CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yasmin Hani Mahu Nikmati Momen Bercinta Dengan Alif Hadi, Malas Fikir Pasal Kahwin – ‘Masuk 3 Tahun Kami Berkawan’

8-5-2024 09:31 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9691| Komen: 67

Description: Pelakon Yasmin Hani mendedahkan dia pernah menerima mesej berbaur lucah dan ‘nakal’ daripada individu tidak dikenali dengan alasan ingin berkenalan.


Pelakon Yasmin Hani mendedahkan dia pernah menerima mesej berbaur lucah dan ‘nakal’ daripada individu tidak dikenali dengan alasan ingin berkenalan.

Ketika ditemui OhBulan!, Yasmin bagaimanapun berkata dia tidak melayan individu terbabit dan mengabaikan mesej yang dikirimkan.

Yasmin menganggap, tindakan tersebut seperti mahu mengganggu hubungan cintanya dengan aktor Alif Hadi.

"Sondol menyondol itu memang berlaku. Ada yang mesej ajak keluar dating dengan saya. Hantar gambar pelik-pelik, malah yang lucah pun ada."

"Saya buat-buat tak tahu dengan mesej yang diterima itu. Ada yang tanya saya dah kahwin ke? Tanya itu tanya ini, saya malas nak layan."


Yasmin berkata demikian ketika ditemui pada majlis hari raya filem Jangan Pandang Belakang 2 yang diadakan di Hyatt Place, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Akui sering menerima pertanyaan mengenai tarikh untuk mendirikan rumah tangga dengan Alif, Yasmin berkata dia tidak mempunyai jawapan.

Katanya, dia seronok melayari detik percintaan bersama aktor tersebut yang kini memasuki tahun ketiga.

"Untuk bercakap bila saya dan Aliff akan disatukan belum ada kepastian. Sekarang ini kami masih melayari hubungan percintaan sebagai kekasih. Kami tidak mahu buat sesuatu kerana ikut cakap orang. Bulan April genap tiga tahun kami berkawan."

"Banyak perkara yang perlu dipastikan semua sudah siap jika mahu berkahwin. Lagi pula saya bukan seorang, saya ada dua orang anak. Tidak pernah target bila masa dan ketika itu, nanti hujung-hujung saya yang stress."

Berkongsi lebih lanjut, Yasmin berkata dua cahaya matanya juga sudah selesa dengan Alif.

"Saya tidak pernah rasa serik untuk berkahwin, kalau saya rasa begitu mustahil saya ingin berkawan dengan orang, contoh Aliff. Anak saya sendiri suka dengan Aliff, sangat selesa dan mesra."

"Saya pun tidak mahu anak saya tengok mak dia ini bertukar-tukar kekasih. Kalau boleh nak seorang sahaja."

Imbas kembali, Yasmin pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas pemain dram kumpulan Blackrose iaitu Sha’arin pada 2015, namun disahkan bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 10, dan Eissa Elzander Wong, 7.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 8-5-2024 09:38 PM
Ntah la nyah.. semoga berjodohan
Quote Carcosa 8-5-2024 09:39 PM
Takyahla kawen. Anak pun da ada sepasang, cute2 plak tu. Bela jelah anak ke tiga ni ha.
Quote green~tea 8-5-2024 09:40 PM
Takyah la kawen kalp taknak..

Anyway not my problem
Quote Piramida 8-5-2024 10:02 PM
Oklah tu... Peluk2 gesel2 sampai muak.. Baru decide.
Quote noor2 8-5-2024 10:14 PM
Lain macam ayat dia....buat apa nikah betul x...nikah dgn x pun x de beza ..semua boleh..
Quote mojarean_X 8-5-2024 10:26 PM
Aliff hadi ni byk betul jacket dia
Quote SpyLeman 8-5-2024 10:44 PM
Dia ni idolakan jeslina hasim. Kawin dah 8 thn baru skrg plan nak nikah
Quote jargon 8-5-2024 11:00 PM
Klau benda bole dpt free knp nk susah2 nikah dgn terikat komitmen kan..lg pon si alip hadi tu blm 40 kan kot2 boleh cinlok gn yg muda brgetah dara keee so klau single lg leh la clash je takde netijen nak keji…bijak si alip hadi ni…
Quote mawardia 8-5-2024 11:30 PM
Bila tgk gambar kau bercuti dgn duda dan anak2 kau, kau nampak normal sgt nyah.
Nampak tenang.
Tak serabut.
Nampak aman damai.
Nampak jadi diri kau sendiri n selesa dgn diri kau sendiri.

Namun pabila kau bergambar dgn boipren kau, nampak kau try hard sangat nak portray happiness tu.
Nak tunjuk apa sebenarnya i ol pun tak tahu. Cuba analyze balik.
Kot la kau pun tahu budak ni tak nak settle down pun sebenarnya tapi in denial kan.
Jangan ler begitu.
Quote mizzmimi 9-5-2024 12:48 AM
Sheols ni rajin tunjuk ketiak kan
Quote manamana123 9-5-2024 03:14 AM
mizzmimi replied at 9-5-2024 12:48 AM
Sheols ni rajin tunjuk ketiak kan

maybe melekit ketiak dia
Quote anony-mous 9-5-2024 05:11 AM
jargon replied at 8-5-2024 11:00 PM
Klau benda bole dpt free knp nk susah2 nikah dgn terikat komitmen kan..lg pon si alip hadi tu blm 40 ...

Kan. Karang kawin, instead menambah pahala, takut menambah dosa plak sbb masing2 mcm xpuas enjoy being single. So lantak kome la. As long as pndai2 la jaga aib
Quote winky1 9-5-2024 06:22 AM
Kalau nanti tak kahwin salahkan jodoh. Lawak
Quote L.U.S.M 9-5-2024 08:08 AM
So since April 2021 la kan..sbb kata cukup 3thn berkawan..maknanya masa b4 cerai tu dh ada pengganti..
Hmmm...cougar?
Quote pocongkiutss 9-5-2024 08:23 AM
Dia ni semenjak berkawan dgn alip hadi ni nmpk mcm makin buang tebiat
Quote ihtisyam1 9-5-2024 08:38 AM
biasa la kalau perempuan berumur kawan ngan budak budak.... kena try hard, nnt penat la tu
Quote freyayong 9-5-2024 08:40 AM
mmg la time bercinta syok lain mcm. dah kawen bkn senang nak menten rasa cinta tuuuu.. pandai2 la korg diri. jgn terbongkar aib sudah (kalau ada)
Quote IzzahF 9-5-2024 09:15 AM
sokay je, selagi selesa couple je la smpai umur namploh pun huhuh
Quote bulalof 9-5-2024 09:17 AM
buat apa nak kahwin kerana maksiat itu lebih nikmat buat kamu.

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.143677 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top