CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Abahmung

[Tempatan] Darsa Fried Chicken minta maaf berhubung komen rasis terhadap 'type C'

  [Copy link]
Post time 7-5-2024 11:02 AM | Show all posts
mahal klu berbaloi ok jah..tp please la yg jaga akaun sosmed tu amik la yg semengah sikit..ni amik spesis bahasa rempit, nanti ko yg rugi dekkk..memburukkan jenama jahh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2024 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa ramadhan lps ada gak merasa ayam goreng kimiez murah je 4hengget.ayam besar lagi dari ni.dan lagi sedap dari muiz
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 11:15 AM | Show all posts
dewi_rina replied at 7-5-2024 02:45 AM
aah mmg mahal, pastu beratur panjang then nak tunggu mknn tu mmg lama.. tapi best lah sbb dpt pana ...

nanti iols nak try gak lah. lalu kat explore mcm sedap sgguh
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 11:24 AM | Show all posts
BoongaKertas replied at 7-5-2024 03:15 AM
nanti iols nak try gak lah. lalu kat explore mcm sedap sgguh

Try lah sekali.. Boleh lah tahan, cuma mahal lah sikit dari biasa..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape lah Grandy's tutup. Dulu2 best gila mkn bubur ikut sukati lah letak lauk apa. Air pon boleh refill. Byk2 fast food Grandy's ni paling meols rindu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 12:32 PM | Show all posts
Samerosie replied at 7-5-2024 10:31 AM
Hahaha. Anyways, kalau iols teringin fried chicken better lah iols gi cari kat original KFC, or Me ...

tu dia nas ila pny bahasa



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2024 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kepompong at 7-5-2024 01:47 PM
B40tastePosh replied at 7-5-2024 10:44 AM
Beli.... pasu Bonsai.


pasu yg buat dari abu tulang manusia ke
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 01:15 PM | Show all posts
boikot je la makan yg tak sihat ni

goreng2 apa semer

mkn roast ke stim better
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-5-2024 01:32 PM | Show all posts
Ayam goreng dan 'type C': DAP tak setuju boikot, gesa bertenang

RK Anand
Diterbitkan:  May 7, 2024 11:48 AM



Naib Pengerusi DAP Teresa Kok menggesa supaya semua pihak bertenang bagi mengatasi perkembangan terkini dalam rentetan isu berkaitan kaum dan agama di negara ini.

Sambil mengingatkan bahawa "dendam” tidak akan meyelesaikan masalah, ahli Parlimen Seputeh itu mengulas kenyataan restoran tempatan Darsa Fried Chicken (DFC) yang dituduh cuba bermain isu perkauman.

“Tidak dinafikan bahawa kenyataan ‘type C’ tidak wajar. Amat dikesali dan mengecewakan, ayam goreng pun jadi modal unsur perkauman.



“Bagaimanapun, pihak restoran telah memohon maaf dan menyatakan dengan jelas bahawa ia mengalu-alukan semua kaum dan agama. Jadi kita lupakan,” katanya kepada Malaysiakini.

Kok yang menyedari terdapat segelintir pihak yang mahu agar ayam goreng Darsa diboikot berkata tindakan sedemikian boleh merosakkan perniagaan dan menjejaskan mata pencarian.

“Kita tidak seharusnya mengamalkan pemikiran yang sama seperti mereka yang menyemarakkan isu KK Mart. Kita tidak sepatutnya merosakkan perniagaan Malaysia.

“Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum dan agama, pasti ada pergeseran seperti di negara lain dan akan ada pihak yang cuba memanfaatkan perbezaan kita dan bukannya meraikan persamaan untuk kepentingan peribadi mereka.

"Tetapi rakyat Malaysia tidak seharusnya menjadi mangsa kepada pihak yang mempunyai kepentingan tertentu atau mengambil tindakan membalas dendam," tambahnya.



Walaupun tidak menyebut sebarang nama, jelas sekali Kok merujuk kepada Ketua Pemuda Umno Akmal Saleh yang menerajui kempen memboikot kedai serbaneka KK Mart kerana terpalit dengan kontroversi stoking yang tertera kalimah Allah. Alasannya, "mempertahankan kesucian Islam".

DFC, yang membuka cawangan pertamanya pada 29 April, mengundang bidasan daripada pengguna media sosial yang mempertikaikan harganya.

Restoran yang disebut-sebut sebagai alternatif kepada KFC, itu mendapat kecaman kerana harganya yang mahal.

Sebaliknya, ia mengingatkan seorang pelanggan agar tidak "ditipu oleh sentimen buruk yang dimainkan oleh 'type C", yang pengguna media sosial percaya merujuk kepada orang Cina di Malaysia.

Dalam satu kenyataan kemudian, DFC yang mendakwa "100 peratus milik bumiputera" memohon maaf dan menyifatkannya sebagai "kesilapan yang tidak disengajakan".


"Mungkin terlalu banyak komen yang berunsur menjatuhkan sedikit sebanyak mengganggu fokus admin kami,” jelasnya.

