CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8539|Reply: 1

Kedah perlu kekal momentum benam Selangor

[Copy link]
Post time 16-5-2024 04:34 PM | Show all posts |Read mode

Sony Norde mahu Kedah kekal momentum untuk aksi berdepan Selangor, Sabtu ini. FOTO KDA FC

ALOR SETAR: Kapten Kedah Darul Aman FC (KDA FC) , Sony Norde menganggap kemenangan 1-0 ke atas PDRM FC memberi suntikan semangat buat semua pemain bagi menghadapi aksi seterusnya menentang Selangor FC (SFC) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Sabtu ini.

Pemain import dari Haiti itu berkata, kejayaan yang diperolehi pada aksi pertama itu dapat meningkatkan tahap motivasi dan keyakinan bagi berdepan cabaran yang lebih sengit berdepan naib juara Liga Super musim lalu.

"Motivasi kemenangan yang kami perolehi pada aksi lalu sangat penting buat kami untuk hadir dengan lebih berkeyakinan bagi menentang SFC. Kami jangkakan bakal menerima tentangan dan cabaran lebih sengit sepanjang perlawanan itu nanti.

"Kami perlu lebih bekerja keras menerusi apa yang kami rancangkan kerana kita tahu SFC ada rekod yang baik di laman sendiri. Mereka juga memiliki pemain import dan tempatan yang bagus selain tahap keserasian mereka sudah terjalin sejak musim lalu.


"Jadi, kami perlu kekalkan momentum terbaik supaya kami dapat membawa tiga mata pertama seperti apa yang dirancang ketua jurulatih, Nafuzi Zain," kata Sony.

Dalam masa sama, Sony juga menyifatkan tugasnya sebagai kapten memberikan tanggungjawab besar apatah lagi dia tidak pernah menjangka akan dilantik sebagai kapten pasukan itu.

"Ini satu tanggungjawab besar buat saya dan saya menganggap bukan saya seorang sahaja 'kapten' dalam pasukan ini tetapi ada pemain lain juga yang layak dan sudah berada lama dalam pasukan.

"Mereka juga adalah 'kapten' buat pasukan dan peranan ini bukan sahaja di dalam padang tetapi juga di luar waktu perlawanan," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ntum-benam-selangor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 06:05 PM | Show all posts
Lee Zhi Chia won the badminton thailand open 2024. proud of Malaysia. here is the video and enjoy it.

https://youtu.be/wEhnJgpXiyY
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.046910 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list