CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aliff Aziz takut dengar suara Bella

3-5-2024 12:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6019| Komen: 47

Description: Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, 33, merasa sudah ada jurang antaranya sehingga takut untuk mendengar suara isterinya Bella Astillah, 30.


Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, 33, merasa sudah ada jurang antaranya sehingga takut untuk mendengar suara isterinya Bella Astillah, 30.

Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz mengakui mereka sudah terlalu lama tidak berkomunikasi dan reda jika perpisahan adalah jalan terbaik.

"Sudah lebih 40 hari kami tidak berkomunikasi. Sejujurnya, saya takut menghubunginya. Saya takut nak dengar suaranya.

"Lagipun, saya tak tahu apa yang perlu saya katakan kepadanya. Bila terlalu lama tak berkomunikasi, saya dapat rasakan ada jurang yang wujud antara kami.

"Jika perpisahan menjadi satu-satunya jalan buat Bella bahagia, saya akan beri apa yang diminta," katanya satu temubual bersama saluran podcast The Common Folks di Singapura.

Penyanyi lagu Sayang-Sayang itu merasakan sampai satu tahap, dia melihat tiada jalan kembali untuk semua yang sudah terjadi. Katanya dia perlu berdamai dengan takdir.

"Cuma, saya kena pastikan tiada apa yang boleh melengahkan perceraian ini. Saya tak mahu menjadi seseorang terlalu pentingkan diri sendiri.

"Perkara ini sudah membabitkan banyak pihak dan saya kena bertanggungjawab atas semua kekhilafan yang saya cetuskan ini. Saya juga ingin mendoakan kebahagiaan kepada semua pihak," katanya.

Aliff terlihat sebak dan memang akui dirinya lelaki yang gagal sewaktu diminta mengucapkan sesuatu kepada Bella. Dia akan kenang pengorbanan isterinya itu selama ini.

"Ketika ini, bila saya melihat cermin, saya adalah lelaki yang gagal. Jika ini kata-kata terakhir yang boleh dilafazkan, saya ingin ucapkan terima kasih atas rasa cinta dan kasih sayang sepanjang lapan tahun perkahwinan.

"Terima kasih juga atas kesabaran, anak-anak yang dilahirkan. Sejujurnya, tiada siapa yang mampu menjadikan diri ini sempurna melainkan Bella.

"Cuma, saya sahaja tidak mampu menghargainya. Memandangkan sudah tidak ada lagi jalan kembali, saya kena terima hakikat yang saya akan kehilangan isteri dan anak-anak buat selama-lamanya," katanya.

Terdahulu, krisis rumah tangga Aliff dan Bella semakin parah selepas ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Keadaan menjadi bertambah tegang apabila Sarah Yasmine yang mendakwa dirinya kekasih Aliff dan bertindak membuka aib Ruhainies serta ramai selebriti tanah air lain.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clueless_gamer 3-5-2024 01:04 PM
pada pendapat aku jelah ye.. freedom of speech kan? jgn kecam ye

dia ni takde issue sangat pun.. netizen ni je lebih nak diorang berpisah

dok bakar line, geng vlogger plak nak cari views lebih bantai buat video pasal diorang ni.. halal ke rezki tu nanti?

bukan senang anak tu nak membesar dgn broken parent ni, org tu nak berbaik balik korang plak yg panas..
Quote noor2 3-5-2024 01:08 PM
Elokla berpisah...serius ..tgk perangaj x guna jantan ni..elokla berpisah..anak2 biar membesar dgn elok tak terpengaruh dgn cara hidup bapak yg kaki perempuan dan mungkin selalu gaduh mulut dgn wife  sb curang
Quote damian_lee 3-5-2024 01:11 PM
septutnya so alip ajiz ngan bellah xyah bagi platform punnn

dua2 haussss
Quote Tiggybiru 3-5-2024 01:12 PM
Kehilangan isteri je noks
Anak tu hang kena bertanggungjawab..dah kenapa kehilangan anak2 sekali
Quote jari10 3-5-2024 01:13 PM
clueless_gamer replied at 3-5-2024 01:04 PM
pada pendapat aku jelah ye.. freedom of speech kan? jgn kecam ye

dia ni takde issue sangat pun.. ne ...

Ye lah apalah sangat setakat kena tangkap khalwat kan..no big issue kann? Netz je lelebih

Then apalah sangat kan membabikan bini kan
“Babi” yg dah melahirkan zuriat kau
Chill2 sudahlah kannnnnn
Quote Hypothetically 3-5-2024 01:17 PM
Edited by Hypothetically at 3-5-2024 01:21 PM
clueless_gamer replied at 3-5-2024 01:04 PM
pada pendapat aku jelah ye.. freedom of speech kan? jgn kecam ye

dia ni takde issue sangat pun.. ne ...