Pihak restoran itu berkata mereka telah memutuskan untuk tidak menjawab sebarang isu selepas ini bagi mengelakkan kesilapan sama berulang.

"Kami mengalu-alukan semua pelanggan kami di pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa atau agama.

"Semoga Malaysia yang kita kasihi ini aman dan damai. Pihak pengurusan DarsA Fried Chicken sedang memberi tumpuan sepenuhnya kepada operasi restoran pertama kami yang baru buka pada 29 April lalu,” kata syarikat itu.

Menurut FocusMalaysia, kedai itu diasaskan oleh timbalan ketua Dewan Ulama PAS Kedah Zainul Asri Mohd Romli–yang digelar tuan guru oleh pengikutnya.

Selain ayam goreng, kedai itu bagaimanapun rut menjual mi, bihun dan laksa, chicken chop, fish and chips, serta lamb chop.

KFC Malaysia sedang mengecilkan operasinya dengan menutup sementara cawangan terpilih.

Memetik sumber syarikat, akhbar Singapura Straits Times mengaitkan penutupan itu dengan kempen boikot susulan serangan berterusan Israel terhadap Gaza.

KFC Malaysia dimiliki oleh QSR Brands (M) Holdings Bhd, yang juga anak syarikat Perbadanan Johor (JCorp).

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 01:56 PM | Show all posts
bangangnya lah haii..yg ramai komplen harga mahal tu melayu sendiri,tup2 ko tuduh cina dengki pulak??


imagine kalo cina yg tuduh melayu gini rasanya blom apa2 dah penuh geng lobai buat demo depan sogo.


semoga melingkop je la bisnes rasis kau ni!
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam muiz je lah 2 ketoi rm9. Bkn nk mkn selalu. Sesekali aje mkn. Hotbird pon sedap tp mahai ler set tenders rm25. Ni bole la sesekali layan sbb sedap ye
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 02:13 PM | Show all posts
Memang tak lama la ni. Resipi untuk bungkus semua cukup. Harga mahal (aku tak kata harga yahudi), menunggang sambil menonggeng, bodoh berniaga semua ada. Nak kata good luck secara sinis pun malas.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 7-5-2024 01:06 PM
pasu yg buat dari abu tulang manusia ke

Pasu bonsai tu macam ni lah sis



Negara Belanda pun pernah keluarkan pinggan tulisan jawi untuk market Melayu



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 02:20 PM | Show all posts
KFC sekarang ada menu baru ayam goreng cili hijau (or something like that) ada siapa suka? Aku baru ja cuba but I'll stick to hot & spicey ja lah kot.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 02:25 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 7-5-2024 10:38 AM
Kalau meols nak buat Pottery ada tulisan Jawi rasa okey tak? Ada Bahasa Melayu, okey tak?

Rasanya ...

Ok dengan syarat tiada vibe menunggang. Tulisan jawi ni ada exotic appeal kalau ko adunkan hasil kerja seni dengan elemen seni jawi, bukan melayu atau islam. Ada cina yang akan appreciate those things tapi tidak cukup untuk mass market lah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
iols memang takkan support perniagaan yang mention bangsa..seolahnya bangsa dan kaum lain tu takde yang muslim pulak..baik support bisnes yang jujur nak niaga tanpa mention apa2 identiti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2024 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 7-5-2024 10:31 AM
Hahaha. Anyways, kalau iols teringin fried chicken better lah iols gi cari kat original KFC, or Me ...

same..teringat dulu kat ofis ada kedai kopi bukak guna logo dan kaler sebijik macam sbucks tapi guna nama bunyi arab2..last2 tak sampai 2 tahun dah lingkup ya
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 7-5-2024 02:40 PM
Decaffeinated replied at 7-5-2024 02:25 PM
Ok dengan syarat tiada vibe menunggang. Tulisan jawi ni ada exotic appeal kalau ko adunkan hasil k ...


Dalam kelas Pottery aku guna English je sebab cikgu aku Chinese takut dia prejudis...and we never discuss about language and writing script combined with art...sebab cikgu aku bidang dia lebih pada sculpture.



Cuma conversation in fully English...one day aku bawa adik angkat aku join one time class, adik angkat Indon aku tu tak faham English then aku ada tegur juga cikgu aku tu...My friend don't speak in English, I just worry he don't get what you say (sebab bayaran kelas tu bukan murah).. tapi tak salahkan cikgu aku sebab dalam kelas tu ada sorang Caucasian...tak pasti Russian ke apa sampai dia kata "I am sorry" gitu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 03:17 PM | Show all posts
makita replied at 7-5-2024 12:28 PM
Nape lah Grandy's tutup. Dulu2 best gila mkn bubur ikut sukati lah letak lauk apa. Air pon boleh ref ...

Popeye pun tak boleh lawan KFC...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 03:22 PM | Show all posts
tripleid replied at 7-5-2024 01:56 PM
bangangnya lah haii..yg ramai komplen harga mahal tu melayu sendiri,tup2 ko tuduh cina dengki pulak? ...

What do you sexpeck, owner dia tu kan Zainul Asri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.692708 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list