CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8825|Reply: 51

[Tempatan] Hakim terkhilaf bebaskan Bung Moktar, isteri - pendakwa raya

[Copy link]
Post time 8-5-2024 06:18 PM | Show all posts |Read mode
Hakim terkhilaf bebaskan Bung Moktar, isteri - pendakwa raya

https://www.malaysiakini.com/news/704932

Diterbitkan:  May 8, 2024 6:04 PM
Dikemaskini: 6:04 PM



Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta dalam menjalankan bidang kuasa semakan apabila membebaskan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad daripada tiga pertuduhan rasuah membabitkan RM2.8 juta berkaitan pelaburan Felcra Bhd.

Itu antara tujuh alasan pendakwaan dalam petisyen rayuan yang difailkan pada 3 Mei lepas dan diperoleh media hari ini.

Pendakwaan juga berkata Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid terkhilaf apabila membuat keputusan membebaskan pasangan itu melalui proses semakan undang-undang tanpa merujuk alasan penghakiman penuh dan rekod prosiding Mahkamah Sesyen mengenai keterangan saksi pendakwaan ke-24 (Madhi Abdul Hamid) dan saksi pendakwaan ke-25 (Norhaili Ahmad Mokhtar).

"Hakim itu juga gagal untuk mempertimbang bahawa tiada ketidakadilan berlaku terhadap responden atas keputusan prima facie yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen memandangkan keputusan prima facie bukan keputusan muktamad bagi kesalahan yang dipertuduh terhadap responden-responden,” menurut petisyen itu.

Selain itu, Hakim Mahkamah Tinggi didakwa terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila membuat keputusan untuk membebaskan responden walaupun tidak dinyatakan dalam keputusan lisan hakim Mahkamah Sesyen bahawa keputusan prima facie yang dibuat hanya bergantung semata-mata kepada keterangan SP24 dan SP25.

"Hakim itu juga terkhilaf dari segi undang-undang apabila gagal untuk mempertimbang kebolehterimaan keterangan separa hostile oleh SP24 dan SP25," kata pihak pendakwaan yang memohon untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan menetapkan 29 Julai depan bagi mendengar rayuan pendakwaan berhubung pembebasan Bung Moktar dan Zizie Izette daripada tiga pertuduhan rasuah itu.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu dan isterinya dibebaskan pada 7 Sept 2023 setelah Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan mereka terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 2 Sept 2022 yang memerintahkan pasangan tersebut membela diri.

Bung Moktar, yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra, didakwa pada 3 Mei 2019 atas dua pertuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan agensi berkenaan supaya melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Beliau didakwa menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad Madhi Abdul Hamid melalui Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang pada 12 Jun 2015.

Bung Moktar turut didakwa menerima wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah Norhaili Ahmad Mokhtar atas nama Zizie Izette untuk sebab dan tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala isterinya didakwa bersubahat dengan beliau melakukan perbuatan itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2024 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
terkhilaf?

only in Bolehland
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kembaliian semula sistem juri, ada terbaca kt mna ntah byk juga kes hakim yg corrupt
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 8-5-2024 06:54 PM
terkhilaf?

only in Bolehland

Dalam SHERIFF kita ada Polis tangkap Polis....now we have HAKIM PINPOINTS HAKIM.....

KAHKAHKAHKAHKAHKAH
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
You guys still believe lagi dengan judiciary system in Malaysia? I say....sayonara.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Fishy sgt jalan cerita bung ni. Da terang2an terima duit pun blh lps lg? Kita semua blh pk mcm mn keadaan badan kehakiman kat msia ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2024 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 8-5-2024 06:54 PM
terkhilaf?

only in Bolehland

Benda ni memang perkara biasa dalam setiap rayuan di mana2 pun di dunia. Apabila pihak yang kalah merayu ke mahkamah yang lebih tinggi maka alasan yang dikemukakan untuk merayu dan cuba memenangkan kes mereka adalah dengan menyatakan bahawa hakim mahkamah yang terdahulu telah terkhilaf (the judge had erred in his judgment). Nanti kalau dia menang, pihak yang asalnya menang tapi kalah pada peringkat rayuan akan merayu pulak ke mahkamah lebih tinggi dengan alasan yang sama juga bahawa mahkamah rayuan tadi terkhilaf.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
stingergrumpy replied at 8-5-2024 07:10 PM
Dalam SHERIFF kita ada Polis tangkap Polis....now we have HAKIM PINPOINTS HAKIM.....

