CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Sahkan IG Muhammad Imran Suresh Palsu!

8-5-2024 09:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5512| Komen: 28

Description: Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mengesahkan akaun Instagram (IG) atas nama Muhammad Imran Suresh adalah palsu.


Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mengesahkan akaun Instagram (IG) atas nama Muhammad Imran Suresh adalah palsu.

Memetik laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain berkata, individu berkenaan dilihat cuba mencetuskan persepsi negatif berhubung kejadian simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim.

Shuhaily berkata, PDRM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pengendali atau pemilik pemilik akaun media sosial yang dipercayai menimbulkan kebencian terhadap pemain bola sepak kebangsaan.



"Kita akan memantau semua akaun-akaun ini dengan meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)."

"Kita tidak boleh memberi ruang kecil untuk mereka ini ambil kesempatan untuk merosakkan keadaan."

Tambah Shuhaily, sehingga kini tiada laporan diterima pihaknya terhadap mana-mana akaun media sosial yang membuat spekulasi. Namun sekiranya ada, pihaknya akan bertindak membuat siasatan.

Terdahulu, Ketua Polis Negara mengesahkan pemilik IG dikenali Muhammad Imran Suresh sedang dikenal pasti PDRM berhubung kenyataan dikeluarkannya mengenai kejadian simbah asid terhadap Faisal Halim.

Beliau berkata, individu berkenaan mendakwa mempunyai maklumat berkaitan kejadian yang menimpa penyerang pasukan Harimau Malaya itu.

Sumber: Harian Metr0

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Duriand24 8-5-2024 09:12 PM
Heheheee
Quote jerukkedondong 8-5-2024 09:13 PM
Hahaha
Quote edayildiz 8-5-2024 09:26 PM
hihihi
Quote derp 8-5-2024 09:30 PM
hohohohoho
Quote Goodluckdontcry 8-5-2024 09:34 PM
Huhuhuhuahuahua
Quote matamata 8-5-2024 09:37 PM
kih kih kih
Quote Ahriman 8-5-2024 09:53 PM
Uaahhahaha.beria nurtizen speku mcm2.
Quote Skuau 8-5-2024 10:02 PM
Sudah Ku Tahu-Projector Band........
Quote cap_ayam 8-5-2024 10:04 PM
Pencerahan please..
Quote noor2 8-5-2024 10:07 PM
Terus palsu...
Quote SalenaGomez 8-5-2024 10:12 PM
Kalau palsu, xkena kutip la kan
Quote noor2 8-5-2024 10:23 PM
Hilang terus muhammadimran...lenyap
Quote Carcosa 8-5-2024 11:06 PM
Ekekekekekekkkkkekek mak iloi iloi
Quote sharlenetexas 8-5-2024 11:11 PM
Hihihi (gelak acikpontijelita).


Quote otai_g 8-5-2024 11:12 PM
Soalnya bkn akaun dia palsu atau x. Soalannya apa yg dia tulis tu btl atau x? Cptnya polis siasat
Quote Decaffeinated 8-5-2024 11:21 PM
Cerita dia jumpa polis semua tu palsu juga la kan?
Quote shy79 8-5-2024 11:44 PM
biasa yg dikata palsu tu yg btol kan kan
Quote beni_nikaido 9-5-2024 11:47 AM
kompom palsu ke?
jangan kena simen je
Quote She-Ra 9-5-2024 12:02 PM
andainya palsu pun, polis kan hebat boleh cek sampai dpt identiti sebenar
  kanke mamat tu pn siap tulis bgtau dia dh dipanggil polis. ehh siap pesan la kot2 dia lenyap mati kena simen.. tunggu jela kot ada berita

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.399790 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top