CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4057|Reply: 0

[Politik] PRK Kuala Kubu Bharu: ADUN BERSATU turun kempen untuk calon PH

[Copy link]
Post time 9-5-2024 12:23 PM | Show all posts |Read mode
PRK Kuala Kubu Bharu: ADUN BERSATU turun kempen untuk calon PH

Oleh Muhammad Yusri Muzamir - Mei 9, 2024 @ 12:10pm
yusri.muzamir@bh.com.my



Bekas Ketua Badan Pimpinan BERSATU Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari menyampaikan ucapan pada Ceramah Isu Semasa di Pekan Batang Kali sempena Pilihan Raya Kecil N.06 Kuala Kubu Bharu malam tadi. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN


HULU SELANGOR: Bekas Ketua Badan Pimpinan BERSATU Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari, turun padang menyokong kempen Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang yang menyatakan sokongan kepada pentadbiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari itu, berucap di pentas Ceramah Isu Semasa di sekitar Batang Kali, di sini.

Beliau berkata, keputusan membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao dibuat selepas mempertimbangkan tiada sebarang peruntukan dalam Perlembagaan BERSATU yang menghalangnya berbuat demikian.

Katanya, ia juga didorong pencapaian kerajaan negeri yang mentadbir Selangor secara berkesan, selain berpendapat Sock Tao boleh menjadi wakil rakyat yang baik jika diberikan mandat pada Sabtu ini.


"Saya sudah buat semakan ke atas perlembagaan BERSATU. Tiada apa-apa klausa atau peruntukan menyatakan ahli boleh diambil tindakan jika menyertai ceramah di mana-mana.

"Mereka boleh pecat jika saya keluar daripada parti dan menyokong pihak lain tetapi tiada peruntukan yang menghalang saya daripada berceramah di mana-mana, sama ada bersama Perpaduan mahupun BERSATU. Sebab ini saya berani datang.

"Saya juga tidak kisah jika Perikatan Nasional (PN) mahu menjadikan kehadiran saya malam ini, sebagai kempen mereka. Silakan, tiada masalah," katanya sambil menambah, Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi turut membantu kempen Kerajaan Perpaduan di sekitar Kuala Kubu Bharu.

Sebelum ini, Abdul Rashid dilapor mengisytiharkan sokongan kepada kepemimpinan Amirudin dan mengakui ia dibuat dengan rela hati tanpa sebarang paksaan selepas meneliti ucapan Sultan Selangor yang memuji pentadbiran kerajaan negeri berada di landasan tepat, demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, langkah itu juga dibuat akibat beberapa siri tindakan PN, terutama PN Selangor yang didakwa berdiam diri terhadap tohmahan dilontar kepada Raja-Raja Melayu.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rashid berkata, pihaknya belum menerima sebarang notis daripada BERSATU susulan tindakannya menyokong pentadbiran Amirudin, selain menegaskan bersedia menerima keputusan parti.

"Katalah Lembaga Disiplin (BERSATU) menyatakan saya bersalah dan pecat saya. Mereka cuma pecat keahlian (dalam BERSATU), bukan jawatan ADUN.

"Kuasa untuk mengosongkan kerusi ADUN adalah di bawah Yang Dipertua DUN. Justeru, mereka (BERSATU) perlu menulis kepada Yang Dipertua untuk meminta saya mengosongkan kerusi, tetapi kalau dikatakan tak boleh, tak boleh la.

"Sebab sudah ada duluan kes di Sabah, membabitkan empat ADUN lebih kurang macam saya dengan kes mereka ketika itu dibawa ke mahkamah dan hakim menetapkan ia bukan bidang kuasa mahkamah, sebaliknya Yang Dipertua DUN.

"Saya rasa duluan kes di Sabah ini menyebabkan mereka tidak mengutus apa-apa notis kepada saya. Justeru, saya akan meneruskan tugas sebagai ADUN Selat Klang seperti biasa," katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.054736 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list