Dia dah besar isu bini curang , jatuhkan maruah isteri where else his own moral value is also questionable,  kes dia curang berkali2 tak mention pun,  tak malu ke muka nak tehegeh2, ceraikan bella tu, anak2 tu nanti pandai2 korang share custody,  cerai bukan makna ko kena lepas tangan frm being a father to yr chikdren.
Quote doubleA 3-5-2024 01:17 PM
Bodonya jantan low class ni, ko hilang isteri je kalau ceraikan nabelah, anak2 tu boleh je jumpa dan co-parenting. Dasar badan besar akal kecik.

Ko takut bini sebab ko buat salah, simple math. So better sherai jela 2 mangkuk ni kalau dua2 kesiankan dan fikirkan anak2 utk tak membesar dalam toxic environment, obvious sgt alep ni tak sayangkan nabelah dan nabelah obses kan alep
Quote Isninselasarabu 3-5-2024 01:20 PM
Ececehhh buaya dah start dah mengayat dahhh
Quote makneng 3-5-2024 01:24 PM
Issue sosial dlm masyarakat ni selalunya bermula dari pasangan yg curang ni. Anak2 jadi mangsa, sampai bila nak hidup dalam keadaan toksik? Baik blah awal. Cubalah co-parenting pula lepas ni. Yang kata benda ni x serius mungkin sentiasa fikir positive
Quote Purplehaz 3-5-2024 01:34 PM
Bila both dah terbuka aib sama sendiri..masing2 dh cur..wat maks
mean both tidak lg sesuai bersama.

Lepaskan lah each other dgn baik.
Quote borrow 3-5-2024 01:37 PM
clueless_gamer replied at 3-5-2024 01:04 PM
pada pendapat aku jelah ye.. freedom of speech kan? jgn kecam ye

dia ni takde issue sangat pun.. ne ...

Tertekan report pulak. Sowi. Neway depa ni toxic kapel yg ske babitkan nurtizen. Sorang sibuk kecam skandal padahal laki gatal. Dh berkali2 kowt, klo hadap sgt diam je la. Yg sorang buat pakatan umat utk burukkan wife. Nasib tak baik, terbelah sudah.

Better berkawan mcm jejai Nd.
Quote selipar_hijau 3-5-2024 02:24 PM
"Sudah lebih 40 hari kami tidak berkomunikasi. Sejujurnya, saya takut menghubunginya. Saya takut nak dengar suaranya"


Baru 40+ hari dah takut
Quote Bergosip 3-5-2024 02:41 PM
clueless_gamer replied at 3-5-2024 01:04 PM
pada pendapat aku jelah ye.. freedom of speech kan? jgn kecam ye

dia ni takde issue sangat pun.. ne ...

perkahwinan yang toxic


suami curang, isteri curang. contoh yang tak baik untuk anak2. kalau masih stay, apa jaminan untuk mereka (aliff, bella) untuk tak curang lagi?


lagipon, bila dah bercerai. boleh co-parenting. my bestfriend, parents dia bercerai since dia sekolah rendah. masa sekolah menengah, mak dan ayah dia kahwin baru. my bestfriend happy dengan life dia sebab ada 2 ayah, 2 mak. siap ada 2 majlis sanding dari pihak dia (sponsor dari dua2 pihak mak dan ayah dia)


andaikata aliff dan bella stay dalam perkahwinan, rasa hormat terhadap satu sama lain masih ada ke? dalam perkahwinan, bukan tentang cinta sahaja. tapi, tentang sikap hormat menghormati, kasih sayang, tanggungjawap dan sifat ikhsan terhadap satu sama lain


bila suami curang. isteri masih akan ada rasa hormat dan bersifat ikhsan dengan si suami?
bila isteri curang. suami masih akan ada rasa hormat dan bersifat ikhsan dengan si isteri?



Quote krustykrab 3-5-2024 02:44 PM
Lepas cerai nanti berambus balik singapore... Netizen sila boikot wpun hensem.
Iols pun x prnh tgk drama dia ni wpun kat mata iols dia ni hensem. Sb x de aura mcm jul ripin, haron ajis.
Quote freyayong 3-5-2024 02:54 PM
dah kenapa bila cerai dgna anak2 ko hilang selamanya? anak2 tu tetap tanggungjawab ko lah ! heeee memang dasar NPD. semua nye ko nak terpaling !!!
Quote naina 3-5-2024 03:03 PM
Sarah Yasmin tepuk tangan
Quote sharlenetexas 3-5-2024 03:06 PM
Ko tak takut ke putik jagung ko berpenyakit bernanah berulat?


Quote sharlenetexas 3-5-2024 03:07 PM
Tiada apa yg boleh melengahkan perceraian ini? Bukan ke ko yg lengah2?


Quote namieamuro 3-5-2024 03:13 PM
suwit talker yg pandai blakon dpn org. takde pulak rase takot nk hadap public lps kantoi bermcm2 peel. dgn bakal bekas bini takut pulak

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.047126 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top