CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dulu janji ‘cerai mati’, kini Ellie Suriaty persiap majlis kahwin Azri

9-5-2024 03:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8575| Komen: 67

Description: Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty mengesahkan bekas suaminya, aktor Azri Iskandar bakal berkahwin dengan kekasihnya dikenali sebagai Datuk Noora Kay tidak lama lagi.

Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty mengesahkan bekas suaminya, aktor Azri Iskandar bakal berkahwin dengan kekasihnya dikenali sebagai Datuk Noora Kay tidak lama lagi.

Kata Ellie, 52, persiapan perkahwinan sedang dibuat oleh pasangan tersebut dan kini mereka hanya sedang menunggu hari untuk disatukan.

“Mereka akan melangsungkan perkahwinan dan saya kini sedang dalam proses membuat persiapan bagi mewakili pengantin lelaki.

“Saya mahu dia hidup bahagia. Tujuan saya membantunya membuat persiapan perkahwinan memandangkan saya sudah berjanji dengan Allahyarham nenek Azri bahawa perkahwinan kami akan kekal hingga hujung nyawa.

“Namun, takdir sebaliknya buat kami apabila perkahwinan dibina mampu bertahan selama 19 tahun,” katanya kepada Kosmo Online.

Mengulas lanjut, tujuan Ellie membantu Azri membuat persiapan perkahwinan kerana ingin menyatakan hubungan mereka tetap berjalan dalam keadaan baik meskipun sudah berpisah.


“Saya dahulu berjanji bahawa perkahwinan itu akan kekal sehingga ada salah seorang daripada kami meninggal dunia. Tetapi, qada dan qadar perkahwinan kami hanya sampai di sini.

“Tetapi, saya tetap menjaga hubungan baik antara kami. Biarpun tidak mampu kekal hingga hujung nyawa, tetapi setidaknya saya sudah berjaya membantu Azri untuk mengecap kebahagian meskipun sudah tidak bersama,” katanya.

Biarpun mengakui perkahwinan berkenaan akan berlangsung dalam tempoh masa terdekat, namun Ellie tidak menjelaskan secara terperinci tarikh dan lokasi majlis.

Bagaimapun, Ellie mengesahkan majlis perkahwinan tersebut tidak akan diadakan pada hari hujung minggu.

“Mengenai jemputan majlis, saya biarkan Azri yang memberitahunya,” jelas pengarah telefilem Tulus Kasih itu.

Pada masa sama Ellie mewakili Azri memohon maaf kepada wanita yang sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan bekas suaminya itu, namun gagal ke pelaminan.

“Saya tahu Azri mengenali ramai teman wanita sebelum ini, jadi andai ada yang berkecil hati dan kecewa, saya mewakilinya memohon maaf.

“Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang melungkan masa dan perhatian. Saya tahu Azri ada berkata dia ingin berkahwin, jadi apabila mengenali wanita itu dan melihat sama ada sesuai atau tidak.

“Azri bukan mungkir janji, tetapi segalanya ini sudah takdir qada dan qadar. Semoga Azri berbahagia dengan keluarga baharunya nanti,” katanya.

Azri sebelum ini dikhabarkan bercinta dan bertunang dengan wanita dikenali sebagai Dr. Azra Diera pada Jun tahun lalu.

Hubungan mereka bagaimanapun putus kerana Azri mengatakan hubungan dengan tunangnya itu semakin renggang.

Untuk rekod, Azri dan Ellie berkahwin pada 2003 dan bercerai pada 17 Mei 2022 selepas 19 tahun usia perkahwinan.

Pasangan tersebut dikurniakan dua anak iaitu Azrell Omar, 19 dan Nur Azreen, 14. 

Sumber – KOSMO ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dealova04 9-5-2024 03:59 PM
ehh dh mcm mak pengantin pulak ye menguruskan majlis kawen anak lelaki
Quote mrsamz 9-5-2024 04:05 PM
aikk macam terbalik la..lelaki patut jadi provider and protector..tapi kenapa azri mcm ni
Quote deebiz14 9-5-2024 04:10 PM
Apo.

Si Elly ni ibarat seorang bapak nak nikahkan anaknya pulek.

Smoga Datin Nora dapat menjaga Azri dengan baik. Kalau da tak suka, hantar la heols balek ke rumah ex heols ya.
Quote sayurmayur88 9-5-2024 04:29 PM
positif thinking sangat lah ellie ni..
Quote hokeypokey 9-5-2024 04:30 PM
baik sgt ellie ni.. ishhh
Quote marchikobonzo 9-5-2024 04:31 PM
Eiii..baik betul la Elly ni..untung besar jeri, ex-wife baik gini..sikit pun tak cerita aib &  hamun in public..siap tolong wedding preparation lagi..
Quote green~tea 9-5-2024 04:36 PM
marchikobonzo replied at 9-5-2024 04:31 PM
Eiii..baik betul la Elly ni..untung besar jeri, ex-wife baik gini..sikit pun tak cerita aib &  hamun ...

Aku rasa acik ellie ni hepi sangat ada ornag lain sanggup sambung bela jeri


Kat belakang kot laa dah siap merai buat pulut kuning ke.. hahahah
Quote jihyomelly 9-5-2024 04:37 PM
elly pun lega dah ada org nak jaga ex bewak…skarang elly pun nampak kurang kepam maybe takyah pikir menanggung bewak…bagus la cenggini
Quote Incanto 9-5-2024 04:45 PM
kalau aku di tempat ellie pun aku hepi ada orang take over ex hasben mental dan bewak

suruh aku menari zapin masa derang bersanding pun boleh
Quote zuriey 9-5-2024 04:50 PM
Ada sisi baik nya acik ellie ni.
Quote makita 9-5-2024 04:54 PM
Untung lelaki bewak. Ramai pompuan sudi bela.
Quote miss_perfect 9-5-2024 04:55 PM
Wow Ellie... Baiknya.
Agaknya si Azri ni memang tak boleh mengurus diri sendiri, kena ada juga orang yang mothering dia.
Mesti Ellie bersungguh jugak tolong sekarang sebab nak cuci tangan je lepas ni.
Quote KamikuP 9-5-2024 05:06 PM
Mungkin Elly rimas dengan abe jeri tu sbb lcepat2 dia nak kawenkan tok laki tu
Quote zehra2 9-5-2024 05:23 PM
dah azri tu bapak anak² dia. hidup lah dgn harmoni
Quote prince_marhaen 9-5-2024 05:23 PM
Lahhhhhhh....tak jadik ke dengan pompuan tembam yang dah berkepit macam belangkas tu???
Rasanya baru beberapa bulan meols nampak theyols bergesek2 macam kucing nak mengawan kat saloma bistro ada event jual2 macam bazar karat...hihihihihi kemain ye dalam mental-mental pun kaki betina ye...tak padan miskin takde job... baiknya lahai nek ellie...

Quote dua_chzy 9-5-2024 05:34 PM
Gitu diaaaa level bewak helpless si Azri ni, dah cerai pun masih ex bini kena urus nikah kawin.
Quote me12345 9-5-2024 06:31 PM
Dpt dato lebih lebat..rezeki elok
Quote Kitty_catz 9-5-2024 06:37 PM
demi kontent dan sesudu nasik ke ni?

gigih nau
Quote becir 9-5-2024 06:52 PM
Ellie ni menganjing ke apa. Dah macam oku lembam si azri ni serba serbi tak pandai urus kecuali carik awek.

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.156880 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top