CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Ini Beri Kesan Pada Hidup..” – Myra Natasya Ingin Halim Othman Tukar Semula Nama Di Sijil Lahir, Beri Masa Seminggu Untuk Bagi Penjelasan

13-5-2024 03:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7493| Komen: 51

Description: Semalam industri hiburan dikejutkan dengan pendedahan pelakon Myra Natasya yang mendakwa dirinya merupakan anak tak sah taraf dan bapanya, penyampai radio Halim Othman tidak pernah berkahwin dengan ib ...

Semalam industri hiburan dikejutkan dengan pendedahan pelakon Myra Natasya yang mendakwa dirinya merupakan anak tak sah taraf dan bapanya, penyampai radio Halim Othman tidak pernah berkahwin dengan ibunya.

Kata Myra, dia bertindak untuk membuat pendedahan tersebut atas alasan agar bapanya itu berhenti mengambil tindakan yang melibatkan dirinya tanpa pengetahuannya seperti menukar maklumat di sijil lahir.

"Apa yang saya buat daripada pendedahan ini adalah untuk dia berhenti buat apa yang dia suka sewenang-wenangnya.
 
"Apa yang dia tak nak cerita itu hak dia jadi tapi apa yang saya nak tekankan ini apa yang dia buat ini salah dan saya juga pernah minta mak saya untuk ubah dia tapi tidak dilayan."

Tambah pelakon ini, dia memberikan masa selama seminggu kepada Halim untuk memberi penjelasan kepadanya agar isu tersebut boleh diselesaikan dengan baik.



"Apa yang saya nak adalah dia tukar balik maklumat dekat surat beranak tu, sebab itu adalah salah. Benda ini beri kesan pada kehidupan saya, identiti saya."
 
"Saya bagi dia satu minggu untuk ubah benda ini, betulkan perkara ini dan say sorry to me."

Terdahulu, Myra telah mendedahkan ibu bapanya tidak pernah bernikah di Thailand seperti yang dikatakan. Mrya turut mengaku dia terpaksa menipu kepada media untuk menjaga nama baik bapanya.

SUMBER : Gempak/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 13-5-2024 04:05 PM
Muka dia ni sebijik mcm muka bapaknya
Quote edayildiz 13-5-2024 04:18 PM
bkn dlu dia ke yg cari bapak dia..
msti ada issue ngn bapak dia ni skrg..dh xbaik la kotm.
bdk ni penari ek..ke aktiviti apa yg pabjat bdn manusia tu..aritu rgk dia wat aksi tu..seram tgk
Quote Robitadotcom 13-5-2024 04:28 PM
jap bapak dia tukar apa kt surat beranak tu? original surat beranak tulis apa?
Quote JunkMail 13-5-2024 04:31 PM
Acik sokong kau dik.. teruskan bongkar kelaku sperma donor tu. Amboii dulu tak nak suruh gugurkan...skrg tiber nak nama dia dalam surat beranak pulak. Dasar jantan kabaret cret merata lertuuu..dah nak cret tu tak reti reti nak pakai kondom pulak
Quote Tiggybiru 13-5-2024 05:26 PM
So pasnih budak2 anak luar nikah kena bangga mcm ni ka? Bangga fighting pasal ni?
Cerita dia simple ja
Aku suspect dah ada isu rasuah yg timbul sbb suka2 hati boleh tukar anak luar nikah bernasabkan bapak
Hg kena cari lawyer, sprm utk case ni
Bukan mediaaa
Quote gekkou 13-5-2024 06:06 PM
bangga mengaku anak luar nikah
bangga buka aib keluarga


LGBTQ wins
Quote delia3003 13-5-2024 06:25 PM
Tiggybiru replied at 13-5-2024 05:26 PM
So pasnih budak2 anak luar nikah kena bangga mcm ni ka? Bangga fighting pasal ni?
Cerita dia simple  ...

nama parents kan ada dalam surat beranak, part yang tu lah yang ditukar, boleh je. Tunjuk bukti DNA dan kena angkat sumpah Yang tak oleh tukar bin atau binti kalau anak luar nikah
Quote L.U.S.M 13-5-2024 08:08 PM
Dh mcm ni punya terang Zina smpi ank luar nikah dh besar pjg pun majlis agama xbuat apa2 tindakan..nmpk sgt xde fungsi
Quote makcun14 13-5-2024 09:29 PM
lantakkan la orang nak kata buka aib ke apa, dek myra ni tak salah. yang bersalah parents dia,entah berapa la anak tak sah taraf kat luar sana kita bukan tau.. itu yang selamat lahir ke dunia dan hidup sampai dewasa. .
at least sheols bukak cerita boleh jadik
pengajaran untuk kita semua . jangan biarkan pesalah dalam kes ni, si putar halim terlepas
Quote delsmomm 14-5-2024 09:14 AM
gekkou replied at 13-5-2024 10:06 AM
bangga mengaku anak luar nikah
bangga buka aib keluarga

bkn salah dia pun lahir as anak luar nikah..


