CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5084|Reply: 1

[Tempatan] Kes lelaki Israel miliki pistol: 3 warga asing dihantar pulang usai siasatan

[Copy link]
Post time 15-5-2024 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Shalom Avitan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 12 April atas tuduhan memperdagangkan enam pistol ke Malaysia dan memiliki 158 peluru.

PETALING JAYA: Tiga warga asing dipercayai mempunyai kaitan dengan lelaki warga Israel, Shalom Avitan, yang ditahan kerana memiliki enam pucuk pistol, dihantar pulang ke negara asal selepas siasatan terhadap mereka selesai.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Isa, berkata mereka dihantar pulang selepas diserahkan kepada Jabatan Imigresen bagi proses pemindahan imigran larangan dari Malaysia.


“Ketiga-tiga lelaki dipindah keluar dari negara ini untuk ke negara asal mereka iaitu Amerika Syarikat (AS), Turki dan Georgia, kelmarin dan semalam.

“Ketiga-tiga suspek termasuk tujuh warga tempatan, dibebaskan pada 10 Mei lepas bawah jaminan polis,” katanya di IPK Kuala Lumpur, menurut Berita Harian.

Mengenai tujuh lelaki tempatan yang ditahan dalam siasatan kes sama, Rusdi berkata mereka boleh ditahan semula jika ada bukti baharu.

“Kena faham, bebas dengan jaminan. Kalau ada perkembangan, saksi, keterangan baharu, kertas siasatan boleh dibuka bila-bila masa,” katanya.

Siasatan itu dilakukan mengikut Seksyen 130v(1) Kanun Keseksaan kerana menganggotai kumpulan jenayah terancang.

Pada 19 April, Rusdi mengesahkan 10 daripada 18 individu ditahan berhubung siasatan kes itu.

Daripada 10 ditahan itu, tiga termasuk Avitan dan pasangan suami isteri warga tempatan didakwa di mahkamah, manakala lima lagi dibebaskan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2024 02:42 PM | Show all posts
x kena dakwa ke?
bukan salah besar ke kalau miliki senjata api kat malaysia ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 1.695769 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list