CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Pernah Periksa Telefon Bimbit & Kongkong Suami, Ekin Dedah Mawi Tiada Lesen Memandu

8-5-2024 09:25 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11741| Komen: 174

Description: Penyanyi dan penyampai radio, Asmawi Ani atau lebih mesra disapa sebagai Mawi memberitahu dia dan isteri meletakkan kejujuran sebagai kunci utama kebahagiaan dalam rumah tangga.


Penyanyi dan penyampai radio, Asmawi Ani atau lebih mesra disapa sebagai Mawi memberitahu dia dan isteri meletakkan kejujuran sebagai kunci utama kebahagiaan dalam rumah tangga.

Hampir 16 tahun hidup bersama, juara musim ketiga Akademi Fantasia (AF3) ini mengakui dia dan Ekin tidak mempunyai apa-apa rahsia.

"Alhamdulillah, Allah beri kasih sayang yang kuat untuk kami. Saya bersyukur usia perkahwinan kami sudah mencecah 16 tahun. Sejujurnya, tiada apa-apa rahsia. Tetapi bagi saya, apa yang penting dalam sesebuah rumah tangga itu adalah kejujuran."

"Insya-Allah, jika pegang padanya, rumah tangga selamat."




Sebagai isteri, Ekin berkata, dia sentiasa reda setiap kali Mawi meninggalkan rumah untuk keluar mencari nafkah dan berdoa agar Allah mempermudahkan setiap langkah suaminya itu.

"Saya percaya kalau berlaku ketidakjujuran, lambat laun Tuhan beri petunjuk. Kami tidak ada rutin periksa telefon bimbit masing-masing. Kami saling percaya. Saya tidak suka kongkong suami atau bertanya dia hendak ke mana setiap kali bergerak."

Berbicara lebih lanjut, Ekin mengakui dia tidak pandai cemburu atau marah sekiranya Mawi hendak berduet atau bekerjasama dengan artis wanita.

"Saya beruntung kerana suami diurus oleh bapa saudaranya sendiri. Mawi tidak memandu dan tiada lesen memandu. Jadi, ke mana-mana sahaja suami pergi, dia ditemani bapa saudara saya."

"Saya juga tidak pandai cemburu atau marah kalau suami hendak berduet atau bekerjasama dengan artis wanita. Saya tahu dia buat semua itu kerana kerja."

Sumber: BH Online/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 8-5-2024 09:30 PM
Mawi tak dak lesen tu zaman ina naim tu org dah tau..ina yg kulu kilir bawak dia gi odition
Quote tay22 8-5-2024 09:34 PM
Ingatkan mawi dah setel ambil lesen kereta, sbb lepas AF habis macam ada ternampak video tunjuk mawi try drive around ala2 practice. ingat2 lupa video tu, maybe i salah recall.
Quote Pak.dolla 8-5-2024 09:38 PM
Edited by Pak.dolla at 8-5-2024 01:40 PM

.
.
suami takpe kalau nak follow ig atau tiktok
pompuan lain....xperlu minta izin isteri...

tp isteri kalau nak follow ig atau tt lelaki lain kena minta izin suami dulu....kalau berdosa besat..ini ustaz yg bgtau..
Quote jihah_kudat 8-5-2024 09:41 PM
tay22 replied at 8-5-2024 01:34 PM
Ingatkan mawi dah setel ambil lesen kereta, sbb lepas AF habis macam ada ternampak video tunjuk mawi ...

aku rasa aku pun pernah baca macam dia ada ambil nak lesen dulu2 rupanya auta ke..la dah bertahun hidup tak ambil lesen..sebaik la bukan jenis biawak kalo tak haruslah dicerca 7 keturunan..duit kepuk pun tak mampu ambil lesen..
Quote Diamondmoney 8-5-2024 09:48 PM
Kira ok la kan couple ni. Takde la cite buruk keluar sepanjang kawen.

Ekin pun takde la gila glam lepas kawen asik nk perhatian netizen je.

