CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Mercedes meninggal lepas mengucap kalimah syahadah #tragedi pokok tumbang

7-5-2024 11:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9020| Komen: 72

Description: KUALA LUMPUR – ‘Mangsa sedar lima minit dan pengsan selepas dipesan supaya mengucap kalimah syahadah’.


KUALA LUMPUR – ‘Mangsa sedar lima minit dan pengsan selepas dipesan supaya mengucap kalimah syahadah’.

Demikian cerita seorang saksi, Muhammad Tariq Haikal, 24, yang melihat sendiri kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, di sini, petang tadi.

Menurutnya, mangsa lelaki, 47, yang meninggal dunia dikatakan sempat sedar kira-kira lima minit selepas kereta dihempap pokok dan terkena di bahagian kepala.

Katanya, ketika kejadian, dia yang bekerja sebagai ejen hartanah itu berada di pejabat terletak berhampiran dengan lokasi semasa insiden terbabit.

“Angin sangat kuat waktu itu dan tiba-tiba dengar bunyi pokok tumbang dan menghempap beberapa kenderaan di laluan sekitar.

“Suasana menjadi senyap sekejap sebab semua terkejut. Ada staf di pejabat ini yang menghubungi pihak monorel supaya menghentikan perjalanan di laluan itu.


“Saya keluar dari pejabat untuk membantu pemandu sebuah kenderaan (mangsa maut) yang tersepit disebabkan dahan pokok tembus dari bahagian tempat penumpang depan sehingga ke tempat pemandu,” ujarnya.


Dalam situasi kelam kabut itu, dia bersama beberapa orang awam membantu mengangkat dahan yang menghempap bahagian kepala lelaki berkenaan.

“Dia (mangsa) dalam keadaan sedar kira-kira lima minit dan ada orang lain sempat pesan kepadanya supaya mengucap (dua kalimah syahadah) sebelum dia pengsan.

“Apa yang saya nampak ketika itu, hanya dia seorang dalam kereta,” kongsinya.

Beliau berkata, orang lain yang melihat situasi itu jelas trauma seterusnya melarikan diri di kawasan hotel berhampiran.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang maut manakala dua lagi cedera dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail berhampiran sebuah hotel, di sini, petang tadi.

Pemandu e-hailing, lelaki tempatan, 26, dan seorang wanita Sweden, 72, merupakan dua mangsa yang dilaporkan tercedera dalam insiden petang tadi. 

Sumber -KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote None68 7-5-2024 11:46 PM
InnAlillah dah sampai ajal.
Quote kepompong 7-5-2024 11:56 PM
driver siapalah tu.. kesian
Quote BoongaKertas 8-5-2024 07:56 AM
salam takziah buat keluarga. ingatkan takde kematian. Allahu.
Quote adawiyah_hakim 8-5-2024 08:10 AM
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote noor2 8-5-2024 08:27 AM
Innalillah..sebaknya baca
Quote noor2 8-5-2024 08:29 AM
Pokok2 hiasan ni adalah pokok instant yg di tanam..ditanam waktu pokok2 ni dah besar cth 4.0m overall height..jd akar pokok2 instant tepi2 jln ni mmg x kuat...
Quote midori888 8-5-2024 08:30 AM
alfatihah...semoga dipermudahkan urusan arwah disana nanti...InsyaAllah...
Quote mimi_ayu 8-5-2024 08:36 AM
Semoga arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman
Takziah buat family mangsa
Tiap kali pokok tumbang menyebabkan kematiani ni mst teringat kt abg kawan..
Meninggal kna hempap pokok masa nk g exam..masa tu lg sebulan arwah nk kawen
Quote noor2 8-5-2024 08:36 AM
Yg meninggal ni pemandu peribadi kah?..
Quote Cassieopeia 8-5-2024 08:38 AM
slalu jln area ampang ni byk pokok besar tua2 mcm menunggu masa nk tumbang jgk.. innalillahiwainnailaihirojiun utk mangsa
Quote Kitty_catz 8-5-2024 08:41 AM
salam takziah

Quote bottombikini 8-5-2024 08:46 AM
masa tgk pic2 video smlm ada yg dahan masuk ikut tingkap keta
teringat final destination
Quote nuralisa 8-5-2024 09:07 AM
noor2 replied at 8-5-2024 08:29 AM
Pokok2 hiasan ni adalah pokok instant yg di tanam..ditanam waktu pokok2 ni dah besar cth 4.0m overal ...

pokok kat situ rasanya lama dah kan ....
Quote naina 8-5-2024 09:10 AM
Arwah mesti baik orangnya..disedarkan 5 minit sempat mengucap lagi..mudah urusannya
Quote makita 8-5-2024 09:13 AM
Bulan posa hari tu ada kes mcm ni kat Seremban. Tiba2 pokok tumbang jatuh kat kancil. Kancil tu ngam2 tiba masa pokok nak tumbang. Meninggal driver.
Quote auntieagony 8-5-2024 09:20 AM
innalillahi wainna ilaihi rajiun.

Selalu nampak pokok2 yg dah tua di tepi2 jalan.

Pokok2 tua ini merbahaya ketika hujan ribut dan berpotensi utk tumbang ke atas jalanraya dan pengguna jln pd waktu itu.

Semoga majlis perbandaran tempatan monitor pokok2 tua yg sedemikian sbb akar pokok2 tu tak mampu menampung berat pokok itu dan dahan2nya juga dah rapuh.
Quote auntieagony 8-5-2024 09:21 AM
innalillahi wainna ilaihi rajiun.

Selalu nampak pokok2 yg dah tua di tepi2 jalan.

Pokok2 tua ini merbahaya ketika hujan ribut dan berpotensi utk tumbang ke atas jalanraya dan pengguna jln pd waktu itu.

Semoga majlis perbandaran tempatan monitor pokok2 tua yg sedemikian sbb akar pokok2 tu tak mampu menampung berat pokok itu dan dahan2nya juga dah rapuh.
Quote vanillaninja 8-5-2024 09:28 AM
noor2 replied at 8-5-2024 12:36 AM
Yg meninggal ni pemandu peribadi kah?..

Kalau tengok model kereta, nampak macam arwah ni pemandu peribadi
Quote azlinahmad 8-5-2024 09:36 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun.

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.055558 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top