CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4350|Reply: 10

[Tempatan] Prestasi pasaran saham Malaysia terbaik di ASEAN tahun ini

[Copy link]
Post time 9-5-2024 12:31 PM | Show all posts |Read mode
Prestasi pasaran saham Malaysia terbaik di ASEAN tahun ini
Oleh Mahanum Abdul Aziz - Mei 8, 2024 @ 4:11pm
mahanum_aziz@bh.com.my


Pasaran saham Malaysia mencatatkan permodalan pasaran mencecah RM2 trilion buat kali pertama semalam -NSTP/NABILA ADLINA AZAHARI


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia menjadi pasaran saham terbaik di ASEAN dengan Indeks FBM KLCI menyaksikan kenaikan dari awal tahun sehingga 7 Mei 2024 sebanyak 10.4 peratus, demikian MIDF Research.

Ia berkata, berbanding dengan rakan setara, hanya indeks Nikkei Jepun telah mengatasi prestasi itu dengan kenaikan sebanyak 16 peratus.

Jelasnya, ia percaya bahawa salah satu faktor menyumbang kepada prestasi memberangsangkan itu adalah sokongan yang diberikan oleh pelabur tempatan dan pulangan dana asing pada Mei.

"Walaupun kami melihat aliran keluar bersih dana asing sebanyak RM4.25 bilion dalam tempoh antara Mac 2024 dan April 2024, terdapat aliran masuk bersih RM1 bilion pada Mei 2024 setakat ini.

"Kami yakin dengan prospek dana asing kembali ke pasaran Malaysia berikutan pengurangan kadar Amerika Syarikat (AS) dan jangkaan kelemahan dolar AS," katanya dalam nota satu nota penyelidikan.

Pasaran saham Malaysia mencatatkan permodalan pasaran mencecah RM2 trilion buat kali pertama semalam berikutan kenaikan meluas dalam saham mewah dan beberapa penyenaraian baharu.

Indeks FBM KLCI semalam meningkat empat hari berturut-turut untuk ditutup melepasi paras 1,605.8 buat kali pertama.


Mengulas lanjut, MIDF Research menjangkakan prospek yang baik untuk aktiviti dagangan di Bursa Malaysia tahun ini berdasarkan pendapatan dan penilaian korporat.

Ia menjangkakan pertumbuhan ekonomi negara ini yang teguh dan seterusnya pendapatan korporat.

"Kami juga menjangkakan jangkaan pengurangan kadar AS akan membawa kepada sentimen positif, terutamanya dalam kalangan pelabur asing, dan ini akan memacu penilaian pasaran yang lebih baik," katanya.

MIDF Research berkata, Bursa Malaysia Bhd pula berada pada kedudukan yang baik untuk terus membangunkan pasaran dan membuat kemajuan lanjut dalam rancangan strategiknya.

Ia menjangkakan bahawa inisiatif itu membolehkan pengendali bursa tempatan itu meningkatkan platform dagangan dan seterusnya meningkatkan daya tarikannya.

Walau bagaimanapun, katanya, dalam jangka pendek, perkembangan global dan tempatan akan terus mempengaruhi turun naik tidak menentu dan prestasi pasaran sekuriti dan derivatif.

"Oleh itu, kami mengekalkan saranan 'beli' ke atas saham (Bursa Malaysia) dengan harga sasaran (TP) tidak berubah RM8.20," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2024 10:22 AM | Show all posts
Ehh..tapikan walaun kat tiktok kata ekonomi Msia dah nak melingkop.How??
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 12:56 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Buy calling for @kemaruk
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 02:09 PM | Show all posts
Rasa macam dah komen. TT pun orang (orang ka?) yang sama. Hmm...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Walanon cuba men-justifikasikan kejayaan 1600pts...RM 2 trillion..? Mmg la nmpak byk2...tapi nilai RM jatuh tergolek...mmg la amount tu jadi besar..

Kalau tak pecah naik smpai 1800 pts seperti time PM DSN pd April 2014 dan Jan 2018...jangan nk beriya sgt laaa konon2 Mahanon & para team kabinet formula bersemburit pandai manage ekonomi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2024 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
izwan_izi replied at 12-5-2024 04:22 PM
Walanon cuba men-justifikasikan kejayaan 1600pts...RM 2 trillion..? Mmg la nmpak byk2...tapi nilai R ...

Lama betul zaman Najib nak cecah 1800

GNI perkapita pun teruk zaman Najib ye...trap dlm middle income nation

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 12:44 PM | Show all posts

peranakan lembu macam ko mana la tau hal ehwal makroekonomi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2024 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 12-5-2024 02:05 PM
Buy calling for @kemaruk

Jangan lupa perwira dan solookkk duku...

3 kembar semangkuk

Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 14-5-2024 12:44 PM
peranakan lembu macam ko mana la tau hal ehwal makroekonomi

Pakar IT pakar ekonomi Pakai tulisan Sapi untuk study macroekonomi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
stingergrumpy replied at 14-5-2024 12:55 PM
Jangan lupa perwira dan solookkk duku...

3 kembar semangkuk

Hahaha kembar semangkuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.588679 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list