lupa pulak siapa namanya...sama ada ko terus bersabar ...

kat tered lain ada org sebut2 Liyana Manan bukan nama sebenar
Quote edayildiz 9-5-2024 07:22 PM
kalau bini seksi & hot..skandal bertdg..tu acaner pulak
ada abg ofis i asyik moody je kalau nk meeting..sekali osg skendal ngn janda kt sini..bertudung elok..bini dia hot tau lg muda..
ada skendel tp kt status selalu pos keliarga bahagia..p bwk ank bini holiday..
rupanyaaa
yela janda kan kesunyian..sepi lama xdpt...dh thu laki org pun nk jgk
Quote allshares 9-5-2024 10:25 PM
"perniagaan pakaian yang sering tular di media sosial pada musim Raya kerana kualiti yang kurang memuaskan."

Kelako kualiti hauk tetiap thn tapi still ramai yg beli. Betullah melayu mudah lupa, mudah memaafkan.
Quote Minami2013 9-5-2024 10:38 PM
I ada ter tengok satu q&a muslim oversea berdakwah... Perempuan ni tanya kenapa perempuan islam perlu tutup rambut etc.. lelaki yg jwb tu bgtau, itu dipanggil hijab utk elak pandangan lelaki ajnabi. Tapi dlm islam first hijab jatuh kepada lelaki, iaitu menundukkan pandangan drpd tgk perempuan ajnabi.

Menarik... Sbb kita melayu islam ni selalu blame perempuan atas alasan lelaki nature nya mmg suka tgk perempuan.

Anyway, harapnya founder ni bkn buat cheap marketing ye.
Quote Dwdrum 9-5-2024 10:41 PM
Lelaki redflag ko hadap
Quote dua_chzy 9-5-2024 10:42 PM
Wah wah

Ada hati kat Type C.

Quote dua_chzy 9-5-2024 10:42 PM
kepompong replied at 9-5-2024 11:19 AM
kat tered lain ada org sebut2 Liyana Manan bukan nama sebenar

Astaga...Bini punya la comel...
Quote allshares 9-5-2024 11:35 PM
Sama khens gmbr? Kemahean bagi tips berbusiness laki bini di nona.
Quote allshares 9-5-2024 11:37 PM
Lain beno muka kat ig sendiri vs ig org lain.
Quote lolipopmanish 9-5-2024 11:40 PM
Mesti bergado teruk laki bini ni agaknya

Dah viral gini aishh maluuuuuu
Quote ejans 10-5-2024 12:17 AM
Tp ig pon mmg makin teruk berlambak perempuan jual badan.
Apa yg aku boleh buat ialah report report dan report.. itu je lah jihad kecik aku boleh buat.

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.069675 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top