CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Met Gala lambat, Aina Abdul dah tapau semua – Netizen

9-5-2024 03:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4657| Komen: 31

Description: Ketika netizen masih hangat membahaskan acara fesyen ulung dunia, Met Gala 2024, nama penyanyi Aina Abdul disebut-sebut sebagai perbandingan.

Ketika netizen masih hangat membahaskan acara fesyen ulung dunia, Met Gala 2024, nama penyanyi Aina Abdul disebut-sebut sebagai perbandingan.

Semuanya bermula apabila Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 31, itu memuat naik foto deretan busana ikoniknya yang pernah disarungkan sebelum ini.

“My garden of time archives,” tulis Aina ringkas seiring tema Met Gala tahun ini yang berlangsung di New York, Amerika Syarikat.

Dalam hantaran tersebut, Aina berkongsi foto mengenakan busana seperti baju akar yang dipakai ketika Anugerah Juara Lagu ke 38 (AJL38) lalu, gaun pokok AJL36 dan persalinan Bunga Raya di sebuah acara pertandingan realiti.

Pelantun lagu Jangan Mati Rasa Itu turut berkongsi busana mega ketika di karpet merah Anugerah Bintang Popular ke 34 (ABP34).

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat menyifatkan Aina layak untuk mewakili Malaysia ke acara fesyen tahunan tersebut.


Malah, ada juga berpendapat fesyen-fesyen Aina setanding dan lebih baik berbanding selebriti Hollywood yang hadir.

“Aina telah mendahului kalau bab fesyen, dia patut wakili Malaysia ke Met Gala, pasti orang sana akan ternganga mulut melihat busana avant-garde itu nanti,” komen seorang netizen.

“Met Gala lambat, Aina Abdul dah tapau semua,” kata netizen.

“Semua baju Aina menepati tema Met Gala tahun ini, bahkan lebih baik daripada pakaian beberapa artis Hollywood yang seperti terpesong daripada tema,” seorang seorang netizen.

“Kalau Aina pergi memang terpelanting semua orang,” demikian komen seorang lagi pengguna media sosial.

Met Gala berlangsung di Muzium Seni Metropolitan di New York City pada hari Isnin pertama bulan Mei setiap tahun dan tema bagi Met Gala 2024 adalah The Garden of Time 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jlo 9-5-2024 03:53 PM
haaa kan...jauh lebih cun...
Quote KamikuP 9-5-2024 04:15 PM
Jamal jamban pun dah mendahulu carta pakai tuala bawak berus gigi
Quote syamzana 9-5-2024 04:17 PM
yg baju pocong kembang hitam tu time ajl jugak ke??
Quote deebiz14 9-5-2024 04:26 PM
Met Gala tu buat stahun skali. Exklusipla. Ramai2 bleh berpakaian over sbb mmg da diharuskan, jadi takdela janggal.

Si minah ni tiap2 occasion ko over the top smpi nmpk sewel.  


Quote prince_marhaen 9-5-2024 05:28 PM
Met Gala ni event exclusive Vouge Magazine collab ngan Met Museum nuuu...event, guest, tema, hasil event, dan baju2 semua di archived kat museum tu... setakat baju kepam bau peluh yenna bedul berkerak ni siapa nak pandang nyehhh... artis korea top gi sana pun kena racial slurs dengan wartawan hanjeng racist kat sana, apatah lagi si yenna berhijab, asian, pendek, pencapaian setakat jerit2 kat AJL, orang indon pun tak kenal AJL nyahhhh....kecuali ponen pilipina yang selalu buat reaction tokti tu... tu je la peminat luar dia... hihihi

Quote pocongkiutss 9-5-2024 06:05 PM
Sewel..entahle tak penah minat lagu2 dia
Quote alesandra 9-5-2024 06:34 PM
Tahun ni  met gala sendu dan hodoh.mungkin sbb tema.thn lps tribute karl lagerfeld lawa je
Quote Mary_jane 9-5-2024 06:39 PM
Edited by Mary_jane at 9-5-2024 06:43 PM

Terinspired tak agaknya?

[twitter]https://x.com/JebraFaushay/status/1787637438887727236[/twitter]






Quote zuri154 9-5-2024 07:51 PM
syamzana replied at 9-5-2024 04:17 PM
yg baju pocong kembang hitam tu time ajl jugak ke??

Dah mcm fesyen berkafan jer rupanye
Quote September14 9-5-2024 08:02 PM
Gigi hadid je yg letops… michele yeoh tu plg buruk bju mcm alüminyum foil… tp bju aina yg bunga2 ungu tu lg cntik cuba klu rihanna yg pkai mahu kena puji sakan
Quote sleepandream 9-5-2024 08:15 PM
acara yg ditunggu2 ponen2 sedunia ke ni? kowser mak nyahhh!!
Quote siasia 9-5-2024 08:19 PM
Tp berapa inci pinggang KimK tu weihh
Senak aku tgk
Quote habisnamadahni 9-5-2024 08:44 PM
dulu kutuk fesyen ntahpape..skang angkat plak si yenaabdul tu ..netizen ni lalang
Quote EncikRhoma 9-5-2024 08:45 PM
Berangannya....nak wakil Malaysia pulak. Ingat Met Gala tu pertandingan sukan ke nak kena ada wakil2 segala bagai?
Quote tulip-rain 9-5-2024 09:09 PM
Mengarutnya baju2 dia. Rimas tengok.
Quote supernaturalee 10-5-2024 11:48 AM

lana del rey ni kan?





Quote reenz013 10-5-2024 11:53 AM
tah apa2 baju yenna bedulni
Quote heythere123 10-5-2024 01:54 PM
walaupun orang kutuk met gala tahun ni sebab tak bersolidariti, meols suka baju Tyla by Balmain
Quote heythere123 10-5-2024 01:55 PM
EncikRhoma replied at 9-5-2024 08:45 PM
Berangannya....nak wakil Malaysia pulak. Ingat Met Gala tu pertandingan sukan ke nak kena ada wakil2 ...

dah la nak kena buat baik dengan acik Anna Wintour dulu, pastu pengeras pon tak murah

mampu ke yenna bedul

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.102623 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top