CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Tak Melayan, Takkan Jadi’ – Aeril Zafrel Tiada Niat Nak Curang, Sifatkan Wawa Zainal Cukup Sempurna

8-5-2024 11:28 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17427| Komen: 13

Description: Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel memberitahu tidak pernah terfikir untuk menduakan isterinya yang juga seorang pelakon, Wawa Zainal.

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel memberitahu tidak pernah terfikir untuk menduakan isterinya yang juga seorang pelakon, Wawa Zainal.

Menurutnya, tiada alasan untuk dia mengenali wanita lain memandangkan Wawa sudah cukup melengkapi hidupnya.

"Wawa sudah cukup cantik di mata saya. Saya tidak pernah ada niat untuk ada orang ketiga dalam hidup saya, tetapi kalau ada ‘bisikan’ yang tidak baik saya akan ingat pada anak-anak."

"Nak cakap wujud atau tidak cubaan orang ketiga, saya tidak boleh nak jawab sebab kalau orang suka kita dalam diam, manalah kita nak tahu kan?"

"Cumanya kalau kita tidak melayan, perkara itu tidak akan terjadi."


Aeril berkata demikian ketika majlis Rumah Terbuka Wawa Nostalgia Raya yang diadakan di Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Kata Aeril, dia tidak mahu menghancurkan kebahagiaan yang telah dibina kerana percaya kifarah itu wujud.

"Saya lebih senang untuk memikirkan masa depan. Saya juga tak mahu rosakkan apa yang sudah dibina selama ini, hanya dengan kesilapan diri sendiri."

"Saya pun yakin, Wawa pun akan buat perkara sama memandangkan dia seorang yang setia."

"Saya percaya kalau bual hal yang tidak baik, mesti kena karma. Apabila ia berlaku susah nak patah balik. Malah sudah tentu kepercayaan si isteri juga akan hilang."

"Jadi pada pandangan saya, jangan pernah ada niat untuk buat sesuatu yang kita sendiri pun tak boleh nak kawal."

Sumber : OhBulana

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 8-5-2024 11:54 PM
@CARI-HBZ dan thread astro kuar gua berpisah tiada
Quote sayurmayur88 9-5-2024 07:21 AM
suka sgt ngan couple ni.. semoga bahagia hingga ke Jannah..
Quote prince_marhaen 9-5-2024 09:55 AM
anak dia yang sulong laki tu apasal suka buat muka aneh2 eh? macam creepy pun ada....autism ke chuols?

btw, cikki2 garit je yang suka si arel taring ni...jenis sama laki yana samsudin tu.. merata-rata ada komen..
Quote sue_liah 10-5-2024 02:00 PM
sibuk je jantan ni ada je kat mana2 mencapub, ko kawin pun sorok2 mcm kena tangkap basah
tak gentleman langsung
yihh sgt mengalahkan ko laki jantan mithali, bluwekkk
Quote b00nzzk 10-5-2024 02:23 PM
prince_marhaen replied at 9-5-2024 09:55 AM
anak dia yang sulong laki tu apasal suka buat muka aneh2 eh? macam creepy pun ada....autism ke chuol ...

X pasti tapi mcm dulu ada delays kan?
Quote alieyrina 11-5-2024 06:35 AM
X yahla cakap. Choii
Tuhan nak membalikkan jiwa tu sekejap ja
Quote Nham22 11-5-2024 06:44 AM
Ape yg ade skrg ni pon atas usaha tak putus2x wawa tu...... Anak2x tu kemewahan... Kekayaan... Harta bende.... Semue atas kerajinan 500% wawa... Sampai terabai anak2x tu membesar... Die tau beranak je... Kalau brano laki die buat hal mmgla... Sehelai sepinggang ja ko nyah dr rumah.... Itu semue org tau... Xkan sbb perempuan muda... Body lg cun.. Bergetah ko sanggup nak hilang segalanya.... Kan..??
Quote chandrahusin 11-5-2024 07:14 AM
Baik laki baik pempuan
Elok la diam2 je hal2 rumahtangga ni
Kau nak takut bini ke sayang bini
Ke mana yg nak simpan laki buaya darat ke laki biawak ke
Itu rumahtangga korang
Yg hadap korang
Makan minum korang yg tanggung
Harta kemewahan pun korang yg dapat
Baik la kau isi masa layan anak2 dr sibuk nak ulas segala hal
Quote Hoola 11-5-2024 07:29 AM
oknoted
baguslah setiaa..spesies sush nk cr dh skrg ni
apapun2 dok tiam2 xyh ulas dah
smpn utk diri n klurga je
xsemua netijem harus tahu

netijem skrg bijk mnilai
Quote orkid_amani 11-5-2024 09:59 AM
Nham22 replied at 11-5-2024 06:44 AM
Ape yg ade skrg ni pon atas usaha tak putus2x wawa tu...... Anak2x tu kemewahan... Kekayaan... Harta ...

Kan..wawa lg popular kot dari lakinya ni. W/pun lepas retired dari belakon focus business mmg menjadi business si wawa ni..Lakinya tuu yg nampak tumpang senang bini. Tp lakinya masih berlakon kn..bukan bewak laa
Quote 3chanceno 11-5-2024 10:24 AM
Perlu ke jantan nie ulas pasal hal gini  dendiam jaga hubungan dgn bini sudahlah
Quote AWEKSAMURAI 11-5-2024 04:29 PM
Ramai dh jenis ckp mcm ni tak lama lepas tu umahtangga roboh ke dasar laut...
Quote Manusiabesa 12-5-2024 04:02 PM
Yg ada bg statement ni lah yg akn jd lg few years.
Yg dok dendiam x komen apa insyllh bejodoh dgn partner smpai hnya ajal yg memisahkan.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.220715 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top