CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PRK Kuala Kubu Baharu: Manifesto calon PH bukan sekadar ‘janji manis’

9-5-2024 12:09 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 18938| Komen: 1

Description: HULU SELANGOR – Calon Pakatan (PH), Pang Sock Tao menegaskan, menifesto yang diumumkan beliau bukan sekadar ‘janji manis’, sebaliknya mampu dilaksanakan sekiranya meraih kemenangan pada Pilihan Ray ...

HULU SELANGOR – Calon Pakatan (PH), Pang Sock Tao menegaskan, menifesto yang diumumkan beliau bukan sekadar ‘janji manis’, sebaliknya mampu dilaksanakan sekiranya meraih kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Sock Tao, 31, berkata, setiap cadangan dalam manifesto itu telah diteliti berdasarkan isu setempat yang menjadi keutamaan kepada penduduk Kuala Kubu Baharu.

“Bagi eko pelancongan, cadangan saya adalah untuk mewujudkan van pelancong yang mana mempunyai dua manfaat. Pertama, kita boleh beri peluang pekerjaan sebagai pemandu van kepada penduduk tempatan.

“Selain itu, kita boleh membawa pelancong dengan menyambungkan detinasi pelancongan di sini. Saya percaya cadangan ini boleh dilaksanakan kerana manifesto saya adalah hasil kajian yang dibuat oleh saya sendiri bersama pasukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu turun berkempen di Kampung Pasir, Kerling, di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Sock Tao berkata, beliau juga akan mencari bakat-bakat baharu yang boleh mewakili suara tempatan bagi memastikan bantuan dan program dianjurkan kerajaan negeri sampai ke setiap komuniti.

“Sekiranya diberi peluang, pejabat saya akan terdiri daripada wakil Melayu, Cina, India termasuk Orang Asli.

“Saya ingin ada wakil daripada semua komuniti yang lebih memahami masalah setempat dan bersama-sama mencari jalan untuk membantu mereka,” ujarnya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 9-5-2024 12:27 AM
Nampak muka dia paling bijak dari semua2 dalam gambar tu.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.040498 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top