CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12445|Reply: 8

[Jenayah] 'Tak mampu tahan air mata sepanjang 7 jam perjalanan jenazah Ami dibawa pulang'

[Copy link]
Post time 19-5-2024 10:28 AM | Show all posts |Read mode
Azhar (berbaju Melayu biru) mengimamkan solat jenazah Allahyarham Ahmad Azza Fahmi di kediaman keluarga di Kampung Poh Tambahan, dekat Bidor. - NSTP/MUHAMAD LOKMAN KHAIRI





TANJUNG MALIM: "Di luar, saya kelihatan kuat tetapi di dalam, saya menangis waktu tengah malam... 20 tahun hidup bersama dan dua tahun pergi ke Ulu Tiram, akhirnya pulang kepada saya dalam keadaan terbujur kaku."

Itu luahan Azhar Khaiden, 54, bapa kepada Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, yang maut dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, awal pagi semalam.

Perasaan sayu itu dikongsikan Azhar dengan pemberita selepas jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, dekat Bidor, di sini, kira-kira jam 7.20 malam tadi.

Azhar berkata, hatinya sebak sehingga beliau tidak mampu menahan air mata ketika melihat keranda Allahyarham yang mesra dipanggil sebagai Ami itu, sepanjang tempoh tujuh jam perjalanan dibawa pulang dari Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, ke kediaman mereka di sini, hari ini.

"Apabila pandang (keranda Allahyarham), menitik air mata. Apabila saya mengimamkan solat jenazah di rumah tadi, saya tidak boleh lagi tahan (linangan air mata).

"Sebelum ini, kita boleh nampak dia tetapi sekarang sudah hilang dari pandangan mata. Itu takdir yang saya alami... siapa yang pernah alami pasti lebih memahami.

"Kalau anak kucing yang kita bela mati pun kita sedih, inikan pula anak kandung sendiri," katanya.

Azhar yang bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Sungai Kelah memaklumkan bahawa isterinya, Nurhaliza Awaluddin, 49, juga masih bersedih atas pemergian mengejut anak keempat daripada lapan beradik itu.

Justeru bagi memulihkan semangat isterinya, beliau sekeluarga berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat mempertimbang untuk memindahkan abang Allahyarham, Lans Koperal Ahmad Azza Fitri Azhar, 24, yang bertugas di Balai Polis Pulau Gaya, Sabah, ke Perak.

"Anak lelaki kami ada dua, seorang sudah pergi. Seorang lagi ada tetapi jauh... tolong dekatkan supaya dapat memulihkan semangat isteri saya," katanya.

Azhar berkata, adik perempuan Allahyarham, iaitu Nur Azza Assyaadah, 19, pula dijadualkan menghadiri temu duga bagi memohon perjawatan polis di Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Ipoh, Selasa minggu depan.

Katanya, beliau sekali gus berharap anaknya itu boleh menjadi galang ganti Ahmad Azza Fahmi dalam berkhidmat kepada negara.

Dalam pada itu, Azhar turut merakamkan penghargaan kepada pasukan PDRM yang hadir ke tanah perkuburan dan membantu proses menguruskan jenazah Allahyarham.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay; Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri; dan Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi.

Dalam kejadian serangan jam 2.45 pagi semalam, Ahmad Azza Fahmi terkorban akibat ditetak oleh seorang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram.

Insiden itu turut menyebabkan seorang lagi anggota polis, Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut akibat ditembak di bahagian bahu dan perut oleh individu sama.

Selain itu, Koperal Mohd Hasif Roslan mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, manakala suspek lelaki berusia 30-an ditembak mati.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2024 10:40 AM | Show all posts

Jenazah Ahmad Azza dikebumi di Kampung Poh

Jenazah Ahmad Azza dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, dekat Bidor, hari ini. - Foto BH/MUHAMAD LOKMAN KHAIRI



TANJUNG MALIM: Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, mangsa serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam, dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Poh, dekat Bidor, di sini, hari ini.

Kenderaan membawa jenazah Allahyarham tiba dari Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, kira-kira jam 5.56 petang.

    Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, dekat Bidor, di Tanjung Malim, hari ini. - Video NSTP/Muhamad Lokman Khairi pic.twitter.com/bt1dX86cfk

    — Berita Harian (@bharianmy) May 18, 2024

Urusan pengebumian jenazah Ahmad Azza Fahmi dijalankan dengan penuh istiadat kepolisan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh dan selesai disemadikan jam 7.20 malam.

Terdahulu, pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta penduduk sekitar turut sama menunaikan solat jenazah secara bergilir-gilir yang dipimpin bapa Allahyarham sendiri, Azhar Khaiden, 54.

Nurhaliza Awaluddin menyiram pusara anaknya, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, dekat Bidor, di sini, hari ini. - Foto NSTP /MUHAMAD LOKMAN KHAIRI.

Keranda jenazah Allahyarham yang dibalut Jalur Gemilang kemudian diiringi melalui istiadat kawalan jenazah ke tanah perkuburan oleh pegawai penghormatan polis.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan yang dihadiri ibu bapa Allahyarham, Azhar dan Nurhaliza Awaluddin, 49, serta ahli keluarganya.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay; Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dan Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi.

Dalam kejadian jam 2.45 pagi semalam, Ahmad Azza Fahmi terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram akibat ditetak oleh seorang lelaki bertopeng.

Kejadian serangan itu turut mengakibatkan seorang lagi anggota polis, Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, terkorban akibat ditembak di bahagian bahu dan perut oleh individu sama.

Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Lelaki yang melakukan serangan terbabit ditembak mati.

Ayob Khan (tiga, kiri) turut mendirikan solat jenazah untuk Allahyarham Ahmad Azza di kediamannya di Kampung Poh Tambahan, Bidor hari ini. - Foto BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Innallillah..Terasa pilu bila baca luahan hati bapa arwah..semuga Allah berikan kekuatan dan ketabahan pada famili mangsa yg terlibat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 19-5-2024 11:06 AM

Alahai, zaman komunis dulu lagi teruk hangit terbakar.

Orang sekarang tak kental macam org zaman dulu.

Tengok orang Palestin tu bangga bila anak meninggal berjuang untuk tanah air dan untuk pemimpin pilihan rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 19-5-2024 11:04 AM
Alahai, zaman komunis dulu lagi teruk hangit terbakar.

Orang sekarang tak kental macam org zaman du ...

Sapa2 yg ada anak akan rasa mcm ni....percayalah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 19-5-2024 11:25 AM
Sapa2 yg ada anak akan rasa mcm ni....percayalah..

Orang sekarang suruh anak jadi Polis sebab nak menunjuk nunjuk... tak genuine macam orang dulu..sebab tu tak redho kot..sikit2 nangis.

Mak ayah zaman dulu anak jadi tentera dan polis semua redho dan siap sedia segala kemungkinan, mental fizikal sebab zaman tu memang tak aman.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2024 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 19-5-2024 02:33 PM
Orang sekarang suruh anak jadi Polis sebab nak menunjuk nunjuk... tak genuine macam orang dulu..se ...

Siapelah org bodoh disebalik id nama ko ni....aku doakan ko mati kene tetak ngan penjahat. Waktu tu ko ckp lah acah2 bagus ye
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kiroshell at 20-5-2024 04:57 PM
B40tastePosh replied at 19-5-2024 02:33 PM
Orang sekarang suruh anak jadi Polis sebab nak menunjuk nunjuk... tak genuine macam orang dulu..se ...


statement ko ni macam babi. pala hotak kau nak cakap pasal kental tak kental. pastu siap fitnah orang nak jadi polis sebab berlagak.

orang palestin ada yang anak meninggal, dia gembira (dengan ujian dan reward in afterlife). ada jyga yang menangis sedih sebab kehilangan yg tersayang. dua dua tak salah pun, ikut kekuatan dan kekentalan hati masing2.

tapi yang ko ni pulak, kau ni terencat akal ke memang dilahirkan bodoh? pergi mampos la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2024 05:19 PM | Show all posts
kenapa la tak diterbangkan guna helikopter polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.054222 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list