CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tular Video Faisal Halim Beri Duit Raya, Netizen Tak Putus Doa – ‘Semoga Sedekah Ini Menjadi Asbab Kesembuhannya’

8-5-2024 09:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3669| Komen: 5

Description: Baru-baru ini, negara digemparkan dengan beberapa kejadian buruk yang menimpa pemain-pemain bola sepak kebangsaan.Antara yang menyayat hati adalah, Faisal Halim yang menjadi mangsa simbah asid sehingg ...

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan beberapa kejadian buruk yang menimpa pemain-pemain bola sepak kebangsaan.

Antara yang menyayat hati adalah, Faisal Halim yang menjadi mangsa simbah asid sehinggakan mengalami kecederaan yang serius.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Faisal atau nama lengkapnya Faisal Abdul Halim dilihat sedang memberi duit raya kepada peminat-peminat ciliknya yang hadir di stadium.


Meskipun dalam keadaan berebut-rebut, namun kanak-kanak tersebut teruja selepas menerima duit raya pemberian daripada idola mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap pemain bola sepak berusia 26 tahun itu yang disifatkan sangat pemurah dan menghargai peminat.


Dalam masa yang sama, mereka juga turut mendoakan agar Faisal diberikan kesembuhan selepas insiden disimbah asid.

"Semoga sedekah ini menjadi asbab untuk kesembuhannya."

"Allahu. Baiknya Faisal, walaupun guna duit gajinya mahu juga dia buat amal jariah. Jom doakan buat Faisal, semoga Allah mempermudahkan segala urusan."

"Semoga asbab kebaikan dan pemberian dia ni Allah bagi keajaiban untuk sembuh."

"Dengan kebaikan yang dia berikan, moga Allah angkat segala kesakitan yang ditanggungnya dan mendapat kesembuhan. Amin."

Sekadar info, Faisal mengalami lecur tahap empat selepas disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali sewaktu membawa anak dan isterinya ke sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.

Untuk rekod, kejadian khianat menimpa pemain bola sepak ini bermula apabila pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid telah disamun dan dipukul dengan sebatang besi boleh laras oleh dua lelaki dalam kejadian di Kuala Terengganu, Terengganu pada Khamis.

Terbaharu, pemain tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT), Safiq Rahim pula menjadi sasaran apabila kereta miliknya diserang oleh dua individu dengan menggunakan tukul besi berhampiran Pusat Latihan JDT.

Sumber: TikTok/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Goodluckdontcry 8-5-2024 09:53 PM
Ya Allah, dgn rahmatMu yg Agung, kurniakanlah keajaiban yg agung juga untuk dirinya Faisal bin Abdul Halim dan kami sekeliannya...sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...amin ya rabbal a'lamin...


p/s den xkenal atau amik tau bab sukan..sbb den dah xde nafsu bila umur dh tua bangka ni..tp utk kes ni, den terasa sedih dan hiba yg amat..lg2 den rs dia betul2 dianiaya.. semoga Allah SWT berikan keadilan utknya..ya tau, kat dunia mgkin xdpt...tp sbnrnya pelaku tetap dpt sesuatu didunia cuma kdg denial dan rs superior, jd xanggap dirinya dpt pembalasan...

Diakhirat kelak taulah nasib untung kamu..xkira ko kuning biru merah hitam atau kelabu taik anjing pun...bila waktu dihisab, tiada seorg pun yg akan terlepas dr siksaan...tmskla den....huhuhuhuhu....

utk yg kuning, meskipun doa org ramai selalu dibaca waktu khutbah jumaat atau bila2 pun dan diaminkan beribu org sekalipun, dosa diri sendiri tetap xhilang...kerana setiap diri manusia, ada dosanya msg2...dan akn dipertanggungjawabkan oleh diri msg2 jua kelak...moga Allah SWT permudahkan urusan kita semua kelak kecuali org yg berlaku zalim...amin
Quote lanacondor 8-5-2024 11:04 PM
Goodluckdontcry: Ya Allah, dgn rahmatMu yg Agun ...
Aamiiin Ya Rabbal Allamin..
Quote otai_g 8-5-2024 11:15 PM
Semoga yg terlibat Dan mastermindnya sekali mendapat pembalasan yg adil. Pembalasan si pitung kekdahnya.
Quote jlo 9-5-2024 03:21 PM
yg buat tu ko mereput laaaa..
moga Faisal segera sembuh
Quote stingergrumpy 9-5-2024 06:40 PM
Dah mula dah rentetan over the top....

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.048365 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top