CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Renungan, senyuman Faisal buat Hannah Yeoh terusik - "Saya tunjuk isyarat hati sebagai tanda kami semua sayangkannya dan dia balas dengan senyuman" ...

9-5-2024 08:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19686| Komen: 6

Description: SHAH ALAM – Sebagai seorang wanita bergelar ibu, jiwa Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sedikit terusik apabila melihat reaksi balas ditunjukkan oleh bintang Harimau Malaya, Faisal Halim yang kini ...

SHAH ALAM – Sebagai seorang wanita bergelar ibu, jiwa Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sedikit terusik apabila melihat reaksi balas ditunjukkan oleh bintang Harimau Malaya, Faisal Halim yang kini masih terlantar di katil hospital.

Walaupun pergerakan Faisal sedikit terbatas, komunikasi pemain kelahiran Pulau Pinang itu menerusi senyuman dan renungan mata sudah memadai untuk beri perkhabaran positif buat industri bola sepak tempatan.

“Walaupun sekadar melihatnya dari jauh dan dipisahkan oleh cermin kaca, kami gembira dengan tindak balas Faisal. Saya tunjuk isyarat hati sebagai tanda kami semua sayangkannya dan dia balas dengan senyuman.

“Sudah tentu sedih melihat keadaan beliau tetapi saya juga yakin tuhan sayangkan Faisal, sebab itu beliau ada peluang untuk pulih sekarang. Walaupun terlantar atas katil, renungan mata dia menunjukkan yang beliau begitu positif.


“Setiap kali kita senyum dan tunjuk (isyarat) tanda hati kepadanya, dia balas dengan penuh positif,” kata Hannah selepas melawat Faisal bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Hannah juga memberi jaminan yang pihaknya akan terus memberikan sokongan kepada Faisal termasuk memberikan sokongan kauseling kepada isterinya.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar menjelaskan Faisal kini sudah pun boleh makan dan mula ada kemahuan untuk buat latihan normal bola sepak. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kitmal 9-5-2024 07:02 AM
Tu pun jadi berita?
Quote beni_nikaido 9-5-2024 11:35 AM

kena la...nanti ada mulut yang tanya 'menteri sukan mana? senyap je'.
semalam kat fb ngan tt pun ada yg tny nape kementerian sukan senyap je

Quote Carcosa 9-5-2024 05:02 PM
Over nya laaa haiyyyeeoohhh Hanna Yeohhhh
Quote Firenzza 10-5-2024 08:47 AM
Timbalan dia x nak nangis juga ke
Quote renko 10-5-2024 09:02 AM
amende yalllll
Quote slyfynx 10-5-2024 09:16 AM
Wahhh, isu semasa nyaaaaaaa

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.055944 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top