CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5094|Reply: 13

[Tempatan] Budak 11 tahun mangsa liwat, perbuatan jijik suami pengasuh

  [Copy link]
Post time 9-5-2024 06:00 PM | Show all posts |Read mode
Budak 11 tahun mangsa liwat, perbuatan jijik suami pengasuh

https://www.bharian.com.my/berit ... ijik-suami-pengasuh

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad - Mei 9, 2024 @ 5:53pm
bhnews@bh.com.my


Suspek (depan kiri) dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Gajah hari ini dan direman tujuh hari bermula hari ini. - Foto Meor Riduwan Meor Ahmad.

ALOR GAJAH: 'Umpan' kanak-kanak dengan video lucah sebelum pujuk mangsa melakukan aksi seperti rakaman ditonton dan meliwatnya sejak dua tahun lalu.

Itu tindakan jijik seorang penganggur yang tergamak memperlakukan mangsa yang juga kanak-kanak jagaan isterinya sebagai hamba seks songsang di rumahnya di Alor Gajah, di sini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima laporan dibuat ibu mangsa pada Selasa lalu bahawa anaknya berusia 11 tahun mendakwa diliwat suami pengasuhnya sejak 2022 hingga kini.

Beliau berkata, kejadian itu terbongkar apabila pengadu yang juga pekerja kilang berusia 33 tahun terlihat anak sulung daripada dua beradik itu bermain telefon bimbitnya dan menonton video lucah di satu aplikasi ketika berada di rumah mereka pada jam 8 malam Isnin lalu.

"Pengadu yang terkejut menegur serta bertanya kepada anaknya siapa yang mengajarnya melihat video berkenaan sebelum kanak-kanak itu mendakwa diajar suami kepada pengasuhnya.

"Mangsa yang juga murid Tahun Lima mendakwa suspek menyuruhnya meniru aksi video lucah itu sebelum lelaki itu meliwatnya ketika isterinya tiada di rumah," katanya.

Ashari berkata, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3 petang hingga 6 petang setiap hari selepas waktu persekolahan kecuali pada hari cuti berikutan pengadu keluar bekerja.

"Bertindak laporan dibuat ibu mangsa, polis menjalankan siasatan dan menahan suspek pada jam 2 pagi di rumahnya Selasa lalu.

"Suspek direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2024 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik la tinggal serumah dengan hantu daripada manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh pengasuh tu dh kenapa tinggalkan anak org dgn laki dia !!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang nak hantar rumah asuhan mmng kena kaji atau siasat background pengasuh.kalau laki penganggur atau kerja balik awal memang pangkah siap2.
Risau sangat kalau berlaku mcm kes ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Hancur masa depan budak ni,dekat dua tahun diliwat,mmg setan betul laki pengasuh tu tapi pengasuh tu pon sama setan gak ko leh tinggal anak asuhan pada laki ko dh kenapa???
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah 11 tahun....hantar pun 3jam je....
Baik suruh dok rumah, buat kerja sekolah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2024 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Habislah budak tu mesti membesar jadi gay
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 9-5-2024 07:06 PM
Habislah budak tu mesti membesar jadi gay

memang bakalan

i mampu simpati aje lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2024 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
bodoh la pengasuh ni..ko caya laki ko camna pun jgn tgl laki ko ngn ank org..
i ingt pengasuh ank buah i dlu mmg dorg xtgl la..even ngn ank teruna dia pun dia xtinggal baby..dia ckp zaman skrg ni mcm mcm kes..
itu pengasuh yg btgjwb
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
So laki pengasuh tu gay + paedophile lah ye
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Babi betul perangai. Babi pun lagi baik dari laki setan tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Hancur hati parents. Anak laki ke pompuan ke mmg tak selamat da skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
ujung2 dibebaskan tk cukup bukti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.068504 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list