Quote Carcosa 8-5-2024 09:51 PM
EWWWWWWW, aku geli dgn jantan yg tak reti bwk kereta. Sorry not sorry. Aku rasa mcm dia adalah seorang loser. Jgn kata lah, org kaya pun tak drive sbb ada driver tu semua.
Maksud aku, jantan yg taktau drive. Mcm... eek. Loser nya kamu
Quote rosevelvet 8-5-2024 09:56 PM
Yelah, dulu ina yg byk jd driver dia.
Quote Pak.dolla 8-5-2024 09:58 PM
.
.
aku lupa nak tanya....lesen motor ada tak?
Quote tay22 8-5-2024 10:01 PM
jihah_kudat replied at 8-5-2024 09:41 PM
aku rasa aku pun pernah baca macam dia ada ambil nak lesen dulu2 rupanya auta ke..la dah bertahun  ...

I husnuzon dia ada driving anxiety , on the bright side dia terkeluar daripada bakalan termasuk statistic pemandu yg akan merbahayakan org lain di jalan raya. Or dah terlalu selesa tak perlu drive around, nak2 bapak saudara dia dah jadi designated driver and ended up malas nak ambik.



Quote Joysparta 8-5-2024 10:04 PM
Zaman mawi dah berlalu.

Sape aje nk himpit dia
Quote sleepandream 8-5-2024 10:07 PM
hazami sonata musim salju tu pon takde lesen kete...
rare betul duduk malaysia takde lesen kete..
Quote Shayang 8-5-2024 10:12 PM
Dulu bg alasan tak amik lesen sbb ramai nk kerumun kat sekolah tu kan?
Halah2 amik jelaa takde sapa dah nk tgk pun, lelaki penting kena amik lesen keta nih.
Quote jalfa 8-5-2024 10:12 PM
Dia tak dak lesen je bukan tak leh memandu..
Quote Shayang 8-5-2024 10:13 PM
sleepandream replied at 8-5-2024 10:07 PM
hazami sonata musim salju tu pon takde lesen kete...
rare betul duduk malaysia takde lesen kete..

Ada lesen tp takut nak mandu tu biasa laa terutama pompuan atleast ada lesen gak
Tp bila tak amik langsung ni mmg pelik gak, chef wan pun takda lesen sbb takut memandu gak
Mujur la dorang ni kaya so leh suh org je yg drive
Quote Shayang 8-5-2024 10:19 PM
Carcosa replied at 8-5-2024 09:51 PM
EWWWWWWW, aku geli dgn jantan yg tak reti bwk kereta. Sorry not sorry. Aku rasa mcm dia adalah seora ...

Kat tiktok masa topik pasal apa tah ramai bini2 org ngaku laki dorang tak reti memandu dan takda lesen.
Rupanya ramai lelaki taktau memandu, beza dgn pompuan ramai ada lesen walau tak berani sgt nak memandu.
Tp yg lelaki ni lesen pun takda dan mmg penah  memandu.
Selalunya lesen takde pun tp tahu memandu cthnya si alip tulaa.
Kawan2 aku pun ramai juga gini, boleh bawak keta tp lesen tak amik2 lg.
Masa aku amik lesen dulu pun ramai je acik2 yg dah bawak keta bertahun2 tp baru nak amik.
Quote mizzmimi 8-5-2024 10:23 PM
"Saya beruntung kerana suami diurus oleh *bapa saudaranya sendiri*. Mawi tidak memandu dan tiada lesen memandu. Jadi, ke mana-mana sahaja suami pergi, dia ditemani *bapa saudara saya*."

Confuse iols.. bapak sedara sapa sebenarnya nih..
Quote aammyy 8-5-2024 10:24 PM
Turn off la lelaki takde lesen ni sebab kalau bini nak terberanak, nak call grab ke? Unless you mmg ada driver 24/7 duduk tercongok tunggu you tak pergi mana
Quote Fly_over 8-5-2024 10:28 PM
tay22 replied at 8-5-2024 09:34 PM
Ingatkan mawi dah setel ambil lesen kereta, sbb lepas AF habis macam ada ternampak video tunjuk mawi ...

iols ada nampak gak. tak lulus kot. bahahahaha
Quote Fly_over 8-5-2024 10:32 PM
rosevelvet replied at 8-5-2024 09:56 PM
Yelah, dulu ina yg byk jd driver dia.

ina dah berkereta baru. mawi masih xde lesen

Lihat semua komen(174)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.051760 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top