CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4606|Reply: 0

[Selangor] Netizen pelik lihat lelaki minum minyak angin

[Copy link]
Post time 9-5-2024 04:36 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki meminum minyak angin.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki meminum minyak angin cap kapak menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Menerusi sebuah video berdurasi 21 saat yang dikongsi di aplikasi X, seorang lelaki dilihat meneguk minyak angin tersebut sebelum meletakkan minyak itu di kepalanya.

Selain itu, lelaki tersebut turut dirakam menyapu minyak angin berkenaan di seluruh bahagian wajahnya.

“Tabiat minum minyak kapak dari kecik, lain macam. Tak datang kemudaratan apa-apa ke?,” tulis hantaran itu.

Tinjauan di ruang komen mendapati pengguna mempersoalkan tindakan lelaki tersebut yang dikhuatiri menjadi ikutan kerana kandungan minyak cakap mengandungi kapur barus yang boleh menyebabkan sawan.

“Long term (jangka panjang) boleh merosakkan organ hati. Berubat biarlah berilmu, takut tertipu dgn kesan short term (jangka pendek),” kata Awalludin.

“Minyak cap kapak mempunyai camphor yang boleh menyebabkan sawan,” kata Moshi.

“Kalau nak sakit, sakit seoranglah jangan ajak orang lain sakit sekali. Orang sekarang sanggup buat apa saja demi content” kata Zack.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat lebih 300,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... minum-minyak-angin/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.053595 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list