CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anwar adakan pertemuan dengan mufti India

9-5-2024 07:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19039| Komen: 4

Description: PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkesempatan menyantuni Mufti India, Syeikh Abu Bakar Ahmad bersama delegasi daripada Jami’ah Markaz, India.

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkesempatan menyantuni Mufti India, Syeikh Abu Bakar Ahmad bersama delegasi daripada Jami’ah Markaz, India.

Jelas Perdana Menteri itu di laman sosialnya, kedatangan Syeikh Abu Bakar Ahmad juga adalah bersempena Persidangan Antarabangsa Pemimpin Agama 2024 yang berlangsung di Malaysia.

“Saya hargai nasihat serta titipan hikmah yang dikongsikan oleh Syeikh Abu Bakar Ahmad dalam pertemuan ini. Saya juga ingin zahirkan ucapan terima kasih atas doa dan harapan Syeikh kepada Malaysia,” kata Anwar.

Tambah Anwar, mereka berdua turut mengadakan perbincangan mengenai rancangan mengadakan program mengenai Hadis Sahih Al-Bukhari yang boleh memberi manfaat luas kepada pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia kelak.

“Saya mendoakan kesihatan dan keselamatan kepada Syeikh Abu Bakar Ahmad serta seluruh delegasi di sepanjang keberadaan mereka di Malaysia dan perjalanan pulang ke India,” ujar Perdana Menteri. 


Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perwira2022 9-5-2024 07:01 AM
Habis la Mufti India kena belit... Bang Non bab membelit lebih India daripada India.
Quote stingergrumpy 9-5-2024 07:12 AM
Apadaaa PMX ini...kalo bijan dulu flashy bergambar dgn J Low diatas yacht mewah feeling feeling rich and pemes...ini pmx setakat bergambar dgn mufti dari India? HUH

Kahkahkahkahkah
Quote stingergrumpy 9-5-2024 07:14 AM
Perwira2022 replied at 9-5-2024 07:01 AM
Habis la Mufti India kena belit... Bang Non bab membelit lebih India daripada India.

Sabar sabar...3 tahun lebih jer lagi ko anak beranak kena straw kencing nuart khen?

Kahkahkahkahkah

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.051676 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top