CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

FBI tawar ganjaran AS$10 juta tangkap pembangun perisian tebusan Lockbit

9-5-2024 06:10 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4871| Komen: 4

Description: PERISIAN tebusan Lockbit menyerang dunia siber sejak 2019 tetapi mula mendapat perhatian orang ramai selepas syarikat terkemuka seperti Thales, Royal Mail, TSMC dan Continental menjadi mangsa.

PERISIAN tebusan Lockbit menyerang dunia siber sejak 2019 tetapi mula mendapat perhatian orang ramai selepas syarikat terkemuka seperti Thales, Royal Mail, TSMC dan Continental menjadi mangsa.

Selepas sistem komputer berjaya dijangkiti Lockbit, data akan dikunci dan hanya boleh diakses semula dengan membayar wang tebusan bernilai puluhan juta.

Semalam, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) memfailkan dakwaan ke atas Dmitry Yuryevich Khoroshev yang merupakan antara pentadbir dan pembangunan Lockbit.

Beliau berhadapan 26 pertuduhan terlibat dalam konspirasi melakukan penipuan serta peras ugut untuk merosakkan sistem komputer. Sekiranya didapati bersalah, Khoroshev boleh dipenjarakan sehingga 185 tahun.

Beliau masih lagi bebas dan oleh itu pihak FBI menawarkan ganjaran AS$10 juta (RM48 juta) untuk maklumat yang akan menyebabkan beliau boleh ditangkap sebelum diheret ke mahkamah.


Sejak 2019, dianggarkan terdapat lebih 2000 mangsa Lockbit di seluruh dunia dengan sebanyak AS$500 juta wang tebusan dibayar. Khoroshev menerima 20% untuk setiap wang tebusan yang dibayar.

Dalam serangan ke atas Thales pada tahun 2022, data yang dicuri kemudiannya ditiriskan ke web gelap. Antara yang terdedah ialah kontrak antara Thales dengan Malaysia. 

Sumber - Amanz

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Goodluckdontcry 9-5-2024 06:37 PM
Amboi ko mamat, terer bebeno bab hacking packing jacking ni...mmmm best jd org cerdik pandai ni..tp kalau membawa kpd jenayah,.tak guna juga..hidup dlm dup dap dup dap..xtenang..
Quote azurro 10-5-2024 01:55 PM
Dia org mana, nama mcm rusia
Quote s@s@ 10-5-2024 03:00 PM
satu hari nanti, mesti ada filem pasal ni
Quote nusaraya 10-5-2024 05:45 PM
Mengapa pihak kerajaan Malaysia X meniru cara USA tersebut terhdap master mind 1MDB  JLow yang higga kini masih bebas merdeka di luar sana ?  

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.049464 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top