CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4414|Reply: 18

[Tempatan] Penuntut IPT didakwa simbah, cedera rakan baik guna asid sulfurik

[Copy link]
Post time 9-5-2024 02:37 PM | Show all posts |Read mode
Penuntut IPT didakwa simbah, cedera rakan baik guna asid sulfurik

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... guna-asid-sulfurik/

Oleh ROSALWANI CHE SOH
9 Mei 2024, 2:02 pm


ANGGOTA polis mengiringi Keertana (kiri) semasa tiba pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu hari ini. - ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Johor didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan parah ke atas rakan baiknya menggunakan asid sulfurik dan memiliki cecair tersebut pada minggu lalu.

Tertuduh, R. Keertana Naidu, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa dengan sengaja melakukan kesalahan dengan menyebabkan kecederaan parah terhadap Nurul Husna Rahim, 22, menggunakan benda melecur iaitu asid sulfurik.

Perbuatan itu dilakukan di pejabat jabatan di sebuah universiti di Kubang Kerian di sini kira-kira pukul 4.23 petang pada 3 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki bahan kakisan iaitu asid sulfurik yang dalam keadaan menimbulkan anggapan munasabah bahawa wanita itu bercadang untuk menggunakan bahan tersebut sebagai maksud menyebabkan kecederaan kepada mangsa sama.

Kesalahan itu dilakukan oleh tertuduh di lokasi dan masa yang sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Azeezi Nordin.

Terdahulu, Ahmad Faiz Fitri tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh amat serius.

“Pertikaian masalah timbul antara tertuduh dan mangsa sehingga menyebabkan tertuduh sanggup datang dari Johor dengan membawa sebotol asid sulfurik.

“Sudah pasti berlaku risiko yang tinggi sekiranya tertuduh diberikan ikat jamin,” katanya.

Azeezi kemudiannya memohon tertuduh diberi jaminan munasabah kerana anak guamnya merupakan pelajar cemerlang dan bakal menghadapi peperiksaan.

“Sebelum ini, mangsa juga merupakan rakan baik kepada anak guam saya. Mereka tinggal sebilik semasa bersama-sama menuntut di Kolej Matrikulasi.

“Selain itu, bapa tertuduh juga hanya bekerja sebagai ejen insurans dengan pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan,” ujarnya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan iaitu tertuduh perlu hadir di balai polis berdekatan dan tidak dibenarkan menganggu mangsa.

Nik Habri turut menetapkan 9 Jun depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. Tertuduh membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2024 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang musim org simbah asid
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 02:47 PM | Show all posts
Dh mula balik simbah asid
Ingat dah senyap
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh byr 20ribu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu2 pernah kan berlaku... kesian betul mangsa. Kesian mangsa. Yg ni tak ambil pengajaran ke
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
mula dah..ikot trend ke apa..
atau sbnrnya ada je kes ni tp disebabkn kes faisal halim baru media melapori
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2024 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
baik tembak je dari ko seksa dorg ngn asid...nape jht sgt
kena baca ayt kursi byk byk time keluar rumah
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
korg yg buat org ni kn..xfikir ke nnti kwna tngkp polis..mcm pembunuh tu..
sbb kena rasuk ke time tu..dirasuk amukan yg membara..mitk la kita dijauhkn dr perasaan yg blh mencederakn org..
masa kecik dlu i gaduh ngn adik kembar i..geram sgt..i tolak dia dr moto.. buat2 mcm xsengaja tp masa tu mmg sengaja..sampai skrg rasa menyesal
jhtnya rasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2024 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
wow high risk pada orang ramai tapi boleh ikat jamin
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Hukum sesuai utk penyimbah asid ialah simbah dia balik. Rasain pembalasan si pitung.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyooo Kertanaa aiyooo apa pasal awa jahat macam syaitaaannnn
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 12:14 AM | Show all posts
Musim simbah asid plak dah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca pasal ni kat tt . Baca Komen katanya mata sebelah tak nmpk mata lagi satu kabur. Info daripada abang mangsa kata diaorg. Tpi tak tau la betul ke tak. Nekad betul dia ni jauh dtg semata2 nak simbah asid.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Mangsa tu rembat bf Kau ke akka?
Adoi la...kesian mangsa tu..
Asid Ni elok simbah kat perogol Anak sendiri kat port Dickson tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
pergh gigih kau dtg jauh2 semata2.
ni mmg dendam kesumat la ni
apa lagi simbah la balik asid kat dia
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 10-5-2024 07:03 AM
Baca pasal ni kat tt . Baca Komen katanya mata sebelah tak nmpk mata lagi satu kabur. Info daripada  ...

Budak medic USM ke ni?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2024 04:58 PM | Show all posts
Seram eh, ingat main siram2 air ke.. Boleh cacat oi muka
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 04:59 PM | Show all posts
edayildiz replied at 9-5-2024 08:02 AM
baik tembak je dari ko seksa dorg ngn asid...nape jht sgt
kena baca ayt kursi byk byk time keluar ...

Dia nak bagi org tu sengsara, kalau tembak mati terus dia tak nampak org tu sengsara
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 10-5-2024 04:59 PM
Dia nak bagi org tu sengsara, kalau tembak mati terus dia tak nampak org tu sengsara

jahatnya perangai manusia ni




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.066981 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list