KAHKAHKAHKAH ...

Ni bukan hakim pinpoint hakim. Ni pihak yang kalah iaitu pendakwaraya merayu ke mahkamah rayuan. Dah tentu pihak yang kalah tu guna alasan yang paling biasa digunakan dalam semua rayuan iaitu hakim mahkamah terdahulu tu terkhilaf.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2024 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 8-5-2024 07:39 PM
You guys still believe lagi dengan judiciary system in Malaysia? I say....sayonara.

Sama. Polis?? Memang taklah. Sekadar buat report untuk rekod Okla. Polis Malaysia tidak boleh dipercayai. PG mampus makan duit haram.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 8-5-2024 07:01 PM
Kembaliian semula sistem juri, ada terbaca kt mna ntah byk juga kes hakim yg corrupt

Best baca novel2 john grisham. Deyols buat analisis pasal juri.


Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 8-5-2024 08:28 PM
Benda ni memang perkara biasa dalam setiap rayuan di mana2 pun di dunia. Apabila pihak yang kalah  ...

Boleh plk mcm tu ye? Abis tu klau kes hukum gantung sampai mati dh lps executed tetiba hakim terkhilaf...... x kan nk gantung hakim tu plk?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 8-5-2024 08:33 PM
Sama. Polis?? Memang taklah. Sekadar buat report untuk rekod Okla. Polis Malaysia tidak boleh dipe ...

PRDM. Polis raja di Malaysia.

Tapi kesian juga sebab mereka gaji kecil tak sepadan dengan workload maka mereka buat la duit tepi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tgk bung ni mcm tgk piji..rasa nak bagi penampo je
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 8-5-2024 07:39 PM
You guys still believe lagi dengan judiciary system in Malaysia? I say....sayonara.


Dgn kerajaan Madani diterajui DAP,PKR dan AMANAH memerintah....Saiya mau pircaya la kaka...-Abangla
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 8-5-2024 08:28 PM
Benda ni memang perkara biasa dalam setiap rayuan di mana2 pun di dunia. Apabila pihak yang kalah  ...

'undang- undang bukan keadilan'-Law & Order
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 11:25 PM | Show all posts
Firenzza replied at 8-5-2024 09:17 PM
Boleh plk mcm tu ye? Abis tu klau kes hukum gantung sampai mati dh lps executed tetiba hakim terkh ...

Kalau dah habis proses rayuan atau terhenti setakat mana yang dirayu, maka takde timbul lagi soal terkhilaf sebab dah takde rayuan lagi selepas tu. Hukuman gantung tidak akan dilaksanakan sebelum tamat proses rayuan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2024 11:27 PM | Show all posts
Skuau replied at 8-5-2024 10:09 PM
'undang- undang bukan keadilan'-Law & Order

Ya, undang2 bukan semestinya keadilan.Tapi buat masa ni, itu yang ada.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 8-5-2024 08:30 PM
Ni bukan hakim pinpoint hakim. Ni pihak yang kalah iaitu pendakwaraya merayu ke mahkamah rayuan. D ...

Who then make the final penghakiman to the rayuan? Another hakim yg mendengar rayuan kheunz? So betul tak? Hakim pintpoint keputusan hakim yg sebelum ini? Atau aku yg masih tak paham?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Terkhilaf? Xboleh ke cakap hakim bodoh be nak Ubi???
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 8-5-2024 08:33 PM
Sama. Polis?? Memang taklah. Sekadar buat report untuk rekod Okla. Polis Malaysia tidak boleh dipe ...

Then what's stopping you dari buat jenayah?jika peluang utk DNAA sama cerah atau lebih cerah dari didapati bersalah dan menerima hukuman?

Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.073131 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list