CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7541|Reply: 0

[Dunia] Anwar saksi pertukaran 6 MoU Malaysia-Uzbekistan

[Copy link]
Post time 19-5-2024 10:27 AM | Show all posts |Read mode
Anwar dan Khodjaev (dua dari kanan) menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz (kiri), dengan Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan dan Industri Uzbekistan, Urakov Jamshed Radjabovich, sempena Forum Perniagaan Uzbekistan-Malaysia di Kompleks Pelancongan Laluan Sutera Samarkand, hari ini. - FOTO BERNAMA





SAMARKAND: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyaksikan pertukaran enam memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dengan Uzbekistan, di sini, hari ini, bagi kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.

MoU itu antara lain membabitkan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bersama Dewan Perdagangan dan Industri Uzbekistan (CCIU) sebagai usaha mengukuh serta membangunkan kerjasama promosi perdagangan antara Malaysia dengan Uzbekistan dan pertukaran maklumat perdagangan.

Ia juga untuk organisasi dan pelaksanaan aktiviti promosi perdagangan, menggalakkan pertukaran lawatan serta perkongsian pengalaman dalam pembangunan kapasiti berkaitan aktiviti promosi perdagangan.

Selain itu, MoU Sunview Sdn Bhd bersama Yashil Energiya" LLC untuk pemasangan panel solar dengan jumlah kapasiti hingga 50 mW di bangunan organisasi sosial dan pejabat kerajaan di Uzbekistan.

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Tashkent State University of Economics (TSUE) pula akan bekerjasama dalam sektor pendidikan, terutama membangunkan program kolaboratif dan menyediakan peluang serta sokongan kepada pelajar dalam pembangunan profesional dan kerjaya mereka.

Kedua-dua universiti itu juga akan menggalakkan pertukaran institusi dengan menjemput fakulti, petugas dan pelajar dari institusi rakan kongsi, selain bekerjasama dalam program pendidikan yang dipersetujui dan dalam geran penyelidikan PhD, penyelidikan bertauliah, geran padanan, penyelidikan dan pembangunan perpustakaan.

Selain itu, kedua-dua universiti turut bersetuju untuk berkongsi pengetahuan berhubung perkembangan dalam pengajaran, penyelidikan, latihan dan amalan.

Seterusnya, menganjurkan projek penyelidikan dan perundingan bersama dalam bidang kepentingan bersama, dan mengelolakan simposium, acara, sesi, persidangan, bengkel, kursus pendek, wacana serta mesyuarat mengenai perakaunan dan kewangan, ekonomi serta perniagaan.

Universiti Utara Malaysia (UUM) pula akan turut bekerjasama dengan TSUE dalam pertukaran fakulti, aktiviti penyelidikan bersama dan penerbitan, program akademik (ijazah berganda, sarjana dan PhD).

Kedua-dua pihak akan berkolaborasi dalam penyertaan seminar dan mesyuarat akademik, pertukaran bahan akademik dan maklumat lain, program akademik jangka pendek khas, pertukaran pelajar untuk penyelidikan dan mengkaji mana-mana bidang kerjasama yang dipersetujui bersama dari semasa ke semasa.

UUM juga akan bekerjasama dengan Banking and Finance Academy (BFA) dengan UUM menawarkan program Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBM) dan sebaik selesai, BFA akan memindahkan kredit ke program MBA institusi itu.

Turut menyaksikan pertukaran MoU yang diadakan di Kompleks Laluan Sutera Samarkand itu ialah Timbalan Perdana Menteri Uzbekistan, Jamshid Khodjaev.

Anwar berada di Uzbekistan untuk lawatan rasmi selama tiga hari. Beliau tiba di Tashkent pada Jumaat.

Antara anggota delegasi Malaysia dalam lawatan di Uzbekistan ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hassan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing; serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar. – BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.047961 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list