CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Ketakutan Terburuk Kami, Mimpi Ngeri Penduduk Gaza Nampaknya Jadi Kenyataan” – UNICEF

9-5-2024 03:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3942| Komen: 7

Description: Jurucakap agensi PBB Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), James Elder berkata, Rafah merupakan bandar kanak-kanak dan tidak boleh diserang.


Jurucakap agensi PBB Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), James Elder berkata, Rafah merupakan bandar kanak-kanak dan tidak boleh diserang.

Lapor Agensi Anadolu, Elder menyatakan lebih separuh daripada kanak-kanak Gaza tinggal di bandar Rafah dan ketakutan terburuk mereka yang merupakan mimpi ngeri penduduk Gaza nampaknya menjadi kenyataan.

Amat menyedihkan apabila amaran serta data mengenai jumlah kanak-kanak dan wanita yang terkorban, termasuk rumah-rumah dan hospital yang musnah semuanya diabaikan.

"Peristiwa hujung minggu lepas di Gaza – pembunuhan berterusan kanak-kanak, lebih banyak serangan daripada pihak yang berperang dan kini arahan evakuasi – sekali lagi mendedahkan bagaimana pihak yang terlibat dalam konflik ini terus mengabaikan nyawa serta perlindungan terhadap kanak-kanak dan orang awam."

Jurucakap Unicef mendesak hantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza diteruskan. Rafah juga tidak boleh diserang dan kanak-kanak tidak boleh dibunuh lagi.

"Operasi ketenteraan akan merumitkan penghantaran bantuan. Jika pintu Rafah ditutup untuk tempoh yang panjang, adalah sukar untuk melihat bagaimana kebuluran di Gaza boleh dielakkan."

Sebagai wakil Unicef, beliau menggesa permusuhan perlu dihentikan dan bagi kanak-kanak Rafah, mereka memerlukan gencatan senjata sekarang.

Kredit: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote habisnamadahni 9-5-2024 08:45 PM
bila nak habis ni...
Quote Minami2013 9-5-2024 09:26 PM
Zionist israel laknatullah.

Quote pinkpunk 10-5-2024 07:22 AM
siallah israel ni..
Quote B40tastePosh 10-5-2024 11:21 AM
Dah terlambat kalau Melayu nak boikot boikot Israel.

Sebab zaman atok nenek diorg dah support product Israel.

Anak nak boikot McD dan KFC...tapi mak ayah merempan nak makan Coleslaw
Quote B40tastePosh 10-5-2024 11:24 AM
Edited by B40tastePosh at 10-5-2024 11:28 AM

Benda pertama Melayu kena buat

1. Jihad Membayar Hutang
2. Jihad jangan menipu / scam orang
3. Jihad bekerja kuat dengan jujur
4. Jihad belajar dengan tekun
5. Jihad bercucuk tanam dan memasak dengan resepi yang betul.
6. Jihad tidak curang dalam setiap pekerjaan.
7. Jihad menunaikan janji dengan gigih berusaha.
8. Jihad menunaikan amanah contoh wasiat arwah ibubapa dan tugasan yang diberikan bos dan guru.
10. Jihad melawan nafsu serakah contoh nak beli kereta mewah walaupun depan rumah ada stesen lrt.
11. Jihad tidak tengok poen perempuan lain.
12. Jihad tidak melancap dan hanya pancut dalam poen bini sahaja.
13. Jihad tidak melancap dah berkahwin awal. Kahwini anak anak perempuan dan lelakimu.
Quote Radzor 10-5-2024 11:42 AM
Dah penjajahan dah ni.
Quote jiwasemangat 10-5-2024 06:37 PM
Coleslaw kepsi.. bukan nya sedap ponn.. dah banyak modify

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.047367 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top