Quote sambaldurian 14-5-2024 09:24 AM
Kejap budak ni xde ic lg ke. Bkn ke anak luar nikah boleh je dpt Surat beranak tp x bin/Binti ayah kandung je ( Abdullah or 99 nama Allah). - ikut procedure tertentu. Dh knp pulak, ada boleh amend2 ke surat beranak ke. X fhm pulak kes dia ni.
Quote Minami2013 14-5-2024 10:50 AM
Isu sebenar, dia nk perhatian bapaknya.

Kalau tgk interview tu pun dia bgtau since viral kisah depa anak beranak tu la last jumpa, 3 tahun lepas. Lepas tu HO dah tak de contact.
Quote mummycomel 14-5-2024 11:21 AM
bodohnya budak ni...
Quote bbalik 14-5-2024 11:25 AM
dia nak numpang fofulariti apaknya
tu je
Quote rina0602 14-5-2024 11:33 AM
Tak faham la. HO tukar kat mana? Info Bapa tu ke? Tak boleh ke kalau tambah maklumat bapa? ke HO tukar bt Halim Othman?
Quote dewi_rina 14-5-2024 11:52 AM
mcm mana lah perasaan dia ye masa mak dia bgtahu dia anak luar nikah/tak sah taraf? ke dia tahu sendiri? iols selalu terpikir pasal budak2 mcm mana.. mcm yg dlm drama tu, nak kawin baru tahu anak tak sah sbb kena wali hakim
Quote pauliza 14-5-2024 11:56 AM
rina0602 replied at 14-5-2024 11:33 AM
Tak faham la. HO tukar kat mana? Info Bapa tu ke? Tak boleh ke kalau tambah maklumat bapa? ke HO tuk ...

Rasa kat ruang nama bapa tu dulu kosong tapi sekarang ada tulis nama  Halim Othman .Ada ruangan saksi ,ditulis nama bapak angkat dia Kenny Chan kat ruangan saksi sedangkan bapak angkat dia tak tahu apa2 pun .
Quote lee_haru 14-5-2024 12:13 PM
dewi_rina replied at 14-5-2024 11:52 AM
mcm mana lah perasaan dia ye masa mak dia bgtahu dia anak luar nikah/tak sah taraf? ke dia tahu send ...

Sy ada family member yg ambil angkat anak mcm ni...masa dia dalam umur awal remaja..dia pelik tgk surat beranak dia...dia tnya dan family dia explain elok2...dia boleh accept..since family angkat dia dari kecil dah explain kenapa dia jadi anak angkat..kenapa dgn famili asal dia...except tentang status dia la...tp alhamdulillah..budak tu dah kawen..urusan wali hakim pon mudah..sbb dia mmg dah tau status dia...documentation pon mudah..sbb still contact famili asal dia..sangat sedih ye dekat mahkamah syariah tu..sbb hakim dia very fatherly...n hakim tu siap ckp..sy ni umpama ayah awk la..nak walikan awk ni..tnya pasal bakal suami..n dia ada cakap..apa yg jadi bukan salah awk..bersyukur famili angkat awk ada...ramai yg tak bernasib baik mcm awk...siap pesan jadi isteri yg soleh...sy ada sekali..n sy nangis...
Quote aciksenah 14-5-2024 12:23 PM
Memang la tak sepatutnya Myra p bukak aib mcm ni. Tapi ada la tu yang trigger sampai dia bertindak mcm ni. Sapa yang tak terluka, ayah sendiri tak mau mengaku anak dan lepaskan tanggungjawab. Walaupun dalam Islam, pihak lelaki tak perlu bertanggungjawab. Tapi sebagai seorang manusia yang ada akal dan hati budi (kalau ada)..sampai ke hati nak biar anak hasil dari benih sendiri mcm tu je?

Bila anak dah besar panjang..anak jugak yang nak kena jumpa ayah. Normal la seorang manusia, even kena tinggal, tetap la jugak nak jumpa ayah dia. Mungkin dia pun agak frust, bila apaknya tak terima dia sebagaimana yang diharapkan. Bila anak dah ada kehidupan yang baik..baru terhegeh2 nak mengaku bapak?? Manusia jenis apa ni?? Dah buat onar, tapi tak mau ambik tanggungjawab.

Apa salah anak luar nikah?? Bukan diorang minta pun lahir didunia dengan status mcm tu. Kenapa nak kena malu..bukan dia yang berzina. Masyarakat kita ni terlampau memandang jijik status anak luar nikah. Sampai budak yang tak berdosa tak boleh hidup seperti kanak2 lain yang normal. Mungkin dia dah penat kot kena ejek..dah imun dah kot. Sampai satu tahap dah tak hirau dah bab malu aib ni semua.

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.252805 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top