CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hamidin merasakan letak jawatan bukan solusinya – “Saya tahu apa saya buat. Saya buat ikhlas untuk bola sepak, tidak ada kepentingan"

9-5-2024 07:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19112| Komen: 1

Description: SHAH ALAM – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin tidak merasakan tindakan melepaskan jawatan mampu menyelesaikan isu keganasan terhadap pemain bola di negara ini.

SHAH ALAM – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin tidak merasakan tindakan melepaskan jawatan mampu menyelesaikan isu keganasan terhadap pemain bola di negara ini.

Malah, Hamidin juga bertegas, mana-mana pemimpin badan induk itu akan bersedia memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa yang kini giat melakukan siasatan.

“Saya tahu apa saya buat. Saya buat ikhlas untuk bola sepak, tidak ada kepentingan. Lagi sekali, kenyataan itu andaian masing-masing, jadi kita serahkan kepada pihak berkuasa.

“Sudah semestinya (beri kerjasama). Pihak berkuasa ada kuasa, nak panggil siapa pun boleh tidak ada masalah,” katanya.

Dalam tempoh seminggu, tiga pemain tempatan diserang, bermula dengan insiden membabitkan Akhyar Rashid di Terengganu, Faisal Halim dan terbaharu, bekas kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim berdepan detik cemas apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul dalam kejadian di Jalan Seri Gelam menghala Pantai Lido, Johor Bahru, malam tadi.


Hamidin juga mengakui yang FAM kini berdepan tanggungjawab mandatori untuk membersihkan nama Malaysia selepas isu keganasan terhadap pemain ini turut mendapat perhatian daripada media antarabangsa.

“Kita kena terima hakikat, sudah tentu kita tidak mahu perkara tidak baik berlaku. Kita perlu atasi masalah ini, selebihnya kita serah kepada pihak berkuasa untuk siasat.

“Kita pulihkan sama ada peminat, kelab, FAM dan juga MFL (Liga Bolasepak Malaysia (MFL). Kepada peminat, jangan buat spekulasi yang boleh memanaskan lagi keadaan,” katanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote j3m4h 9-5-2024 04:27 AM
Master of puppets by metallic-a.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.043660 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top