CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tragedi helikopter TLDM: Kedua-dua pesawat dalam keadaan baik untuk terbang

9-5-2024 02:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2823| Komen: 0

Description: KUALA LUMPUR – Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan Fennec (M502 6) yang terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pada 23 April lalu ...


KUALA LUMPUR – Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan Fennec (M502 6) yang terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pada 23 April lalu disahkan berada dalam keadaan airworthy (safe to fly) semasa hari kejadian.

Pengesahan tersebut dikeluarkan menerusi laporan awal Lembaga Siasatan yang ditubuhkan oleh TLDM bagi menyiasat nahas membabitkan dua helikopter pasukan itu.

Laporan awal TLDM itu, menyatakan kesemua kru yang terbabit dalam insiden itu berada tahap kesihatan yang baik untuk mengendalikan pesawat (fit to fly) dan tahap kelayakan penerbangan kru udara yang terlibat juga masih sah dan tidak tamat tempoh.

Selain itu, TLDM dalam kenyataan sama berkata, kerja-kerja selenggaraan kedua-dua pesawat disahkan dilaksanakan mengikut prosedur dan rutin yang ditetapkan oleh pihak Original Equipment manufacturer (OEM).


“Keadaan cuaca pada hari kejadian adalah baik dan sesuai untuk melaksanakan penerbangan.

“Pesawat HOM AW139 mempunyai kotak hitam, manakala pesawat Fennec yang dikeluarkan pada tahun 2003 (21 tahun) tidak dilengkapi dengan peralatan berkenaan,” kata TLDM hari ini.

Mengulas mengenai kotak hitam, TLDM menyatakan, data yang dianalisis daripada Multi Purpose Flight Data Recorder (black box) pesawat HOM AW139 diterima daripada pihak OEM, pada 3 Mei lalu untuk penilaian lanjut oleh Lembaga Siasatan.

Terdahulu, dalam tragedi pada 9.32 pagi itu, 10 anggota dan pegawai TLDM terdiri daripada tujuh kru HOM-AW139 dan tiga kru Fennec TLDM terkorban, selepas helikopter dinaiki mereka terhempas semasa menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.043573 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top