CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4814|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Serangan pemain bola sepak: Janganlah spekulasi sampai kaitkan istana - Razarudin

[Copy link]
Post time 9-5-2024 05:40 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: 'Jangan timbulkan spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan termasuk mengaitkan dengan 'istana'," tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika mengulas kejadian serangan terhadap tiga pemain bola sepak negara.

Beliau berkata, sehingga kini Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) masih lagi menyiasat motif sebenar kejadian serangan dan samun terhadap Akhyar Rashid, Faizal Halim dan Safiq Rahim.

Razarudin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan yang ditimbulkan oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab dalam media sosial yang seolah-olah sudah mengetahui motif kejadian itu dengan fitnah yang tidak benar dan tidak berasas.

"Bila ada yang menyebut kononnya ada pembabitan pihak istana dalam kes ini, ini adalah benda-benda yang tidak sepatutnya berlaku disebabkan kita (polis) sendiri belum dapat motif sebenar.


"JSJ juga masih lagi sedang bertungkus-lumus ke arah perkara itu dan petang tadi Pengarah JSJ, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, sendiri sudah turun ke lokasi kejadian serangan terhadap Faizal di Damansara.

"Sekarang ini pihak tidak bertanggungjawab termasuk laman telegram Edisi Siasat (ES) seolah-olah sudah menyelesaikan dan menjatuhkan hukuman sendiri dengan membuat spekulasi dan fitnah yang dia dapat daripada mana pun kami tidak tahu," katanya ketika ditemui di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) 2024, di sini, hari ini.

Razarudin turut berharap mana-mana pihak terutama orang ramai mempunyai maklumat supaya menyalurkan kepada pihak polis untuk tindakan sewajarnya.

"Tak perlukan apabila ada maklumat, pihak yang tidak bertanggungjawab ini masukkan hantaran dalam media sosial mereka kononnya dia tahu ada mengenai motif kejadian tapi sebenarnya itu adalah satu bentuk fitnah dan dakwaan tidak benar.

"Ingin saya tegaskan kepada orang ramai yang sering berkongsi maklumat tidak benar dikeluarkan oleh atas nama telegram Edisi Siasat, Mohamad Irwan Suresh yang mengaitkan dengan istana bahawa belum tentu apa yang dimuatnaik di media sosial itu adalah benar.

"Kebanyakannya adalah untuk mensensasikan sesuatu isu dan kes yang tidak benar dan berbentuk fitnah. Ini terbukti apabila kita (polis) panggil mereka untuk tampil membantu siasatan mereka tidak menghadirkan diri.

"Malah saya dan isteri; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan dan bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Mohd Azman Ahmad Sapri, turut menjadi antara individu yang dinyatakan oleh Edisi Siasat," katanya.

Mengulas lanjut mengenai siasatan terkini kes berkenaan yang kini dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), JSJ, Bukit Aman, Razarudin berkata pada masa ini hanya dua tangkapan dilakukan dan tiada tangkapan ketiga.

"Tumpuan kita kini adalah mengumpul maklumat, merakam percakapan saksi dan mencari motif siasatan terhadap ketiga-tiga kejadian yang berlaku.

"Saya juga menyarankan kepada semua pemain bola sepak negara yang menerima sebarang ancaman terhadap keselamatan mereka serta mengetahui mengenai sebarang maklumat supaya segera memaklumkan pihak PDRM," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... mpai-kaitkan-istana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.060769 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list