CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aslam bagi isteri pertama sekuntum bunga, netizen usik Marissa

7-5-2024 11:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4391| Komen: 23

Description: Demikian usikan nakal netizen merujuk momen manis dirakamkan pempengaruh media sosial, Abang Tesla membabitkan menantu Abby Abadi, Ahmad Aslam dengan isteri pertamanya, Umisya Mazlan.


“Ada yang koyak, tapi bukan kertas.”

Demikian usikan nakal netizen merujuk momen manis dirakamkan pempengaruh media sosial, Abang Tesla membabitkan menantu Abby Abadi, Ahmad Aslam dengan isteri pertamanya, Umisya Mazlan.

Menerusi video dalam TikTok dikongsikan Abang Tesla atau nama sebenarnya Mohammad Khaliltizam Yusri, 29, Aslam membuat kejutan memberikan bunga ros kepada insan kesayangannya.

Detik spontan yang dirakamkan ketika mereka terbabit dengan sesi fotografi promosi produk di hadapan pusat beli belah popular itu membuatkan Umisya atau mesra disapa Misya tersipu-sipu.

Begitupun, ibu kepada dua anak itu bijak mewarnakan situasi dengan lawak bersahaja apabila menunjukkan wajah terkejut sebaik suaminya menghulurkan sekuntum ros merah.

Selain pasangan terbabit dan Abang Tesla, turut menyertai sesi bergambar itu ialah isteri media sosial itu, Nurmajdina serta seorang lagi pensohor popular, Farah Fakhira yang juga usahawan tudung.


Menerusi semakan dalam ruangan komen, ramai menyenangi cara Aslam menggembirakan isteri, namun tidak kurang yang secara terang-terangan tertanya-tanya reaksi Marissa Dania selaku isteri kedua.

Bahkan masing-masing yang seakan-akan terbahagi kepada dua kem berdebat mengenai tindakan Aslam menunjukkan aksi romantisnya.

“Mereka ini pun, patutnya jagalah hati Marissa, dia pun ada perasaan, jagalah perasaan isteri kedua,” kata netizen.

“Aku nampak mereka nak rapatkan hubungan Misya dengan Aslam supaya berlaku adil,” tulis pemilik akaun lain.

Isu poligami membabitkan pemandu e-hailing itu dengan Marissa yang bernikah di Thailand ketika Misya mengerjakan umrah pada 27 Disember tahun lalu mencetuskan kontroversi.

Begitupun, selepas beberapa bulan berdepan konflik, hubungan ketiga-tiga mereka kini tampak semakin positif. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote takkoser 7-5-2024 11:58 PM
btw dorang ni artiss ke??
Quote Hoshhi 8-5-2024 12:30 AM
Sudah2 la tu bosan dh
Quote jalfa 8-5-2024 12:30 AM
Selam.dah jadi retis..terpalling retis selepas nabelah and alip...bodgos penuh dgn tred selam
Quote katakauu 8-5-2024 12:46 AM
nnti die review produk
sikit lg
hehehehe
Quote hokeypokey 8-5-2024 02:23 AM
cantik jugak misya ni..
Quote CikYaYaYa 8-5-2024 02:44 AM
coming soon jadi influenzaa pastu paid review. Sekiann
Quote L.U.S.M 8-5-2024 06:47 AM
Sorry la..xnmpk ape specialnye jantan musibat ni

Muka pun so so
Perangai pun so so
Dia buat aniaya n perangai xguna kt perempuan sikit pun xberkutik nk perbetulkan keadaan..siap bg No Komen je
Ramai plak tolong back up..hujung2 mendunia
Mak mertua pun siap puji kemain
Haih

Manalaaa xmakin ramai jantan xguna kt msia ni..enabler ramai
Quote L.U.S.M 8-5-2024 06:50 AM
Utk si misya

Ko br kawen few years..muda lg
Jantan ni bg bunga sekuntum je pun ko nk acah2 surprised Gini
No wonder la dia pihak2 maruah ko
Xjaga hati ko
Permainkan perasaan ko
Patut ko tgk DD tu
FK sampai merayu xnk cerai siap pujuk bg mcm2..bukan balas bg hadiah madu dgn sekuntum bunga..laki gini mmg useless..buat apa nk dikejar
Quote Lampuled 8-5-2024 07:12 AM
Aslam jugak untung. Bini² pandai cari job. Dia senyum² kambing aje mengekor.
Quote HelgaPataki 8-5-2024 07:45 AM
At this point, I mcm takde rasa simpati langsung dgn musibah2 hidup geng2 content ni. Sebab dorg semua monetized kan 'masalah' dorg, pastu kita netz pun asyik tonton/support video2 dorg ni.

Quote winky1 8-5-2024 07:49 AM
Depa ni dah rasa nikmat bermadu ke ni. Happy je dua2.... alhamdulillah.
Quote BoongaKertas 8-5-2024 07:57 AM
misya ni lawa lah sbnrnye. sejenis muka x bosan tgk. moga awk baik2 saje lah dik oi. akak rengsa tgk laki ko dik!
Quote boudinniA 8-5-2024 08:21 AM
L.U.S.M replied at 8-5-2024 06:47 AM
Sorry la..xnmpk ape specialnye jantan musibat ni

Muka pun so so

Another lelaki tak guna yang akan disanjung netizen bongok. Makin popular lah boleh buat duit.
Quote Manusiabesa 8-5-2024 08:27 AM
Wife dia yg ni xlawa kan. Muka mcm tepenyek. Tp aku sejuk la dgn dia sbb prngai semenggah. X toksik mcm sstgh org. Btw marissa pun xlawa mana. Anak aku lawa lg in future hihi. Marisa just lawa sikit dri adik dia je.... cuba letak marisa kt geng2 anak siam, yereb, turkish, omputih... jauh marisa tersasar..smbunyi muka dalam baldi kang...
Quote Manusiabesa 8-5-2024 08:29 AM
Sape acik porum tgok baru2 ni micha dgn majdeena p travel. Memula umrah lajak ke negeri mana nth...... sedih nengok bebudak dok main salji posing maut kt sana hahaha.. mcm bebudak yg hilang mak ayah.. xssuai la muka merhen dok men salji ahahaha... ok tak tu kesejukan d sana hihi. Mujo ecah bini lava busy dgn anak xjoin deme.... sian.. muka ulu klang baru merasa ke obesi. Jakun japppp. Toklaki kt sini tgh doggy sakan dgn bini kedua kehkehkeh
Quote laksmanabentan 8-5-2024 08:45 AM
pandai mamat tesla nih kauk kesempataaannn...
Quote Robitadotcom 8-5-2024 09:16 AM
tiga tiga bukan artis
Quote pembacagosip 8-5-2024 09:26 AM
semua yg di atas yg terlibat baik tesla, selam, perempuan2 tu x layak di kagumi
ntah sapa2 je
buat semak
Quote L.U.S.M 8-5-2024 10:33 AM
Geng laki xguna kawen dua..buat video dgn perempuan2 yang hampeh...hak ada tp xnk fight pastu play victim..hmm..

Bbnu xcerdik..xmampu dan xbijak

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.048123 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top