CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tragedi helikopter TLDM: Pesawat Fennec tidak dilengkapi kotak hitam

9-5-2024 02:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3417| Komen: 9

Description: KUALA LUMPUR – Pesawat jenis model Fennec (M502 6) yang terhempas bersama Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pada 23 April lalu didap ...


KUALA LUMPUR – Pesawat jenis model Fennec (M502 6) yang terhempas bersama Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pada 23 April lalu didapati tidak mempunyai kotak hitam (black box).

TLDM dalam kenyataan memaklumkan, hanya pesawat HOM AW139 sahaja dilengkapi dengan peralatan tersebut.

“Pesawat HOM AW139 mempunyai black box manakala pesawat Fennec yang dikeluarkan pada tahun 2003 (21 tahun) tidak dilengkapi dengan peralatan tersebut.

“Data yang telah dianalisis daripada Multi Purpose Flight Data Recorder (black box) pesawat HOM AW139 telah diterima (3 Mei) daripada pihak OEM (Original Equipment Manufacturer) untuk penilaian lanjut oleh Lembaga Siasatan,” katanya hari ini.

Terdahulu, dalam tragedi pada 9.32 pagi itu, 10 anggota dan pegawai TLDM terdiri daripada tujuh kru HOM-AW139 dan tiga kru Fennec TLDM terkorban, selepas helikopter dinaiki mereka terhempas semasa menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak. 


Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 9-5-2024 02:09 PM
ape punya barang la helikopter takde black box...mcm mana nak perang dgn yahudi ni?
Quote gigahertz 10-5-2024 04:29 PM
ifanonline: ape punya barang la helikopter takde black box...mcm mana nak perang dgn yahudi ni?

entahnya. belum perang dah terhempas. dah terhempas blackbox xde.
kalau di tembak jatuh takde la malu sangat.
Quote Decaffeinated 10-5-2024 04:39 PM
Mana mamat yang kecam hari tu. Dah masuk jel ka? I rest my case.
Quote ultra78 10-5-2024 04:43 PM
Mungkin waktu beli dulu tak ada dalam requirement utk masukkan black box. Atau waktu nego minta remove benda tu sebab nak reduce cost
Quote nusaraya 10-5-2024 05:40 PM
Hei yang jatuh itu sesungguhya menunjukkan adanya masalah serius yang harus diperbaiki di TLDM ...

Masalah serius itu pastilah terkait dengan lemah dan teruknya management di TLDM ...Hehehehe
Quote Ahriman 10-5-2024 06:18 PM
Edited by Ahriman at 10-5-2024 06:28 PM

So betul la apa yng mamat tu ckp?
Quote stingergrumpy 10-5-2024 06:29 PM
ifanonline replied at 9-5-2024 02:09 PM
ape punya barang la helikopter takde black box...mcm mana nak perang dgn yahudi ni?

Helikopter tanpa black box ibarat greentea berboobies tapi puting termasuk.....

Kahkahkahkahkahkahkah
Quote hyie 10-5-2024 06:30 PM
oh no...cobaan menyembunyikan sesuatooo kah zisturzzz?
Quote imanjannah 10-5-2024 07:11 PM
mcm pelik bila x ada blackbox, emmm.. yg terhempas di elmina dulu tu, dah ada report ke

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.166125 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top