CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5069|Reply: 0

[Selangor] Pegawai Imigresen didenda RM10,000 lepaskan lelaki Bangladesh

[Copy link]
Post time 9-5-2024 05:21 PM | Show all posts |Read mode

Raffidan kiri ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini

SHAH ALAM – Tindakan seorang pegawai Imigresen menerima suapan RM2,500 bagi melepaskan seorang lelaki warga Bangladesh yang ditahan dalam satu operasi membawa padah apabila didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini.

Hakim Datuk Anita Harun menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh, Raffidan Daud, 39, mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Tertuduh juga diperintahkan menjalani hukuman penjara selama 10 bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mahkamah turut memerintahkan wang perangkap sebanyak RM2,500 dikembalikan kepada pihak pendakwaan.

Raffidan didakwa sebagai pegawai Imigresen Gred KP22 yang bertugas di Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Selangor telah menerima wang tunai berjumlah RM2,500 melalui serahan tangan daripada seorang wanita yang merupakan pemilik syarikat berusia 35 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di tempat letak kereta Kompleks PKNS, Seksyen 14 di sini, kira-kira pukul 1 tengah hari pada 24 April lalu.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan fakta kes, pemilik syarikat tersebut telah mengadu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum satu rakaman perbualan telefon dibuat antara pemilik syarikat itu.

Tertuduh telah meminta pemilik syarikat itu hadir ke tempat letak kereta bawah tanah kompleks PKNS Shah Alam bagi tujuan penyerahan wang rasuah tersebut.

SPRM kemudiannya menjalankan satu operasi perangkap dengan pegawai agensi itu hadir dengan menyamar sebagai saudara pemilik tersebut semasa berlakunya transaksi berkenaan.

Tertuduh diwakili Peguam C.R. Selva dalam mitigasinya memohon hukuman denda yang ringan dan dikecualikan daripada penjara memandangkan ini kesalahan pertamanya.

“Anak guam saya telah 18 tahun berkhidmat dengan gaji pokok sebanyak RM2,800 selain pernah dianugerahkan sijil perkhidmatan cemerlang. Selain itu, isteri tertuduh kini sedang mengandung dan juga merupakan pegawai imigresen,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Muaz Ahmad Khairuddin bagaimanapun menegaskan kesalahan rasuah telah menjadi barah di negara ini dan memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat di luar sana.

Kosmo! pada 26 April lalu melaporkan, seorang pegawai penguat kuasa sebuah jabatan di negeri ini direman empat hari bagi membantu melepaskan warga asing yang ditahan dalam satu operasi di sekitar daerah ini. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... -lelaki-bangladesh/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.054498 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list