CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8270|Reply: 7

[Tempatan] OKU maut disamun, suspek ada 10 rekod jenayah

[Copy link]
Post time 9-5-2024 08:29 AM | Show all posts |Read mode
OKU maut disamun, suspek ada 10 rekod jenayah

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... ematian-lelaki-oku/

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN
8 Mei 2024, 10:31 pm


Lokasi seorang lelaki OKU yang maut selepas rumah dua tingkat yang didiami tiga beranak itu dipecah masuk, awal pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui mati dalam keadaan kaki dan tangan berikat di rumahnya, di Guar Perahu, Bukit Mertajam, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, semakan rekod mendapati suspek yang berusia 40-an itu memiliki 10 rekod membabitkan kes jenayah dan dadah.

“Suspek ditahan untuk direkodkan keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita, di sini malam ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8.36 pagi tadi.

Katanya, seorang lelaki warga tempatan berusia 80-an mengadu rumahnya dalam keadaan berselerak selepas terjaga daripada tidur kira-kira pukul 6.30 pagi.

“Pengadu menemui isterinya yang berusia 70-an di bilik berasingan dalam keadaan tangan dan kaki berikat menggunakan pengikat kabel manakala mulutnya disumbat kain beserta pelekat hitam dan luka di jari kanan.

“Dia kemudiannya membuat pemeriksaan di bilik anaknya dan mangsa ditemui dalam keadaan sama namun tidak sedarkan diri di atas lantai.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Bukit Mertajam (HBM) dan mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat,” katanya.

Tambahnya,siasatan lanjut mendapati, dua suspek bersenjatakan parang memecah masuk ke dalam rumah terbabit dan menggeledah bilik mangsa sebelum melarikan sejumlah wang tunai dan sebuah televisyen.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta untuk menghubungi Asisten Superintendan Assan Alimudin di talian 012-4418081 atau ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang lelaki OKU maut selepas rumah dua tingkat yang didiami tiga beranak itu dipecah masuk awal pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2024 11:46 AM | Show all posts
kasi gantung smpi mati
end of story
lehnat pny worang
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Gantung je org mcm ni. Bg peluang pun dah takde guna. 10 kali buat jenayah tak insaf juga mmg le. Ke tak keep track on number tu yg tak insaf2
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 11:59 AM | Show all posts
suami tidur tak sedar apa2 plak... xda bunyi ker
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
mati sbb apa? sesak nafas ke???
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Mat pit gampunk.baik mampos je.hidup menyusahkan orang je.yng peliknya liat pulak diorng nk mampos.padahal hampir tiap hari mengisap dadih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2024 02:31 PM | Show all posts
sebelum melarikan sejumlah wang tunai dan sebuah televisyen

ada juta2 ka? macam tak berbaloi la sampai ada yang hilang nyawa.

Sial punya penyamun, sengkek abadi. Harap cepat lah gantung, tak berbaloi secupak beras pun nak tanggung makan free.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 04:42 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 9-5-2024 11:46 AM
kasi gantung smpi mati
end of story
lehnat pny worang

Setuju.. Kalau tak dihukum gantung pun, hukuman buang daerah lagi bagus..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.059451 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list