CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Diumpan Ais Krim, Tiga Kanak-Kanak Dijadikan Pemuas Nafsu Dalam Ladang Kelapa Sawit

8-5-2024 09:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3724| Komen: 3

Description: Seramai tiga individu telah ditahan polis Indonesia selepas didakwa mencabul beberapa orang kanak-kanak bawah umur.


Seramai tiga individu telah ditahan polis Indonesia selepas didakwa mencabul beberapa orang kanak-kanak bawah umur.

Memetik laporan Detik.com, suspek dipercayai mengumpan mangsa dengan ais krim sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu. Perkara tersebut hanya terbongkar selepas mangsa yang berusia 8 tahun menceritakan kejadian tersebut kepada rakannya.

Rakan mangsa kemudian memberitahu ibu bapanya dan selepas perkara itu diketahui oleh orang dewasa, satu laporan polis dibuat.

Ternyata, bukan hanya seorang mangsa malah terdapat dua lagi mangsa berusia tujuh tahun telah dijadikan pemuas nafsu tiga individu tidak bertanggungjawab.

Semasa soal siasat, kesemua mangsa mendakwa tindakan jijik itu dilakukan oleh tiga suspek berbeza yang dikenali sebagai RH berusia 18 tahun, ST (42) dan SM (22). Difahamkan, ketiga-tiga suspek merupakan kenalan yang tinggal di satu kawasan yang sama. Perbuatan terkutuk itu berlaku di beberapa lokasi termasuk ladang kelapa sawit dan kediaman suspek.


Susulan daripada kejadian itu, ibu bapa dinasihatkan supaya memantau dan mengawal pergerakan anak-anak supaya mengelakkan daripada berlakunya perkara tidak diingini.

Sumber: Detik.com/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Goodluckdontcry 8-5-2024 10:00 PM
Ye betulla bumi ini sentiasa berputar..maka berbalikla kita ke zaman kaum hawa dilihat sbg objek nafsu semata2...dgn agama dibuang ketepi, nafsu serakah bermaharajalela...rosak serosaknya generasi
kini...mmmmmmmmmm
Quote nono86 8-5-2024 11:04 PM
Pedo ni.. berselera ngan budak2, bukan "ter" dah ni, sampai 3 mangsa.. memang dah tak boleh nak ubat dah ni... Dah sangap sangat pasal tak buat 3some sama2, lobang sendiri kan ada... Bagi la hukuman apapun, asalkan dah tak boleh keluar dan dekat dengan budak2, dan jugak menjadi seekor bapak
Quote I.K.A888990 9-5-2024 11:00 AM
mmg berani budak yg bgtau mak ayah dia tu
hrp kau mati je la tiga2 lahanat oiii...budak tu weiiii

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.108905 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top