CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 19415|Reply: 23

Piala Sumbangsih: Selangor FC tarik diri

[Copy link]
Post time 8-5-2024 11:52 PM | Show all posts |Read mode






PETALING JAYA – Aspek keselamatan menjadi perkiraan utama buat Selangor FC yang mengambil keputusan menarik diri daripada aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat ini.


Walaupun berat, keputusan itu dianggap wajar bagi menjamin keselamatan pemain selepas bintang utamanya, Faisal Halim menjadi mangsa serangan simbahan asid, baru-baru ini.


“Selangor FC telah mengambil maklum keputusan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) untuk tetap meneruskan perlawanan Piala Sumbangsih yang dijadualkan berlangsung pada 10 Mei 2024 ini.


“Setelah penelitian dijalankan dan perbincangan terperinci dengan pelbagai pihak berikutan daripada insiden jenayah serta ancaman yang baru berlaku melibatkan beberapa pemain serta pegawai pasukan dalam tempoh hanya 72 jam, pihak kelab terpaksa mengambil keputusan sukar untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang telah lama kelab ini nantikan.


“Berdasarkan keadaan semasa yang tidak menentu, kami di Selangor FC menegaskan, keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan kami memandang serius akan segala bentuk keganasan serta ancaman serta tidak akan berkompromi dengan sebarang isu berkaitan keselamatan pasukan,” menurut kenyataan Selangor FC, sebentar tadi.






Sebelum ini MFL membuat keputusan untuk mengekalkan perlawanan itu dan menolak permohonan Selangor FC selepas mendapat jaminan keselamatan daripada pihak berkuasa.


Daripada makluman MFL, Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar mengumumkan bahawa seramai 1,500 anggota polis akan dikerah untuk bertugas, termasuk membuat kawalan dan pemeriksaan ketat pada perlawanan itu berbanding hanya 500 anggota pada kebiasaannya.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2024 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Good move by selangor team. MFL pun mcm tak boleh tolak ansur. Tengah panas skrg nie kalau still main boleh jadi gado nnt.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 08:19 AM | Show all posts
aku kesian kat peminat yg dah beli tiket, tempah hotel, dah rancang nk berjalan jauh. tapi mungkin lah ni keputusan terbaik. tak mungkin piala sumbangsih ni boleh ditunda. kalau tunda, macam mana nak mula liga?

apa2 pun aku tak layan liga tempatan. n tak kisah pun kalau liga nak melingkup. yg aku kesian FH tu, tak pasal je.

kualiti liga kita ni tak tara mana pun, tapi obses mengalahkan brazil.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Geli hati aku baca kt fb org duk troll SFC sbb tarik diri. Siap banding dgn Palestine lg. obses kemain gaya mcm ape msg2. Sekian dr aku yg malas follow bola malaysia tp nk gak komen kt cari
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
takpelah sabo lah masa depan kita taktau. ustaz ckp, org yg sabar adelah org yg tak buat bnde pelik2 ketika dlm susah/nk capai tujuan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Meroyan x dapat main bungapi
Membe minta tunda, x dibagi
Tarik diri terus
Dah bagi menang 3-0 pun meroyan lg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2024 10:03 AM | Show all posts
semua org tahu ini kes berprofil tinggi.

semua org juga mahu tahu kalau kes sebegini mana2 tangan ghaib yg merancang segalanya mampukah diadili seadilnya?

ramai sedang memerhati...dan akan ambil cakna.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg terkini....Sultan Selangorvdah beri restu utk menarik diri.....

Kalau pihak sana atau FAM tak happy..boleh deal dgn sultan selangor...ada beran ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2024 10:10 AM | Show all posts
iols sebagai pemegang ic 01 pun setuju dgn tindakan ini
utk keselamatan semua.. mmg la polis askar segala ada, andai jd sesuatu dlm tu, ko ghase penonton dlm tu jd apa???

benda boleh bincang kot lg nak keras kepala
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 12:01 PM | Show all posts
bola je pon......sibuk nak tunjuk depala OP bola sepak malaysia la tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 12:09 PM | Show all posts
kenapa pasal piala sumbangsih sampai jadi nak bergaduh chuols? ni piala peringkat tertinggi kah? atau dapat kontrak 10jota kalau menang? atau apa? cer citer
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesuatu… replied at 9-5-2024 01:32 AM
Geli hati aku baca kt fb org duk troll SFC sbb tarik diri. Siap banding dgn Palestine lg. obses kema ...

I saje check komen2 yg troll berkaitan SFC tarik diri.. tgk profile mmg dari negara itu ler..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 12:19 PM | Show all posts
sekali pandang mcm usaha pihak tertentu memburukkan pihak lain.  dan mungkin juga usaha nak alih perhatian terhadap isu yang lebih besar.  mcm2 laaaaaa perangai zionis buat nak huru hara kan dunia
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 12:45 PM | Show all posts
Sesuatu… replied at 9-5-2024 09:32 AM
Geli hati aku baca kt fb org duk troll SFC sbb tarik diri. Siap banding dgn Palestine lg. obses kema ...

Antara komen yg aku baca:-
- Selangor ni mmg FH je ke yg boleh main bola?
- Palestine lagi negara bergolak tapi masih boleh ada team ke piala asia
- FH masa kat Tganu tu dulu time lawan JDT pernah menang ke? Sama jugak kalah je
- FH kena asid bkn dekat Johor kenapa masih nak tuduh ni semua keje JDT

ni yg aku igt la
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
kisahkeaku replied at 9-5-2024 12:45 PM
Antara komen yg aku baca:-
- Selangor ni mmg FH je ke yg boleh main bola?
- Palestine lagi negara  ...

Cuba search ucapan tahniah utk arif aiman masa menang ABK
Bukan page troll juga suka semai kebencian
Kang kalau cakap ramai backup kata kita tak pandai bergurau mcm style 01
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Good move la. Takkan la pemain baru lepas kena simbah asid nak main macam biasa? Pikir logik ler oi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2024 12:54 PM | Show all posts
kisahkeaku replied at 9-5-2024 12:45 PM
Antara komen yg aku baca:-
- Selangor ni mmg FH je ke yg boleh main bola?
- Palestine lagi negara  ...

Kelakar aku tgk komen dari negara tu..
baik yg muda bwk ke tua..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 01:05 PM | Show all posts
apekate pasni palaukan je la team dr selatan tu
team2 lain buat je la liga sendiri tanpe diorg
kalo nk main jugak, bg je la menang
chill2 je layan mcm layan perangai budak tantrum asek2 dia je nk dapat ape dia nak kan
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cm_vungtau at 9-5-2024 01:15 PM

Biau ajelah Selatan main sensorang. Dekat highway semua manjang tulis Decade of Dominance la apa la. Padahal grammar hauk.

Typical meleis nak tulis dalam English tapi articles a, an, the pun ke laut. A decade of dominance lah. Tak pun Decades of dominance. Belum lagi nak komen pasal frasa Boys of Straits.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 01:16 PM | Show all posts
Walau apa pun motifnya tapi salah satu niat dalang tu yg aku nampak ialah tak nak Selangor naik mcm dedulu. Friendly match bebaru ni Selangor bantai Geylang International 7-0. Baru nak panas badan rebut PS, terpaksa lak tarik diri sbb isu keselamatan. Saja nak rencatkan momentum.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.079587 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list