CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3192|Reply: 0

Lorenzo saran tubuh institusi permotoran dua roda

[Copy link]
Post time 9-5-2024 02:43 PM | Show all posts |Read mode

LORENZO anggap Malaysia berada di landasan tepat untuk melahirkan pelumba kompetitif.

Kuala Lumpur: Bagi melahirkan pelumba yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa, bekas juara dunia MotoGP, Jorge Lorenzo menyarankan negara di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia perlu menubuhkan institusi permotoran dua roda.

Menurut juara MotoGP tiga kali itu, institusi itu perlu disertai beberapa bekas juara di kejuaraan berprestij itu selain turut menganjurkan beberapa siri perlumbaan untuk pelumba peringkat akar umbi bagi mengembangkan bakat mereka.

"Saya fikir Malaysia dan Indonesia perlukan 'sekolah' ini, yang disertai beberapa juara yang boleh memberikan nasihat (berkongsi pengalaman) dan menganjurkan beberapa kejuaraan untuk golongan kanak-kanak," katanya yang juga duta jenama motosikal elektrik Vmoto Brand ketika ditemui media, semalam.

Ujar Lorenzo, perkara berkenaan boleh mempertingkatkan lagi sukan permotoran di Malaysia kerana di rantau ini penganjuran kejuaraan tidak begitu besar seperti di Eropah dan tiada bekas pelumba berkelas juara yang boleh memberikan nasihat kepada kanak-kanak.


Malaysia pada ketika ini dilihat berada di landasan tepat untuk melahirkan pelumba kompetitif dengan adanya program akar umbi seperti Kejuaraan Siri MiniGP Malaysia yang dikendalikan bekas pelumba di Kejuaraan Motosikal Dunia, Zulfahmi Khairuddin.

Program berkenaan berjaya melahirkan beberapa pelumba muda yang mampu menyerlah di peringkat antarabangsa antaranya seperti Hakim Danish Ramli dan Qabil Irfan Azlan yang muncul juara dunia di Kejuaraan Siri Dunia MiniGP tahun lalu.

Dalam pada itu, ketika ditanya sekiranya berminat untuk mengendalikn pasukan di Kejuaraan Dunia, Lorenzo yang pernah meraih gelaran dunia pada 2010, 2012 dan 2015 sebelum mengumumkan persaraannya pada 2019 mengakui lebih senang tidak terikat dengan mana-mana tugasan.

"Tidak terlalu banyak kerja. Lebih menyeronokkan buat saya untuk bekerja sambil bercuti," katanya yang mencatat 47 kejuaraan MotoGP dan menaiki podium sebanyak 114 kali.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... permotoran-dua-roda
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.328014 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list